Pages

Sunday, May 13, 2012

Seorang maut, 77 cedera dua bas bawa ahli Umno terlibat kemalangan

Seorang maut, 77 cedera dua bas bawa ahli Umno terlibat kemalangan - Semasa - Sinar Harian:
Seorang maut, 77 cedera dua bas bawa ahli Umno terlibat kemalangan
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan
kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

SEREMBAN - Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera.

Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, bas membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang, Terengganu yang dalam perjalanan ke Melaka itu melanggar belakang sebuah treler terlebih dahulu.

“Akibat perlanggaran itu, sebuah lagi bas yang membawa 44 lagi ahli Umno gagal mengelak bas yang berada di hadapan, lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar, manakala 77 lagi penumpang rata-ratanya wanita termasuk pemandu bas cedera,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke HTJ, di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HTJ, Dr Jaafar Che Mat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 5.40 pagi.

 “Kesemua yang cedera dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

'via Blog this'

Presiden Iran: Israel hanya nyamuk

Presiden Iran: Israel hanya nyamuk - Global - Sinar Harian:
Presiden Iran: Israel hanya nyamuk
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang sebelum ini beberapa kali menegaskan keperluan 'melenyapkan' Israel dari peta dunia, semalam sambil menyindir melahirkan pendirian berbeza.

Selain Iran tidak perlu membeli senjata untuk menyerang negara Yahudi itu, katanya, Israel hanya sebuah 'negara nyamuk'.

“Israel tidak lebih seperti nyamuk yang tidak nampak berbanding negara luas seperti Iran," kata beliau.

Beliau sudah lama mempersoalkan kewujudan Holocaust selepas mengambil alih jawatan Presiden pada Oktober 2005 dan menyertai kempen “Dunia Tanpa Zionis”.

Menurutnya lagi, hanya menggunakan kuasa ALLAH, negaranya boleh bebas daripada bayangan kuasa Amerika Syarikat dan Zionis, kata beliau dalam laporan yang dibawa oleh Agensi Berita Republik Islam Iran, yang dipetik CNN.

Mahmoud berkata demikian di sebalik desas-desus bahawa akan tercetus perang membabitkan kedua-dua negara.

Mahmoud berkata, negara-negara serantau Teluk diperdaya agar membeli senjata bernilai berbilion dolar daripada kuasa asing yang angkuh kononnya akan tercetus perang antara Iran dan Israel.

Katanya, pembelian sedemikian tidak perlu kerana tiada horizon perang antara Iran dan Israel.

Mahmoud juga memberitahu bahawa kuasa Israel menjadi semakin lemah jika negara lain mengurangkan hubungan serantau seperti tidak menjual minyak kepada Israel.

Kuasa Barat dan Israel khuatir Iran membangunkan program nuklear, yang terus diselubungi kontroversi, sebaliknya ia dibangunkian secara damai.

Perdana Menteri Israel, Banjamin Netanyahu sebelum ini mengkritik keras mengenai program nuklear Iran dan mengatakan mereka akan menyerang tapak nuklear Iran dan tidak menolak perang serantau.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata perang boleh mencapai 10 kali ganda bahaya dan perbincangan harus diadakan untuk mencari jalan lebih selamat.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherin Ashton menyifatkan rundingan nuklear bulan lepas di Istanbul, Turki di antara diplomat Iran dan antarabangsa sebagai rundingan yang membina dan amat berguna.

Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, beliau yakin rundingan bersama Amerika Syarikat, Rusia, China, Jerman, Perancis dan Britain itu akan menghasilkan kemajuan yang berterusan.

Pihak-pihak ini bersedia untuk membuat rundingan sekali lagi di Baghdad, 23 Mei ini.

