Pages

Monday, September 24, 2012

Nasib anak kahwin bapa sendiri tanpa sedar

OHIO - Gempar! Ujian DNA yang dijalankan ke atas sebatang berus gigi akhirnya mendedahkan satu rahsia ‘gelap’ hubungan anak dan bapa.

Pendedahan itu hampir meragut nyawa, memusnahkan hubungan institusi kekeluargaan dan meruntuhkan iman.

Kisah benar ini terbongkar selepas kematian suaminya yang merungkai siapa sebenarnya suami ataupun bapa kepada seorang wanita, Valerie Spruill.

Bagi Spruill, apa yang berlaku adalah tidak masuk akal dan tidak menyangka dia telah mengahwini ‘bapanya’ yang tidak pernah dikenali seumur hidupnya.

“Perkara ini sangat buruk dan boleh memusnahkan hidup seseorang. Malah ia hampir musnah,” katanya ketika dihubungi wartawan CNN, Khamis lalu.

Kisah peribadi Spruill, 60, wanita yang berasal dari Doylestown, Ohio mula diterbitkan bulan ini dalam Akron Beacon Journal dengan tujuan dapat membantu orang lain yang menghadapi masalah sama dan diambil iktibar.

Ia adalah sebuah kisah yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana perkara itu berlaku dan mampu menarik perhatian orang jauh termasuk di India dan Australia.

Persoalan yang sama terbit di hati Spruill sendiri sehingga dia terpaksa bergelut dengan kebenaran semenjak dia mengetahui kebenarannya pada 2004 iaitu enam tahun selepas suaminya, Percy Spruill meninggal dunia.
“Saya tidak tahu sama ada dia tahu atau tidak kerana perbincangan mengenai perkara itu tidak pernah timbul.
“Saya rasa, kalau dia tahu pun, dia semestinya tidak akan memberitahu saya,” ujarnya kesal.
Spruill sebelum ini telah mengesahkan DNA yang ditemui pada berus gigi suaminya.
Sebaik mengetahui kebenaran itu, Spruill berhadapan dengan tekanan emosi dan fizikal yang teruk sehingga diserang strok dua kali dan telah didiagnosis mendapat diabetes.
“Sakit dan tekanan akan membunuh diri saya tetapi saya terpaksa melepaskan tekanan ini.
“Saya hanya memberitahu cerita untuk melepaskan kesakitan saya,” kata Spruill.
Bagaimanapun, Spruill percaya Tuhan sedang mengujinya kerana melalui pengalaman ini telah membentuk hidupnya.
Bercerita mengenai detik perkenalan pasangan itu, Spruill berkata, dia bertemu suaminya di Akron dan menetap di Doylestown, sebuah pinggir bandar untuk golongan pekerja yang terletak kira-kira 2.3 kilometer dari pusat bandar New York.
Itu adalah perkahwinannya yang kedua. Spruill digambarkan sebagai seorang suami yang baik dan tidak lokek. Dia juga dikatakan memberi layanan yang baik terhadap ‘anak-anak tirinya’.

“Kami mempunyai kehidupan yang baik,” katanya.

Pada mulanya, dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan membenci suaminya atas apa yang berlaku.
Namun, melalui proses terapi dia akhirnya mulai menerima apa yang berlaku bukan disebabkan oleh dirinya sebaliknya, semua itu ialah ketentuan takdir.
Kebelakangan ini, dia turut dihubungi beberapa pasangan yang senasib dengannya.
Mereka memberitahu Spruill, kisahnya itu menjadi teladan kepada mereka untuk menguruskan kisah masing-masing.
“Mereka cuba berkawan dengan saya sekarang,” katanya.
Sementara yang lain, masih sukar dan kurang mesra.
“Ada yang berpendapat, ‘apa yang rahsia, biarlah rahsia’.
“Saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang pendapat mereka itu. Saya hanya tahu apa yang saya fikirkan.
“Tuhan Maha Berkuasa dan Dia telah mengajar kita untuk berkata benar walau dalam situasi apa pun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Spruill mengakui, tidak ramai di antara mereka yang berkata benar dan dia telah mempelajarinya daripada pengalaman sejak dari kecil.
Mengimbau kisah lalu, ibu Spruill telah hamil masih remaja ketika berpacaran dengan bapanya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Selepas dilahirkan, Spruill yang baru berusia tiga bulan telah diserahkan ibunya untuk dijaga oleh datuk dan neneknya, di mana selama ini dia menganggap sebagai orang tua kandungnya.
Ketika berusia lapan atau sembilan tahun, barulah Spruill mengetahui bahawa wanita yang sering datang menziarahinya itu ialah ibu kandungnya yang sebenar dan bukannya kawan keluarganya seperi yang didakwa sebelum ini.
Namun, tidak ada sesiapa pernah membicarakan mengenai siapa bapa kandungnya sebelum ini.
Kini, tiada siapa yang tinggal untuk memberikan Spruill jawapan mengenai suaminya itu. Ibunya, Christine meninggal dunia pada 1984 manakala kedua orang datuk dan neneknya pula telah lama meninggal dunia.
Sebelum ini, Spruill telah mengetahui ibunya bekerja sebagai pelacur dan pernah ditahan pada 1980 kerana terlibat skandal rasuah berprofil tinggi melibatkan James Barbuto, seorang hakim yang disabitkan bersalah kerana mengugut dan memaksa melakukan seks kasar ke atas seorang kerani mahkamah di pejabatnya.
“Ibu telah mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada saya. Walau apa pun yang telah berlaku, saya tidak akan pernah menyesal ataupun merungut,” katanya.
Bagaimanapun, dia percaya, dia masih mempunyai adik beradik kandung dan tiri dari suaminya, termasuk di sebelah ibunya.
Katanya, dia ingin mencari mereka dan memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan.
Kini, Spruill bahagia bersama tiga orang cahaya mata dan lapan orang cucu.
Dia sebelum ini terpaksa berhadapan dilema untuk memberitahu anak-anaknya bahawa lelaki yang menjadi bapa tiri  mereka itu sebenarnya adalah datuk mereka sendiri.
Spruill yang sebelum ini terpaksa mendapatkan sokongan dari pakar terapi, "bantu saya untuk memberitahu anak-anak saya,” katanya.
“Saya telah memaklumkan kepada mereka dua tahun lalu dan mereka benar-benar terkejut mengenai perkara itu. Namun, penerimaan mereka jauh lebih baik berbanding saya.”
Beberapa hari sebelum rahsia ini diketahui umum, Spruill memberitahu cucu-cucunya.
"Mereka benar-benar menyokong saya. "Mereka juga kata mereka tetap sayangkan saya dan perlu beritahu apa yang diperlukan oleh saya,” jelasnya lagi.

