Berita Harian Online | Shah Rukh Khan ingkar undang-undang:
Pelakon didakwa enggan bekerjasama dalam siasatan pencemaran kumbahan
MUMBAI: Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan berdepan tuduhan melanggar undang-undang apabila enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Lembaga Kawalan Pencemaran Maharashtra (MPBC) ketika menjalankan satu siasatan di kediamannya di sini kerana dakwaan pelanggaran Zon Peraturan Pantai (CRZ).
Bekas pegawai Perkhidmatan Polis India (IPS) yang juga seorang peguam, YP Singh, mewakili aktivis sosial Amit Maru, mendakwa pelakon itu melanggar seksyen 10 (3) Akta Perlindungan Alam Sekitar 1986, menyatakan bahawa seseorang individu melengahkan atau menghalang seorang pegawai kerajaan daripada menjalankan tugasnya, didapati bersalah mengikut akta terbabit.Berdasarkan aduan dibuat, Maru mendakwa pelanggaran peraturan dilakukan Khan dalam pembinaan kediaman mewah tujuh tingkatnya, Mannat di Bandra, bahagian barat laut bandar raya ini.
Pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Zon Pantai Maharashtra, Valsa Nair Singh, mengarahkan MPCB melakukan inkuiri terperinci.
Menerusi surat bertarikh 5 Oktober 2011, Singh mengarahkan MPBC mengesahkan jika pelakon itu terbabit dalam mana-mana pelanggaran peraturan CRZ.
Menggunakan kuasa diperuntukkan kepada mereka mengikut seksyen 10 (1) (b) Akta Perlindungan Alam Sekitar 1986, pegawai MPCB memasuki Mannat dan menjalankan pemeriksaan pada 30 November 2011.
“Walaupun ada ketetapan mengikut seksyen 10 Akta Perlindungan Alam Sekitar 1986, Shah Rukh Khan dan arkiteknya tidak menyediakan dokumen yang diperlukan. Akibatnya, pemeriksaan inkuiri tertangguh,” kata Singh.
Laporan pemeriksaan MPCB, salinan yang diperoleh Maru daripada pihak berkuasa berkaitan, menyatakan antara lain: “Kumbahan yang dijana daripada penghuni kediaman ini (keluarga pelakon dan 25 kakitangan yang tinggal di Mannat) secara langsung bersambung dengan sistem saliran MCGM (Perbadanan Perbandaran Mumbai).
“Oleh kerana bintang filem Shah Rukh Khan dan arkiteknya tidak menyediakan dokumen, agak mustahil untuk mengulas jarak daripada air pasang dan ke bahagian darat Laut Arab. Bagaimanapun, prima facie berkata hartanah itu disertakan dengan CRZ.”
Dalam kenyataannya, Singh berkata: “Dengan cara tidak menyediakan dokumen diperlukan, Shah Rukh Khan dan arkiteknya bersalah melanggar seksyen 10 (2) Akta Perlindungan Alam Sekitar 1986, Shah Rukh yang mendakwa patuh kepada undang-undang dan menghormatinya, tidak sepatutnya mengingkari pihak berkuasa.”
Singh juga melahirkan perasaan terkejut bahawa “pihak berkuasa kerajaan juga tidak menggunakan kuasa paksaan dan kekerasan, walaupun mereka mempunyai kuasa di bawah seksyen 10 Akta Perlindungan Alam Sekitar untuk berbuat demikian.” – Agensi
Tuesday, May 8, 2012
Tebusan: Rumah Putih tak akan berunding dengan al-Qaeda
Berita Harian Online | Tebusan: Rumah Putih tak akan berunding dengan al-Qaeda:
WASHINGTON: Rumah Putih hari ini menyatakan tidak akan berunding dengan al-Qaeda mengenai nasib pekerja bantuan amal warga Amerika Syarikat (AS) yang dijadikan tebusan di Pakistan, selepas beliau membuat rayuan dalam satu video penuh emosi kepada Presiden Barack Obama.
"Kami tidak boleh dan tidak akan berunding dengan al-Qaeda," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney, sambil menambah bahawa pegawai tempatan bimbang mengenai keselamatan pekerja bantuan, Warren Weinstein, dan akan berusaha untuk mencari beliau.
Kelmarin, Weinstein muncul dalam video Al-Qaeda untuk kali pertama sejak dia diculik di Pakistan, beberapa hari sebelum dia menyatakan hasrat untuk pulang ke kediamannya, Ogos tahun lalu.Video dua minit 40 saat itu dimuat naik di forum jihad milik saluran media Al-Qaeda, as-Sahab, menurut pemantau laman perkhidmatan yang berpangkalan di AS.