'via Blog this'

Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah

Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan meragut
nyawa seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya

BATU PAHAT – Seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya maut dan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori muatan tanah merah di persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Jalan Labis-Yong Peng, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kereta yang membawa mangsa, Guan Wei Sheng dan datuknya, Guan Tak Siang, 63, dalam perjalanan ke arah Segamat bertembung dengan lori berkenaan sebelum kereta tersebut bersama dua kereta lain dihempap muatan tanah selepas pemandu lori gagal mengawal kenderaannya.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata, lori tanah yang datang dari arah Segamat sedang membelok ke laluan kiri menghala ke arah Paloh setibanya di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Namun lori terbabit tiba-tiba sahaja hilang kawalan sebaik pemandunya mahu membelok ke laluan kiri menghala ke Paloh menyebabkannya terbabas sebelum tanah yang dibawa menghempap tiga kereta malang yang dalam perjalanan ke arah Segamat.
“Kesemua sembilan pemandu dan penumpang tiga kereta terbabit dikejarkan ke Hospital Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami pelbagai kecederaan.
“Bagaimanapun, bayi malang berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berikutan kecederaan serius meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di sana. Datuk bayi berkenaan yang cedera parah pula meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi.
“Ahli keluarga bayi malang itu yang turut menaiki kereta yang sama termasuk bapa, ibu, nenek serta abangnya yang berusia lima tahun masih dirawat di Hospital Batu Pahat bersama empat lagi mangsa daripada dua kereta berasingan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Din berkata, pemandu lori berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 40 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana pemanduan cuai yang menyebabkan kematian.

'via Blog this'

Lima terbunuh

myMetroLima terbunuh:

BERGELIMPANGAN... nahas yang mengorbankan empat sekeluarga.
BERGELIMPANGAN... nahas yang mengorbankan empat sekeluarga.


BINTULU: Empat sekeluarga antara lima terbunuh apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki bertembung dengan sebuah lagi kenderaan sama dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Tatau-Bintulu, petang kelmarin.
Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Gelau anak Demang, 60, dan Bunsi anak Nyeng, 52; serta dua lagi saudaranya, Embuang anak Adang, 64, dan Aziz Abdullah, 60, manakala anak lelaki pasangan berkenaan berusia lapan tahun cedera parah.

Seorang lagi yang terbunuh dalam kejadian jam 3.45 petang adalah pemandu sebuah lagi Hilux, Ling Tuong Kong, 38, sementara rakannya yang belum diketahui identiti berusia 30-an cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Wan Zaizudin Wan Jaafar berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu Ling gagal memotong ketika menghampiri satu selekoh sebelum merempuh Hilux dinaiki lima bersaudara terbabit.

Katanya, akibat rempuhan itu, tiga daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Tatau dan Bintulu.

“Siasatan awal mendapati Gelau yang memandu Hilux dikatakan dalam perjalanan dari Tatau ke Bintulu, manakala Ling dari Bintulu ke Sibu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pacuan empat roda dipandu Ling memasuki laluan bertentangan selepas gagal memotong kenderaan di depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Zaizudin berkata, akibat itu, kenderaan dipandu Ling bertembung dengan Hilux dinaiki lima keluarga sekeluarga berkenaan.
“Bagaimanapun, seorang kanak-kanak lelaki yang turut berada dalam kenderaan dipandu Gelau parah di beberapa anggota dan masih dirawat di Hospital Bintulu.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian, termasuk mendapatkan kenyataan daripada rakan Ling yang terselamat dan kini dirawat di hospital sama.

“Justeru, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

'via Blog this'

Asap penuhi bas

myMetroAsap penuhi bas:

REMUK... anggota polis memeriksa keadaan lori dan bas rombongan ahli Wanita Umno yang bertembung di Kampung Gua Badak, Lenggong, semalam. Gambar kecil, Jamilah, berusaha keluar melalui tingkap
REMUK... anggota polis memeriksa keadaan lori dan bas rombongan ahli Wanita Umno yang bertembung di Kampung Gua Badak, Lenggong, semalam. Gambar kecil, Jamilah, berusaha keluar melalui tingkap
LENGGONG: “Saya menjerit berulang kali supaya pintu dibuka segera kerana tidak dapat bernafas akibat asap yang mula memasuki ruang dalam bas,” kata Jamaliah Kassim, 54, penumpang bas yang menceritakan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan sebuah bas yang bertembung dengan lori di Kilometer 45.2, Jalan Kuala Kangsar - Gerik di sini.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, bas dinaiki 38 penumpang Wanita Umno Bahagian Gerik bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang daripada perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Ulang Tahun Umno ke-66, malam kelmarin.
Menurut Jamaliah, dia yang berada di tempat duduk penumpang bas terkandas hampir sejam akibat kemalangan itu. Namun, dia bersyukur kerana terselamat.