Semenjak bersara dari jabatan perakaunan Goodyear di mana beliau telah bertugas selama 34 tahun, dia mengisi masa lapangnya dengan menulis kisah hidupnya dan berharap dapat menerbitkannya kelak.
"Saya bersyukur kepada tuhan kerana diberi peluang untuk melalui kehidupan ini.
"Ia juga merupakan satu keajaiban kerana saya masih di sini dan saya mahu orang lain tahu, jika mereka turut melalui pengalaman seperti saya, mereka tetap boleh meneruskan kehidupan," katanya lagi.
* Dipetik dari laporan CNN

600 budak mangsa seksual paderi

Penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik merupakan isu terbesar di Australia
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik
merupakan isu terbesar di Australia sejak tahun kebelakangan ini.

MELBOURNE - Pengurusan Gereja Roman Katolik Australia di Victoria mengesahkan lebih 600 budak perempuan menjadi mangsa serangan seksual paderi sejak tahun 1930-an.

Ketua Paderi Melbourne, Denis Hart menggambarkan jenayah itu adalah jijik dan memalukan sekali gus menjatuhkan maruah mereka.

Pengakuan itu terbongkar melalui satu penyerahan kertas siasatan melibatkan beberapa kes penderaan kepada Parlimen yang mana disangkal oleh ahlinya bahawa jumlah sebenar mangsa dera mungkin meningkat kepada 10,000 kanak-kanak.

Setakat ini, pihak gereja memaklumkan hanya 620 kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku sejak 80 tahun lalu dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, selain menyiasat 45 kes baru.

Dalam satu kenyataan, Hart berkata, semua pihak harus telus dan terbuka apabila membincangkan isu yang tragis di Victoria dan mungkin tempat-tempat lain.

"Siasatan dilakukan bagi membela mangsa selain memeriksa tindak balas pihak gereja secara meluas terutama sepanjang 16 tahun lalu dan beberapa cadangan mempertingkatkan penjagaan mangsa selain mencari langkah pencegahan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Chrissie Foster mendedahkan dua anak perempuannya dirogol seorang paderi sejak pertengahan 1980-an dan gereja hanya mendedahkan angka sebenar pada Jumaat lalu.

"Kami telah membuat laporan polis namun sehingga kini pihak gereja tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap paderi berkenaan," kata Foster.

Kerajaan negeri Victoria terpaksa membuka siasatan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh pengamal agama dan badan bukan kerajaan selepas puluhan mangsa  membunuh diri. -Al-Jazeera

Gempa bumi sederhana landa selatan kepulauan Mariana

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Mariana pada pukul 7.42 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat di dalam laut pada kedudukan 1,624km timur laut Jayapura, Indonesia dan 2,880km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.- Bernama

Iran tuduh Siemens sabotaj program nuklear

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Alaeddin Boroujerdi
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Alaeddin Boroujerdi

TEHERAN - Iran, kelmarin menuduh Syarikat Siemens di Jerman mengimplan bahan letupan kecil di dalam peralatan yang dibeli oleh negara itu untuk program pengayaan uranium mereka.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Alaeddin Boroujerdi menyatakan pakar keselamatan Iran berjaya menemui bahan letupan tersebut sebelum ia meletup.

"Ia sepatutnya meletup selepas dipasang pada sistem dan sememangnya  bertujuan untuk memusnahkan program kami, namun kebijaksanaan pakar kami berjaya menggagalkan konspirasi pihak musuh," katanya.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Siemens berkeras menafikan tuduhan itu.

Jurucakap syarikat berpusat di Munich, Alexander Machowetz berkata, Siemens tidak pernah menjalinkan urusan perniagaan bersama Teheran termasuk yang berkaitan dengan program nuklear Iran sejak 1979. -AP

Libya bubar kumpulan militia

BENGHAZI: Pihak berkuasa Libya semalam memutuskan untuk membubarkan semua kumpulan militia yang tidak termasuk dalam kawalan kerajaan.

Ketua Parlimen, Mohammed al-Megaryef mengumumkan keputusan itu sehari selepas penduduk Benghazi memberontak menentang kumpulan militia dalam keganasan yang meragut 11 nyawa.


Kerajaan juga mengambil keputusan untuk menyatukan tentera, pasukan Kementerian Dalam negeri dan Briged Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada kumpulan bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Ribuan penduduk Benghazi menunjuk perasaan membantah penguasaan kumpulan milita sebelum menawan markas mereka, kelmarin. - AFP

Mujica presiden ‘paling miskin’

MUJICA dan isterinya cuma ada sebuah kereta murah.
MUJICA dan isterinya cuma ada sebuah kereta murah.

MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.
Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.
“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.


Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo.

Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010.

Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.

Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Mujica bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.

Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy - berasal dari keluarga kaya - turut mendermakan sebahagian gajinya, manakala presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah. - Agensi

Iran mungkin serang Israel

TEHERAN: Iran mungkin melancarkan serangan terhadap Israel jika rejim Zionis itu melakukan persiapan untuk melancarkan serangan ke atasnya.

Pegawai kanan Pengawal Revolusi, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh memberi amaran itu sehari selepas ketuanya berkata, peperangan antara kedua-dua negara itu pasti berlaku.


“Perang Dunia Ketiga akan meletus sekiranya Israel dan Iran terbabit dalam konflik ketenteraan,” kata Amir yang bertanggungjawab terhadap sistem peluru berpandu Pengawal Revolusi.

“Iran akan melancarkan serangan jika Israel melakukan persiapan sepenuhnya untuk menyerang kami. Tetapi, buat masa ini, kami tidak melihat Israel sudah bersiap sedia untuk menyerang,” katanya.


Beliau juga berkata, Iran akan melihat sebarang serangan yang dilakukan Israel sebagai sudah mendapat kebenaran daripada Amerika Syarikat.


“Kerana itu, sama ada rejim Zionis itu menyerang dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan Amerika Syarikat, kami tetap akan menyerang pangkalan Amerika di Bahrain, Qatar dan Afghanistan,” katanya.

Beliau juga memberi amaran, Israel tidak akan dapat menggambarkan tindak balas Iran.


“Ia akan menanggung kerugian amat besar yang akan membawa kepada kemusnahannya dari muka bumi ini,” kata Amir.

Israel dan Amerika Syarikat percaya program nuklear Iran bertujuan menghasilkan senjata nuklear yang berupaya mengancam kewujudan negara Yahudi itu serta statusnya sebagai satu-satunya negara Asia Barat yang memiliki senjata nuklear.


Kelmarin, Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali Jafari, berkata, peperangan Iran dengan Israel pasti berlaku, tetapi bila dan di mana, belum dapat dipastikan. - AFP

Mursi pertahan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin

WASHINGTON: Presiden Mesir, Mohamed Mursi semalam menegaskan sekali lagi hubungannya dengan Ikhwanul Muslimin, pertubuhan yang diragui oleh ramai pihak di Barat.

“Saya membesar dengan Ikhwanul Muslimin. Saya belajar prinsip hidup ketika dalam Ikhwan. Saya belajar mencintai negara saya dengan Ikhwan. “Saya belajar politik dengan Ikhwan. Dan saya juga menjadi pemimpin Ikhwan,” katanya dalam wawancara dengan akhbar New York Times sebelum berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Dalam wawancara itu, beliau juga berkata, Amerika Syarikat tidak boleh berharap Mesir untuk hidup dengan mengikut telunjuknya, seperti yang berlaku di Barat.

Mursi turut menggesa Amerika Syarikat mengubah pendekatannya terhadap dunia Arab. - AFP

Tentera Bashar makin tersepit

ATMA: Sebahagian besar wilayah Syria kini dikuasai oleh penentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Seorang pemimpin Tentera Pembebasan Syria (FSA), Kolonel Ahmed Abdel Wahab berkata, sama ada penentang menerima bantuan dari luar atau tidak, kerajaan Bashar akan jatuh dalam masa beberapa bulan lagi.


Beliau yang mendakwa mengetuai satu briged terdiri daripada 850 pejuang dalam FSA berkata, tentera yang setia kepada Bashar kini hanya bergantung kepada kekuatan udara.

“Jika kami memiliki senjata antipesawat dan peluru berpandu antikereta kebal, rejim Bashar akan tumbang lebih cepat.


“Sekiranya negara luar tidak memberi senjata itu kepada kami, saya yakin kami tetap akan menang. Cuma ia akan mengambil masa yang lebih lama,” katanya kepada wartawan di Atma, berhampiran sempadan Syria-Turki.


Menurutnya, kumpulan penentang kini boleh bergerak bebas di sebahagian besar negara itu.

“Di kebanyakan wilayah, tentera menjadi tahanan di berek mereka sendiri. Mereka jarang keluar dan kami boleh bergerak bebas.


“Di Damsyik pula, selagi kami tidak berada di jalan utama, kami juga boleh bergerak bebas,” katanya. Ahmed, yang sembilan bulan lalu berpangkat kolonel dalam pasukan tentera Syria berkata, beliau berpaling tadah kerana tidak sanggup melihat jenayah melampau yang dilakukan rejim Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri. Menurutnya, dia menghadiri mesyuarat harian dengan pemimpin FSA dan menerima arahan daripada mereka.

Bagaimanapun, katanya dia masih berhubung dengan pegawai yang masih berkhidmat dengan tentera Bashar. “Semangat mereka rendah. Anggota berfahaman Sunni tidak berpaling tadah kerana bimbangkan keselamatan keluarga mereka,” katanya. - AFP

Gadis ratu ular berbisa


Laili Syuhada menunjukkan aksi memasukkan kepala ular ke dalam mulutnya ketika membuat persembahan di Bachok, kelmarin.
Laili Syuhada menunjukkan aksi memasukkan kepala ular
ke dalam mulutnya ketika membuat persembahan di Bachok, kelmarin.

Pelajar Tingkatan Empat jadi anak murid Raja Ular Kelantan
Bachok: Seorang gadis dari Kuala Krai, Kelantan, mengisi hujung minggu dengan beraksi bersama ular berbisa, termasuk tedung selar.

Laili Syuhada Abdul Razak, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuala Krai, bukan saja berani bermain ular bisa, malah mencium serta memasukkan kepala ular berbisa itu ke dalam mulutnya.
Beliau berkata, minat untuk bermain ular ini timbul sejak awal tahun lalu sehingga sanggup berguru dengan Raja Ular Kelantan, Hamdan Mahadi, 26, bagi meningkatkan kemahiran mengawal serta beraksi dengan ular.