“Saya dan penumpang lain tidak boleh keluar kerana pintu bas tertutup tetapi dalam keadaan kelam kabut itu, beberapa wanita nekad terjun melalui bahagian cermin depan bas yang pecah.

“Tidak lama kemudian, beberapa penduduk kampung datang dan cuba memecahkan cermin tingkap bas dengan batu, tetapi gagal,” katanya.

'via Blog this'

Abang kahwin adik sendiri

myMetroAbang kahwin adik sendiri:



TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.
TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.
SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.
SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.


ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

'via Blog this'

Jalan sambil pegang pistol

CARI BUKTI... anggota forensik memeriksa motosikal yang ditinggalkan penjenayah terbabit.
CARI BUKTI... anggota forensik memeriksa motosikal
 yang ditinggalkan penjenayah terbabit.

PETALING JAYA: “Saya terdengar bunyi letupan kuat dan menjenguk ke luar tingkap untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak seorang lelaki yang memakai topi keledar berjalan sambil memegang pistol di tangannya,” kata saksi kejadian cubaan samun satu kedai pengurup wang di Jalan SS2/60 Sea Park, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang pekerja lelaki warga India berusia 32 tahun cedera di pinggang kiri akibat terkena tembakan ketika cuba menyelamatkan abangnya dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy, 28, dan bekerja di premis berhampiran berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat atas kedai pengurup wang itu sebelum terdengar bunyi letupan.

“Saya terkejut melihat lelaki terbabit memegang pistol dan memikirkan mungkin berlaku rompakan sebelum cepat-cepat beralih dari tingkap itu kerana bimbang dilihat lelaki itu.

“Tidak lama kemudian saya dengar kekecohan lagi di tingkat bawah dan turun sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kejadian berlaku ketika seorang pekerja kedai pengurup wang sedang membuka pintu premis yang turut dikongsi dengan beberapa peniaga lain apabila tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal “Suspek pertama cuba memasuki premis itu tapi dihalang pekerja kedai pengurup wang berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.


“Ini menyebabkan suspek pertama melepaskan tembakan ke arah pekerja itu tapi tersasar dan mengenai peralatan dalam kedai,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaan semakin genting suspek kedua pula muncul menyebabkan adik pekerja kedai pengurup wang itu cuba membantu abangnya. “Lelaki itu yang juga bekerja kedai sama cuba menghalang suspek kedua mendekati abangnya. Malangnya, dia pula ditembak suspek kedua dan terkena di bahagian kiri pinggang.

“Panik melihat mangsa rebah dan berlumuran darah, kedua-dua suspek segera beredar dari tempat kejadian dan meninggalkan motosikal mereka di depan premis berkenaan,” katanya.

Lelaki butakan teman wanita dipenjara

LONDON: Lelaki yang menyerang dan mengorek mata teman wanitanya, dijatuhkan hukuman penjara.
Shane Jenkin, 33, yang mempunyai tubuh sasa turut mencekik Tina Nash hingga pengsan.
Dia juga mematahkan rahang dan hidung teman wanitanya itu.

Doktor gagal memulihkan penglihatan mata kiri Tina, 31, menyebabkan dia buta.


Jenkin yang berasa dari Sea Lane, Hayle, Cornwall mengaku menyebabkan kecederaan teruk ditubuh mangsa dengan niat, bulan lalu.

Dia mengaku tidak bersalah melakukannya dengan niat membunuh.

Hakim mahkamah di Truro menjatuhkan hukuman penjara tanpa menentukan tarikh sebenar akan dibebaskan kepada Jenkin kerana menyerang Tina di rumahnya di Hayle, April lalu.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara minimum enam tahun dan membuat “perintah hibrid” di mana Jenkin perlu ditahan di hospital sakit jiwa yang mempunyai kawalan ketat.

Jenkin yang mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci, tidak hadir di mahkamah.

Sifat panas barannya didedahkan oleh Tina ketika bercerita bagaimana hidupnya musnah, bulan lalu.

Jenkin sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke pub di Penzance selama lima tahun kerana menyerang pegawai polis awal 2010 lalu.

Ibu kepada dua anak, seorang berusia 13 dan seorang tiga tahun ketika diserang, berkata, dia gembira kerana Jenkin telah “akhirnya bertanggungjawab mengubah hidupnya.”

Katanya, “Waktu dia mencekik leher saya, saya rasa seperti dia benar-benar mahu membunuh saya.”

Tina berkata, “Dia rampas segala-galanya dari saya terutama perkara paling berharga dalam hidup saya, penglihatan saya.” - Agensi

Pengguna Twitter diberi amaran

Peguam Negara Britain, Dominic Grieve, memberi awaran kepada pengguna Twitter, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana tulisan di Twitter yang melampau.
Grieve, Ketua Penasihat Kerajaan di England dan Wales, berkata demikian berikutan beberapa siri kes mahkamah berprofil tinggi yang melibatkan komen yang dimuat naik ke dalam laman blog mikro itu.

“Kalau seseorang pergi ke pub membawa bersamanya kertas bercetak dan mengedarkannya, maka tiada bezanya dengan mereka yang menulis di Twitter,” katanya.


“Satu kesalahan besar sekiranya anda merasakan selamat dari undang-undang hanya kerana anda menulis tanpa nama,” katanya.

Grieve berkata, “Saya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa perlu untuk mengelakkan jenayah seperti gangguan perkauman yang melampau, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian.” - BBC

Abang baling kasut

BREIVIK di mahkamah, semalam.
BREIVIK di mahkamah, semalam.

OSLO: Abang kepada seorang mangsa yang ditembak mati dengan kejam oleh Anders Behring Breivik, membaling kasut di perbicaraan pembunuh itu di mahkamah sambil menjerit “Pergi jahanam! Kau bunuh adik aku!”
Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari saksi memberi keterangan dalam kes pembunuhan beramai-ramai paling ganas di Norway.
Kasut yang dibaling itu tidak mengenai Breivik, sebaliknya mengenai seorang daripada peguamnya, Vibeke Hein Baera, yang duduk paling dekat dengan galeri awam ketika laporan bedah siasat dibacakan.

Polis berkata, “penyerang” yang dibawa keluar dari mahkamah, adalah abang seorang daripada 69 mangsa yang ditembak mati oleh Breivik di sebuah pulau kecil di Utoeya ketika perkhemahan belia yang dianjurkan oleh Parti Buruh, Julai lalu.


Breivik mengaku membunuh semua mangsa tetapi tidak kepada tanggungjawab jenayah atas alasan dia melindungi keaslian penduduk Norway daripada penghijrahan orang Islam dan polisi multikulturalisme oleh parti pemerintah, Parti Buruh.

Akhbar Aftenposten menamakan lelaki yang membaling kasut itu sebagai Hayder Mustafa Qasim, abang kepada pencari suaka dari Iraq yang dibunuh Breivik.

Hayder memberitahu akhbar itu, “Saya buka kasut dan berdiri, menjerit kepada si pembunuh, pandang matanya dan baling kasut itu.”

Katanya, “Saya jerit “Pergi jahanam!” Dia pandang tepat ke mata saya. Saya rasa dia faham maksud saya.”

Kejadian itu serupa dengan kejadian di mana seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush pada 2008.

Membaling kasut ke arah seseorang adalah perbuatan paling menghina di Timur Tengah kerana kasut dianggap objek tidak bersih.