"Sejak kecil lagi, saya sudah tertarik untuk mendekati reptilia ini dan kini mendalami minat dengan Hamdan sehingga mampu mengadakan persembahan bersama ular tedung selar dan senduk.

"Sepanjang mengadakan persembahan belum pernah terjadi kejadian tidak diingini dan berterima kasih kepada Hamdan yang memberi banyak tunjuk ajar untuk berdepan dengan reptilia ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan persembahan di Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Beris Kubur Besar, dekat sini, kelmarin.

Guru sentiasa bersama

Laili Syuhada berkata, beliau sedar kegiatan ini merbahaya, namun tidak takut berdepan dengan ular kerana gurunya akan sentiasa bersama untuk memastikan keselamatannya terjamin.
"Sebelum memulakan sebarang persembahan, Hamdan akan memberikan beberapa petua supaya tidak tersilap langkah," katanya.

Ibunya, Rosnani Yaakob, 39, mengakui pada awalnya agak keberatan untuk membenarkan anaknya terbabit dalam kegiatan bermain dengan ular, namun selepas melihat kesungguhannya, beliau membenarkan walaupun masih risau terhadap keselamatannya.

Kembalikan semula Perak Man

ARTIFAK Perak Man menjadikan Malaysia dan Perak terkenal di dunia.
LENGGONG - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya Jabatan Warisan Negara digesa mempertimbangkan hasrat kerajaan Perak mahu membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini.
Ketika ini, rangka Perak Man atau Orang Perak yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu ditempatkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak Julai 2006 lalu.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya artifak yang menjadi sebutan dunia itu dikembalikan semua ke tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini.
Katanya, permintaan tersebut wajar diberi perhatian serius memandangkan jumlah pengunjung ke galeri terbabit meningkat mendadak sehingga empat kali ganda sejak Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pertandingan misai, janggut di timur Perancis

KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin. - Reuters


MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.
Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.
Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Pembangkang bincang guling rejim Bashar

AZMAT (kiri) dan Bousha (kanan) duduk pada mesyuarat untuk menggulingkan rejim Bashar di sebuah hotel di Damsyik semalam.

DAMSYIK - Tokoh-tokoh pembangkang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menggulingkan rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Kira-kira 16 parti pembangkang mengambil bahagian pada satu persidangan yang diketuai Badan Penyelaras Kebangsaan Untuk Perubahan Demokratik di Syria.
Ketua badan itu, Hasan Abdulazim hadir pada mesyuarat tersebut.
Tokoh-tokoh pembangkang itu berhimpun di sebuah hotel di sini semalam.
Perbincangan pada persidangan itu diadakan bagi mencari pendekatan aman untuk menamatkan peperangan di Syria.
Mesyuarat itu diadakan dengan kawalan ketat.
Duta Rusia, Azmat Allah Kolmahmedov dan Duta Iran, Mohammad Riza Shibani turut hadir pada mesyuarat tersebut.
Rusia dan Iran merupakan sekutu kuat Bashar.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Duta Algeria, Bousha Saleh dan Timbalan Ketua Kedutaan China, Feng Biao.
Kuasa Usaha Mesir, Alaa Abdul-Aziz turtu hadir.
Pertempuran di Syria bermula sejak Mac tahun lalu.
Ia berlaku selepas kumpulan pemberontak bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak melakukan perubahan politik dan kebebasan bersuara.
Lebih 20,000 orang terbunuh dalam pertempuran melibatkan tentera Syria dengan kumpulan pemberontak itu. - Agensi

Sunday, September 23, 2012

Ular sawa kenyang kambing

ANGGOTA JPAM Gua Musang berjaya menangkap ular sawa sepanjang lima meter dan berat 150kg yang dipercayai baru menelan seekor kambing di kawasan tebing anak sungai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto. Foto: Ramli Ibrahim (22/09/2012)
ANGGOTA JPAM Gua Musang berjaya menangkap ular sawa sepanjang lima meter dan berat 150kg yang dipercayai baru menelan seekor kambing di kawasan tebing anak sungai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto. Foto: Ramli Ibrahim (22/09/2012)

Ular peliharaan terbesar di dunia

SEORANG model bergambar bersama Medusa di Edge of Hall, Kansas City.
SEORANG model bergambar bersama Medusa di Edge of Hall, Kansas City.
KANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya.
Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.
Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu.

Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan.


Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu.

Petugas berkata, Medusa ialah pemakan yang cuai kerana seringkali tergigit dirinya ketika makan.

Wakil Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan tahun depan.

Pemiliknya, Larry Elgar berkata, dia tidak takut dengan ular berkenaan.

“Tidak boleh dinafikan ia boleh memakan manusia. Tetapi saya tidak takut. Saya pernah dibelit hingga pengsan oleh seekor ular sawa rendam sepanjang 5.5 meter.

“Saya sedar bahaya yang saya hadapi tetapi itu bukan alasan untuk takut,” kata Edgar.

Menurutnya, dia membeli Medusa ketika haiwan itu masih kecil lapan tahun lalu.

“Ketika itu, ia hanya 0.6 meter pannjang dan segemuk jari saya saja,” katanya. - DM

Tunjuk perasaan usir pejuang

BENGHAZI: Penunjuk perasaan semalam mengusir kumpulan jihad dari ibu pejabat mereka dan menawan sebuah lagi pangkalan kumpulan separa tentera di bandar raya ini selepas pertempuran yang menyebabkan empat orang terbunuh.

Penawanan ibu pejabat kumpulan Ansar al-Sharia yang dituduh terbabit dalam pembunuhan duta Amerika Syarikat, Chris Stevens dan tiga rakyat negara itu, berlaku selepas puluhan ribu penduduk menunjuk perasaan kerana membantah kuasa kumpulan militia.
Anggota kumpulan berkenaan meninggalkan markas mereka selepas ia diserbu ribuan penunjuk perasaan. Kumpulan itu juga diusir dari hospital al-Jalaa yang mereka kuasai.

Penunjuk perasaan juga menyerbu markas Briged Raf Allah al-Sahati, kumpulan separa tentera yang dikuasai bekas pemberontak.


Kumpulan itu yang dibawah kawalan Kementerian Pertahanan, sebelum ini mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada kerajaan pusat.


Kira-kira 40 orang turut cedera dalam pertempuran awal pagi di daerah Hawan, pinggir Benghazi.

Kejadian bermula dengan tunjuk perasaan aman, ‘Selamatkan Benghazi’ yang diadakan selepas solat Jumaat, membabitkan 30,000 penduduk.

Penunjuk perasaan memberi penghormatan kepada Stevens dan tiga warga Amerika Syarikat yang terbunuh dalam serangan terhadap konsulat negara itu di Benghazi pada 11 September lalu. - AFP

17 terbunuh di Pakistan dalam protes ganas



SEORANG penunjuk perasaan menghayunkan sebatang kayu berhampiran sebuah kenderaan polis yang terbakar dalam satu protes membantah filem anti-Islam di Karachi, Pakistan kelmarin.


ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.
Setakat ini, seramai 19 orang mati di Pakistan dalam protes yang berlanjutan lebih seminggu. Sementara di Libya, protes ganas membunuh empat orang warga Amerika Syarikat termasuk dutanya, Chris Stevens.
Para penunjuk perasaan dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya mengadakan demonstrasi aman pada hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti kebangsaan bagi menghormati Nabi Muhammad SAW.

SEKUMPULAN sukarelawan dan seorang pegawai polis membantu membawa seorang penunjuk perasaan yang cedera parah ke hospital di Karachi, Pakistan kelmarin.


Saksi-saksi memberitahu, dianggarkan seramai 45,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan. Pihak polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan membakar dan mencuri di pawagam, bank, kedai serta restoran-restoran di Karachi.
Penunjuk perasaan membaling batu serta menjerit "Orang Amerika ialah anjing" dan "Kawan Amerika ialah pengkhianat".
Washington memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Pakistan, selain membelanjakan AS$70,000 (RM213,430) untuk menyiarkan amaran tersebut di televisyen. - AFP

Iklan yang menyebabkan orang Yahudi marah

http://www.kakisembang.com,
22 Sep 2012

Iklan Yang Menyebabkan kemarahan Orang Yahudi - Tahu pun Kamu Marah Benggong


Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.

Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
P/S: Tahu pun kamu marah Yahudi Laknatullah..Nanti lah kehancuran mu wahai YAHUDI.. 

Saturday, September 22, 2012

Cacing tanah 'berkahwin'

Cacing tanah 'berkahwin'
Cacing diasingkan sebelum upacara 'perkahwinan'.

TAIWAN - Tujuh ‘cacing tanah bertuah’ dipilih melangsungkan ‘perkahwinan’ sebagai usaha membendung masalah hakisan tanah di selatan Taiwan.

Ketua Persatuan Pembangunan Masyarakat Huang Sen-nan berkata, semua cacing itu tiba di Takang Park, Tainan, dalam bungkusan kain merah sebelum ‘dikahwinkan’ dengan tanah di taman itu.

“Majlis dilangsungkan mengikut adat perkahwinan tradisional Taiwan,” katanya.

Menurutnya, majlis itu dilakukan berikutan masalah hakisan tanah yang semakin meruncing di Taiwan sejak kekerapan taufan.

“Kehadiran cacing boleh membantu pencegahan hakisan tanah dengan memperbaiki struktur tanah dan saliran,” katanya.-AFP

'Gadis api' diajak cabar jin

'Gadis api' diajak cabar jin
Wan Nor Fatihah menunjukkan pakaiannya yang terbakar baru-baru ini.

KOTA BHARU - Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.

Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.

“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.

"Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.

Kubur unik berusia 1,000 tahun ditemui di Filipina

Kubur unik berusia 1,000 tahun ditemui di Filipina
Sekumpulan pakar arkeologi menggali keranda batu kapur di Gunung Kamhantik.

MANILA - Sekumpulan pakar arkeologi mengesahkan menemui penempatan berusia 1,000 tahun di puncak gunung batu kapur di Gunung Kamhantik, berhampiran Mulanay di wilayah Quezon.

Pegawai muzium nasional Eusebio Dizon berkata, perkara itu disahkan selepas mereka menemui keranda batu kapur dengan ukiran lidah terjelir yang diukir dengan logam.

“Ujian karbon turut dilakukan pada gigi manusia yang diambil daripada 15 kubur,” katanya.

Menurutnya, ukiran pada keranda itu memberi petunjuk bahawa Filipina  mengamalkan upacara pengebumian lebih maju, apabila menggunakan alat logam sebagai medium ukiran. - AP