Akhbar tempatan melaporkan, Brejvik, 33, berkata selepas insiden itu, “Kalau ada sesiapa mahu baling sesuatu ke arah saya, buatlah ketika saya masuk atau tinggalkan mahkamah. Jangan baling apa-apa ke peguam.”

Kejadian yang berlaku kelmarin adalah yang pertama dalam perbicaraan itu. Kebanyakan pemerhati terkejut dengan sikap Breivik yang tenang ketika di mahkamah.

Polis cuba untuk tidak membesarkan kejadian itu.

Pegawai polis yang bertanggungjawab dalam operasi di mahkamah berkata, “Kami menganggap ini sebagai kejadian spontan akibat rasa emosi yang tidak boleh ditahan.” - Reuters

Nikah beramai-ramai




SEBAHAGIAN pasangan pengantin yang menyertai Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan 2012 di Putrajaya semalam.


DETIK MANIS. Sebanyak 20 pasangan selamat dinikahkan secara beramai-ramai sempena program Selangkah Ke Alam Perkahwinan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya semalam.
Kesemua pasangan pengantin muda itu dinikahkan oleh lapan jurunikah bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang turut disaksikan oleh kaum keluarga masing-masing.Majlis anjuran Yayasan Patriotik Bangsa itu bertujuan menyemai keinginan golongan muda untuk berkahwin awal, sekali gus mengelakkan maksiat dengan setiap pasangan yang menyertai program itu hanya perlu membayar RM5,000. Bayaran itu bagi membiayai pakej penginapan hotel dua hari satu malam, sesi fotografi, kad jemputan sebanyak 150 keping, tajaan pakaian dan solekan serta jamuan untuk 300 tetamu berserta cenderamata bagi setiap pasangan.

3 maut dalam nahas awal pagi




SEBAHAGIAN daripada mangsa menunggu rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam.


SEREMBAN - Sepasang suami isteri antara tiga korban nahas jalan raya membabitkan tiga buah bas ekspres serta dua buah lori dalam kejadian berasingan di Kilometer 258.8, Lebuh Raya Utara- Selatan dekat sini serta Jalan Kuala Kangsar-Gerik awal pagi semalam.
Kedua-dua nahas itu juga mengakibatkan 94 orang yang menaiki ketiga-tiga bas tersebut cedera, termasuk dua mangsa mengalami cedera parah.
Kejadian pertama berlaku kira- kira pukul 2.58 pagi semalam apabila sebuah bas yang membawa 44 penumpang menuju ke Batu Pahat, terlanggar belakang sebuah treler di lebuh raya berkenaan.
Ia disusuli dengan bas itu dilanggar pula dari belakang oleh sebuah lagi bas yang mengekorinya dengan membawa 40 penumpang menuju ke Melaka.
Nahas tersebut menyebabkan seorang warga emas, Roha Dol, 79, dari Batu Pahat yang duduk di kerusi barisan empat belakang pemandu cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Seorang mangsa, Samika Salim, 55, berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat selepas menghadiri perhimpunan raksasa sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.
"Saya dan ramai penumpang lain sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.
"Ada yang menjerit, melaungkan Allahuakbar! manakala beberapa orang penumpang panik cuba keluar daripada bas," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar di sini semalam.

Sukat dosa guna lilin



PENGIKUT Ajaran Ibu Puteri kononnya boleh mengetahui dosa mereka dengan hanya membakar lilin. - Gambar hiasan


SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.
Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007.
Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.
Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air.
Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.
Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.

Tiga pelajar maut van terbabas



ANGGOTA polis dan bomba memeriksa lokasi kemalangan melibatkan sebuah van dekat Turangi, New Zealand semalam.