Penduduk Benghazi 'serang balas', tawan premis militia Libya

Demo Libya
Penunjuk perasaan berarak di Benghazi semalam. - Foto ihsan CNN

BENGHAZI - Protes di Libya ekoran filem menghina Nabi Muhammad SAW, kini dilihat masuk persimpangan baru apabila ratusan penunjuk perasaan berarak di Benghazi dan menawan ibu pejabat dan beberapa premis kumpulan militia, yang dipercayai ada hubungan dengan kejadian serangan ke atas pejabat konsul Amerika Syarikat (AS) dua minggu lalu.
Antara kawasan yang ditawan termasuklah ibu pejabat kumpulan Ansar al-Sharia.
Dalam serangan 11 September lalu, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain terbunuh.
Sebelum ini pihak berkuasa Libya dan AS mendakwa serangan tempoh adalah sesuatu yang dirancang dan sama sekali tiada kaitan dengan filem kontroversi itu. Insiden 11 September itu secara kebetulan berlaku pada hari AS mengadakan upacara memperingati peristiwa 11 September 2001.
Kumpulan penunjuk perasaan semalam melaungkan mereka, bukannya pihak menyerang pejabat konsul AS, mewakili sentimen sebenar rakyat Libya.
"Ini Libya sebenar," kata seorang penunjuk perasaan dipetik CNN.
Dalam protes dua minggu lalu, yang dikaitkan dengan penerbitan filem Innocence of Muslims.
Dalam kejadian terbaru ini, empat orang dilaporkan terbunuh.
Kematian itu melibatkan pangkalan kumpulan militia, tetapi bukannya di ibu pejabat Ansar al-Sharia.
Seorang saksi berkata, penyokong Ansar al-Sahria berbaris di depan ibu pejabat mereka, menghadap kumpulan penunjuk perasaan, dengan mengibarkan kain rentang hitam dan putih.
Mereka turut melepaskaan tembakan ke udara untuk menyuraikan para penunjuk perasaan tetapi bertindak melarikan diri dengan senjata mereka apabila premis mereka dibanjiri penunjuk perasaan yang melaungkan "kami tidak mahu militia".
Bangunan ibu pejabat itu dan kereta dibakar.
Bagaimanapun, perkembangan di luar ibu pejabat Sahaty Brigade di Benghazi menyaksikan tiga orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 terbunuh.
Seorang lagi maut dan 20 lagi dalam insiden lain.

Rumah Putih anggap serangan di Benghazi didalangi pengganas

WASHINGTON: Untuk pertama kali, Rumah Putih semalam menganggap serangan ke atas konsulatnya di Benghazi - yang membunuh empat warganya - sebagai “serangan pengganas” dan mungkin berkaitan dengan al-Qaeda.

Setiausaha Negara, Hillary Clinton, mengumumkan langkah mengkaji semula aspek keselamatan di konsulatnya yang menjadi sasaran kemarahan umat Islam sedunia ekoran penerbitan filem Innocence of Muslims.


Sebelum ini, pentadbiran Barack Obama berulang kali enggan mengkelaskan serangan yang membunuh dutanya, Chris Stevens, sebagai tindakan ganas.

Beberapa pegawai percaya, insiden itu berlaku secara spontan dan bukan dirancang lebih awal. Namun, jurucakap Rumah Putih, Jay Carney, berkata bukti mendapati serangan itu dilakukan pengganas. Kenyataan Carney dibuat merujuk kepada keterangan Ketua Pusat Antipengganas Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Matthew Olsen.


Olsen adalah pegawai kerajaan pertama menggelar serangan di Benghazi adalah perbuatan pengganas. - AFP

Udang kara 3 penyepit tarik perhatian

ENDACOTT bersama Claws
ENDACOTT bersama Claws

LONDON: Seekor udang kara menarik perhatian ramai apabila ia mempunyai tiga penyepit, lapor media semalam.
Udang itu kini dipamerkan di sebuah restoran di restoran Jacksons, Newton Abbot, selepas ditangkap baru-baru ini.
Udang seberat 1.4 kilogram itu diberi nama Claws kerana keunikan penyepit ketiga itu.

Pengarah restoran Jacksons, Matthew Endacott, berkata sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bisnes itu, dia tidak pernah bertemu udang sebegitu.


“Apabila keunikan Claws tersebar, semakin ramai orang datang ke sini, terutama kanak-kanak,” katanya.

Endacott berkata, walaupun unik, Claws akan dijual.

“Claws akan dijual dan dimakan. Nampaknya pembeli Claws akan mendapat daging penyepit tambahan,” katanya. - DM

Puteri Sultan Brunei kahwin staf Pejabat Perdana Menteri

SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN: Anak perempuan Sultan Brunei dinikahkan dengan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub dalam majlis penuh meriah di istana, semalam.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, adalah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Pengiran Anak Saleha.
Foto
PUTERI Hafizah Sururul Bolkiah.
Foto
PENGIRAN Muhammad Ruzaini.
Pengiran Muhammad Ruzaini, 29, melafazkan ijab kabul di depan ahli keluarga dan tetamu jemputan.

Kedua-dua mempelai adalah kakitangan kerajaan dengan Puteri Hafizah - memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan - bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana Menteri.


Sultan Hassanal Bolkiah juga bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan di negara kecil tetapi kaya itu.

Baginda mempunyai 12 anak, termasuk lima lelaki, hasil tiga perkahwinan. - DM

21 tahun dirantai

HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.
HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.
CHEN berharap ada pihak tampil membantu anaknya.
CHEN berharap ada pihak tampil membantu anaknya.
NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.
Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.
Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.


Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.

“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. - DM

Pusat korban lembu era Firaun dibuka




REUTERS
BINAAN yang terdapat di dalam Serapeum of Saqqara di selatan Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Pemerintah Mesir kelmarin membuka semula Serapeum of Saqqara di selatan bandar raya ini yang merupakan tempat lembu jantan dikorbankan.
Ia digunakan pada era pemerintahan Firaun pada 1,400 Sebelum Masihi.
Lembu-lembu jantan yang dikorbankan ditanam di kawasan tersebut.
Kawasan tersebut ditemui oleh seorang pakar sejarah purba Mesir dari Perancis, Auguste Mariette pada tahun 1851.
Bagaimanapun, ia ditutup pada tahun 2001 kerana pergerakan Bumi dan masalah peresapan air. - Agensi

Friday, September 21, 2012

‘Gadis api’ tidak putus harap


Nik Aziz dan gadis api
Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. - Foto Unit Komunikasi Menteri Besar
KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

“Saya tidak takut dengan apa yang dialami ini dan selagi ada hayat saya akan berdoa supaya api ini tidak muncul lagi. Kami tetap mencari jalan penyelesaian daripada gangguan yang dilalui sekian lama.

“Sekarang ini, dengan kemunculan api misteri di rumah ini, saya tidak boleh lemah semangat dan perjuangan untuk menghentikan semua gangguan tidak sewajarnya berhenti separuh jalan, apatah lagi mengalah begitu sahaja,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sempena lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan solat Hajat dan berdoa semoga ALLAH SWT melindunginya daripada sebarang gangguan makhluk halus.

Wan Nor Fatihah juga memberitahu, semenjak kemunculan api tersebut keluarganya tidak putus-putus berikhtiar untuk melenyapkan api tersebut dan sejak pertama kali diekorinya kira-kira 77 pengamal perubatan sudah tampil membantu.

“Alhamdulillah jika sebelum ini saya dikejutnya dengan kemunculan api sebanyak 70 kali sehari sekarang gangguan terbabit semakin berkurangan dan ini adalah berkat doa serta izin ALLAH SWT untuk membantu saya.

“Biarpun kekerapan semakin kurang, namun gangguannya kadang-kalanya lebih teruk dan semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi ujian ini serta terus menamatkan masalah yang menghimpit diri ini,” katanya.

Akibat gangguan tersebut juga, fikiran Wan Nor Fatihah turut terganggu kerana ada yang mencemuh keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang luar.

Semalam bermula sejak pagi sehingga jam 7 petang kira-kira enam kali api mesteri tersebut muncul dan membakar pakaian di dalam rumah itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menasihatkan keluarga supaya bersabar dan sentiasa berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.

“Saya berharap keluarga ini tidak berputus asa dan saya berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH SWT daripada sebarang gangguan makhluk halus. Hakikatnya, ALLAH  SWT maha berkuasa ke atas segala sesuatu,” katanya.

Syria rancang alih senjata kimia


Syria rancang alih senjata kimia
Rejim Assad bersama kumpulan saintis menguji senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham berhampiran kampung Khanasir pada akhir bulan lalu.
LONDON - Bekas jeneral Syria yang berpaling tadah, Adnan Sillu mendedahkan Presiden Bashar al-Assad ada merancang untuk memindahkan senjata kimia kepada Hizbullah menerusi wawancara bersama Times of London.

Selain itu, Sillu juga membongkar rancangan kerajaan untuk menggunakan senjata kimia itu ke atas penduduk Syria.

"Kami pernah mengadakan perbincangan serius berhubung penggunaan senjata itu sebagai jalan terakhir jika rejim hilang kawalan di kawasan penting seperti Aleppo," katanya.

Awal minggu ini, akhbar mingguan Der Spiegel di Jerman turut melaporkan Syria telah mula menguji sistem senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham pada akhir bulan lalu.

Menurut laporan tersebut lagi, Assad turut menggunakan kepakaran saintis dari Iran dan Korea Utara untuk melakukan kajian di pusat penyelidikan al-Safir, di mana didakwa sebagai tapak ujian terbesar bagi senjata kimia atau gas beracun itu.  - Times

Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga


Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga
Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.
KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.

Majalah Perancis pula hina nabi



PENDUDUK Islam Pakistan berarak menuju bangunan konsulat Amerika di Karachi membantah filem anti-Islam, kelmarin. Polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - AFP
PARIS 19 Sept. - Selepas filem yang menghina Nabi Muhammad SAW diterbitkan di Amerika Syarikat, kini sebuah majalah satira di Perancis, pula menerbitkan kartun yang memaparkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel.
Penerbitan karikatur itu dijangka memburukkan lagi ketegangan selepas tercetus demonstrasi ganas di seluruh dunia ekoran penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims, yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).
Muka depan majalah Charlie Hebdo itu menggambarkan seorang penganut Islam berkerusi roda ditolak oleh seorang Yahudi Ortodok di bawah tajuk 'Intouchables 2'.
Ia merujuk kepada filem Perancis yang berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam yang menolong seorang golongan bangsawan yang lumpuh.
Satu lagi kartun yang dipaparkan pada muka belakang majalah mingguan itu pula menunjukkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel yang hanya berserban.
Ia mendedahkan bahagian punggung Nabi Muhammad kepada seorang pengarah filem, adegan yang diilhamkan daripada sebuah filem pada 1963 yang dibintangi aktres terkenal Perancis, Brigitte Bardot.
Laman web Charlie Hebdo hari ini tidak boleh dilayari selepas dihujani dengan komen-komen kemarahan terhadap penyiaran gambar itu.
Majalah itu sebelum ini terkenal dalam menerbitkan isu-isu kontroversi berkaitan Islam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata, orang ramai yang tersinggung dengan penyiaran kartun berkenaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah selepas beliau menyatakan 'rasa tidak setuju terhadap perbuatan berlebih-lebihan tersebut'.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Perancis tetap mengamalkan kebebasan bersuara.
''Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.
''Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah,'' katanya kepada radio RTL.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pula berkata, negara ini telah meningkatkan keselamatan di kedutaannya di negara-negara yang mungkin mencetuskan kemarahan dengan penerbitan karikatur itu. - AFP

Bill Gates individu terkaya AS

SAN FRANCISCO 20 Sept. - Pengasas Microsoft, Bill Gates, muncul sebagai individu terkaya di Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 12 tahun berturut-turut, menurut majalah Forbes.
Majalah ekonomi itu menganggarkan Gates memiliki kekayaan sebanyak AS$66 bilion (RM202 bilion), sementara jutawan pelaburan Warren Buffet pula berada di kedudukan kedua dengan aset bernilai AS$46 bilion (RM141 bilion).
Pengasas Oracle, Larry Ellison, pula menduduki tempat ketiga dalam senarai dengan aset sebanyak AS$41 bilion (RM125 bilion).
Laurene Powell Jobs yang merupakan balu kepada pengasas bersama Apple, Steve Jobs muncul sebagai nama baru dalam senarai individu terkaya apabila memiliki kekayaan bersih AS$11 bilion (RM33.8 bilion).
Nilai kekayaan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg pula merosot sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) kepada AS$9.4 bilion (RM28.2 bilion), sekali gus menyebabkannya jatuh ke tempat ke-36 dalam senarai berbanding kedudukan ke-14 tahun lalu.
Nilai keseluruhan individu terkaya itu menyaksikan harta kekayaan mereka meningkat naik sebanyak 10 peratus dengan gabungan kekayaan 400 individu di AS meningkat daripada AS$1.5 trilion (RM4.6 trilion) kepada AS$1.7 trillion (RM5.2 trilion). - dpa