WELLINGTON, New Zealand – Tiga pelajar Universiti Boston dari Amerika Syarikat yang mengikuti pengajian di New Zealand maut apabila van yang mereka naiki terbabas dan terbalik semalam.
Sekurang-kurangnya lima pelajar lain yang berada di dalam kenderaan itu cedera dengan seorang parah.
Polis berkata, van itu berada dekat bandar peranginan Taupo, Pulau Utara sekitar pukul 7.30 pagi (waktu New Zealand) apabila kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan dan terbalik selepas pemandu van cuba membetulkan laluannya.
Menurut polis, tiga pelajar maut di tempat kejadian.
Naib konsul Amerika Syarikat di Auckland, Joseph Bergen mengenal pasti pelajar yang maut sebagai Daniela Lekhno, Roch Jauberty dan Austin Brashears.
Ketika kejadian, seramai 16 pelajar menaiki dua buah van menuju ke Hutan Simpan Tongariro, salah sebuah kawasan paling menakjubkan di New Zealand. – Agensi

Kamera Leica termahal di dunia




AFP kamera Leica siri O.


VIENNA, Austria – Sebuah kamera prototaip Leica buatan 1923 dijual pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu lelongan di sini sekali gus mencatat rekod baharu kamera paling mahal di dunia.
Kamera prototaip Leica siri O berkenaan dibeli oleh seorang pembida misteri semalam.
Cuma 25 buah kamera siri O dihasilkan bagi menguji pasaran kamera lensa 35 milimeter sebelum pengeluaran secara besar-besaran dibuat pada 1925.
Rekod sebelum ini dicatat pada tahun lalu juga oleh sebuah kamera siri O.
Kamera berkenaan dijual pada harga 1.32 juta euro (RM4.05 juta) manakala lelongan pertama kamera siri O pada 2007 cuma meraih 336,000 euro (RM1.03 juta). – AFP

Peluncur takluki ombak tertinggi




REUTERSAKSI Garrett McNamara (dalam bulatan) meluncur ombak setinggi 24 meter di pantai Praia do Norte, Portugal pada 1 November 2011.


HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) – Seorang peluncur ombak dari Haleiwa, Hawaii, Garrett McNamara meluncur ombak tertinggi di dunia.
McNamara ‘menakluki’ ombak setinggi 24 meter itu di Praia do Norte, Portugal pada 1 November tahun lalu.
Menurut seorang jurucakap rekod dunia Guinness World Records, satu panel bebas mendapati imej dan rakaman video McNamara meluncur ombak tersebut adalah tulen.
– Reuter

Kapal terkandas di pantai peranginan




ORANG RAMAI melihat kapal nelayan Jepun yang terkandas di Cape Town, Afrika Selatan semalam.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pegawai penyelamat menyatakan, sebuah kapal nelayan Jepun sepanjang 50 meter yang membawa 28 nelayan dan seekor anjing terkandas di sebuah pantai peranginan popular di Afrika Selatan.
Pegawai berkenaan, Craig Lambinon berkata, kabus tebal dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku di Pantai Pertama di sini semalam.
Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dengan 19 anak kapal telah dipindahkan setakat semalam. – Agensi

Bekas abang ipar aktres Dreamgirls bersalah kes bunuh

Kosmo! Online - Dunia:


KELUARGA dan rakan Jennifer Hudson meninggalkan bilik perbicaraan Mahkamah Jenayah Daerah Cook di Chicago kelmarin.


CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) – William Balfour yang merupakan bekas abang ipar bintang filem Dreamgirls, Jennifer Hudson (gambar) didapati bersalah membunuh ibu mertua, adik lelaki dan anak saudara aktres berkenaan.
Balfour boleh dipenjara seumur hidup kerana jenayah tersebut.
“Ini pembunuhan kejam tanpa rasa kasihan terhadap tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah,” kata pendakwa raya, Attorney Anita Alvarez kelmarin.
“Kami amat berpuas hati dengan keputusan juri,” tambahnya.
Balfour, 31, dituduh menembak mati ibu Hudson, Darnell Donerson, 57, adik lelakinya, Jason Hudson, 29, dan anak saudaranya, Julian King pada Oktober 2008.
Balfour turut menyembunyikan mayat anak tirinya untuk menutup jenayah tersebut.
Pihak pendakwa raya menyatakan, Balfour meluru ke rumah keluarga Hudson di sini dan menembak mati semua penghuninya dengan sepucuk pistol selepas bertengkar dengan isterinya, Julia.
Wanita itu bercerai selepas pembunuhan tersebut berlaku.
Ketika kejadian, kakak Hudson itu terselamat kerana berada di tempat kerja.
Setibanya dia di rumah, Julia terkejut melihat ibunya yang sudah tidak bernyawa, terbaring berlumuran darah di lantai.
Dengan spontan, dia berlari keluar untuk menghubungi pihak polis tanpa menyedari adik lelakinya, Jason juga sudah mati manakala anaknya pula hilang.
Mayat Julian ditemui di dalam kenderaan utiliti sukan milik Jason yang ditinggalkan di kawasan bandar raya ini, tiga hari selepas kejadian.
Pendakwa raya memberitahu, Balfour membawa Julian keluar dan menembak mati anak tirinya di dalam kenderaan SUV tersebut.
Dalam pada itu, Hudson, 30, dan Julia tidak dapat menahan sebak apabila seorang juri membacakan keputusan kes tersebut.
“Kami menerima sokongan dan kasih sayang daripada orang ramai di seluruh dunia sepanjang perbicaraan selama 14 hari ini dan kami amat berterima kasih,” kata Julia.
Terdahulu, pihak peguam bela Balfour berhujah bahawa mangsa mungkin dibunuh oleh sindiket dadah ekoran Jason pernah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
Hudson, 30, terkenal selepas menjadi finalis program pencarian bakat nyanyian popular, American Idol pada tahun 2005. – AFP

'via Blog this'

Saturday, May 12, 2012

Kisah pemuda dan orang alim

 Kisah pemuda dan orang alim 
Pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,'Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.'

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,'Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau'.

'Tetapi,sy ada satu masalah tuan',balas pemuda tadi perlahan.'Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.'

Orang alim itu berkata,'Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku'.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

'Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak',pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

'Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?',tanya si alim itu dgn lembut.

'Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum'.

'Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain',jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.
Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.
***

Jika ada sesiapa yg berminat utk mendalami islam,maka kita haruslah terima dgn hati yg terbuka.Terima keadaannya seadanya.Yang penting,azamnya itu.Sedikit demi sedikit,kita ajak dia berubah.Janganlah kita terlalu memaksa dia untuk berubah kerana takut-takut dia akan lari.Janganlah kerana sikap kita yg terlalu memaksa dan menekan menyebabkan keinginan mereka utk kembali kepada islam hancur.Oleh itu bertindaklah dengan kesabaran dan penuh bijaksana.Ingatlah,yang memberi hidayah bukannya kita tetapi Allah.

http://paksi.net

'via Blog this'

Jawapan dengan Penampar...


Soalan 1 Penamp0r...

Jawapan dengan Penamp0r...

Pemuda : Anda siapa Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 soalan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Sebarkan pada MUSLIM yang lain..:P

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera - Semasa - Sinar Harian:

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila
bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan
Gadong Jaya
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila
bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan
Gadong Jaya
NILAI - Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Gadong Jaya berhampiran Kampung LBJ dekat sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu menyebabkan K. Gunachandar, 52, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, kata jurucakap polis.

Tujuh daripada penumpang yang cedera itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata bas terbabit membawa sembilan penumpang lelaki dan 19 wanita berusia dalam lingkungan 40 hingga 72 tahun dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Tampin ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di Sepang.

Difahamkan kesemua mereka ingin ke Chiangmai, Thailand untuk bercuti.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar pokok. - Bernama

'via Blog this'

Ribuan rakyat Jordan adakan perhimpunan jalanan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

AMMAN 12 Mei - Beribu rakyat Jordan semalam mengadakan perhimpunan jalanan sebagai pembantah penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu.

Perhimpunan yang disertai oleh penyokong sayap kiri dan aktivis bebas itu memohon Fayez Tarawneh, yang merupakan bekas ketua mahkamah yang dilantik oleh Raja Abdullah II sebagai Perdana Menteri diusir daripada kerajaan baru.

Malah, mereka juga memohon untuk pembentukan ‘Perpaduan Kerajaan Kebangsaan’ bagi menggantikan Tarawneh. - dpa"

'via Blog this'