Konflik Syria ragut lebih 29,000 nyawa

BEIRUT 21 Sept. - Lebih 29,000 orang dilaporkan terbunuh dalam konflik di Syria sejak pemberontakan menentang kerajaan tercetus pada Mac tahun lalu, lapor sebuah pertubuhan hak asasi manusia di sini semalam.
Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, setakat kelmarin (19 September), sekurang-kurangnya 20,755 orang awam, 1,148 pemberontak dan 7,095 tentera kerajaan terbunuh di seluruh negara sepanjang tempoh pemberontak.
Dalam laporan berasingan, sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh di seluruh Syria semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut melebihi 29,000. - AFP

Liu rela kaki dipotong

WANITA malang berkenaan dengan suami dan anak mereka.
WANITA malang berkenaan dengan suami dan anak mereka.
LIU bersama anak bongsunya.
LIU bersama anak bongsunya.
JIANGXI: Seorang wanita yang kaki kanannya membengkak sehingga saiz kaki seekor gajah, menimbang untuk memotongnya kerana tidak mampu menjalani rawatan perubatan.
Liu Sau dipercayai menghadapi masalah limfa yang menyebabkan kakinya membengkak sebesar itu.
Kaki kanannya mula membesar lima tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya. Kakinya itu kini lebih besar daripada pinggang anak bongsunya.

Ibu dua anak itu yang berasal dari sebuah kampung di wilayah Jiangxi, timur China, tidak boleh bekerja.


Dia terpaksa bergantung kepada suaminya, Yang Yifa untuk bekerja di ladang dan melakukan tugas rumah walaupun si suami menghidap batuk kering yang teruk.

Meskipun keadaan Liu boleh dirawat, ia dijangka akan berulang. Dia kini merancang mengambil langkah drastik dengan memotong kakinya itu.

“Mengekalkan kaki ini adalah pilihan terbaik tetapi kami tidak ada pilihan lain,” katanya.

Yang pula berkata: “Kami berharap ada hospital yang boleh memotong kaki isteri saya secara percuma.” - TS

Kubur batu kapur lebih 1,000 tahun



SEBUAH kubur kuno yang ditemui di puncak Gunung Kamhantik di Filipina pada 26 Februari tahun lalu.



MANILA - Sepasukan ahli arkeologi menemui tinggalan sebuah kampung purba di puncak sebuah gunung yang dilitupi hutan di Flipina bersama beberapa keranda batu kapur yang belum pernah ditemui di negara Asia Tenggara berkenaan, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai Muzium Nasional, Eusebio Dizon berkata, kampung tersebut terletak di kawasan seluas lima hektar di atas Gunung Kamhantik dekat bandar Mualanay di wilayah Quezon.
Menurut Dizon, tinggalan bersejarah itu berusia sekurang-kurangnya 1,000 tahun.
Usia itu, katanya, adalah berdasarkan teknik pengiraan usia karbon ke atas sebatang gigi manusia yang ditemui di dalam satu daripada 15 kubur batu kapur tersebut.
Penemuan beberapa kubur segi empat tepat itu penting kerana artifak tersebut menjadi bukti masyarakat Filipina ketika itu mengamalkan upacara pengebumian yang lebih canggih berbanding tanggapan sebelum ini.
Mereka juga menggunakan peralatan diperbuat daripada logam untuk menghasilkan keranda batu kapur berkenaan.
Beberapa penemuan lalu menunjukkan masyarakat Filipina pada era tersebut menggunakan keranda kayu, keranda tanah liat dan balang untuk menyimpan mayat manusia di beberapa bahagian di negara itu. - AP

Ais lautan Artik semakin mencair



IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menunjukkan kecairan ais laut yang berlaku di kawasan Artik.



NEW YORK - Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.
"Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000," kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
"Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini," Maslowski. - AFP

Askar Britain lahirkan anak di medan perang



SEBUAH kereta perisai meronda kawasan di sekitar Kem Bastion, selatan Afghanistan pada 10 Januari 2007.



LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.
Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.
Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.
Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.
Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.
"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.
Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.
Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.
Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.
"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.
Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Lagi sekatan untuk masuk al-Aqsa


Lagi sekatan untuk masuk al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel melarang mereka yang berumur kurang daripada 45 tahun memasuki Masjid al-Aqsa. - Foto Angle Navarrete
BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel, kelmarin sekali lagi mengenakan sekatan dengan mengehadkan kemasukan penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa selama tiga hari berturut-turut.

Mereka turut melarang penduduk yang berumur kurang daripada 45 tahun memasuki kawasan yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Namun, pada masa yang sama, polis Israel sewenang-wenangnya membenarkan bangsa Yahudi dan pelancong asing memasuki kawasan masjid itu melalui pintu Bab al-Magharbeh

Salah seorang pengawal masjid mendakwa polis Israel tanpa sifat timbang rasa bertindak mengusir remaja Palestin yang berada di dalam kawasan al-Aqsa dan menyoal siasat mereka di pintu masuk al-Matahara.

Tindakan segelintir remaja yang enggan mematuhi arahan pihak berkuasa rejim Zionis tersebut telah menyebabkan kad identiti mereka turut dirampas.-PNN