“Kami tidak boleh mengesahkan sebarang maklumat mengenainya...namun dipercayai dalam video itu adalah dia,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner, sambil menambah bahawa pakar akan cuba menentukan sama ada video itu tulen atau sebaliknya. - AFP
WASHINGTON: Rumah Putih hari ini menyatakan tidak akan berunding dengan al-Qaeda mengenai nasib pekerja bantuan amal warga Amerika Syarikat (AS) yang dijadikan tebusan di Pakistan, selepas beliau membuat rayuan dalam satu video penuh emosi kepada Presiden Barack Obama.
"Kami tidak boleh dan tidak akan berunding dengan al-Qaeda," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney, sambil menambah bahawa pegawai tempatan bimbang mengenai keselamatan pekerja bantuan, Warren Weinstein, dan akan berusaha untuk mencari beliau.
“Kami tidak boleh mengesahkan sebarang maklumat mengenainya...namun dipercayai dalam video itu adalah dia,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner, sambil menambah bahawa pakar akan cuba menentukan sama ada video itu tulen atau sebaliknya. - AFP
AS gagalkan rancangan al-Qaeda bom pesawat
Berita Harian Online | AS gagalkan rancangan al-Qaeda bom pesawat:
WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan satu rancangan oleh rangkaian Al-Qaeda di Yaman untuk meletupkan sebuah pesawat dengan menjumpai peralatan dan bahan letupan.
“Peralatan dan bahan letupan itu akan digunakan pengebom berani mati dalam sebuah pesawat penerbangan," kata seorang pegawai antipengganas AS yang enggan namanya disiarkan.
Rancangan meletupan pesawat itu membabitkan rangkaian al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) berjaya dibanteras awal dan ia juga menunjukkan kesan kejayaan hasil kerjasama pihak berkuasa AS dengan rakan sekutunya dalam menangani pengganas antarabangsa.Pegawai itu berkata, bom kecil berkenaan mirip dengan rancangan untuk meletupan sebuah pasawat AS ketika sambutan Krismas pada 2009.
“Ini menunjukkan AQAP menggunakan kaedah dan taktik yang sama," katanya. - AFP

Pinggan tulang babi haram
Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram:

Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih
SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram.Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.
“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.
“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.
“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.
Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji.
Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi.
Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.

Dikenakan renjatan pada alat kelamin
Berita Harian Online | Dikenakan renjatan pada alat kelamin:
Jurutera beri keterangan di Tribunal Jenayah Perang
KUALA LUMPUR: Jurutera elektrik dari Fallujah, Abbas Abid, 48, pernah memasang impian mempunyai 15 anak, namun hasrat itu berkecai selepas menjadi tahanan perang Iraq yang didalangi Amerika Syarikat (AS) sekali gus tidak mampu memberikan anak kepada isterinya.
Semalam, beliau memberanikan diri sebagai saksi memberi keterangan di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur, yang membicarakan tuduhan jenayah penderaan dan perang terhadap bekas Presiden AS, George W Bush dan tujuh sekutunya.
Abbas yang memberi keterangan dalam kandang saksi dengan melindungi wajahnya atas tujuan keselamatan, memberitahu tribunal beliau ditahan pada 28 Ogos 2005 apabila sekumpulan Tentera AS dan National Guard Iraq menyerbu rumah abangnya, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Briged Al Muthanna.
“Di situ, mereka pukul saya dan tanya siapa pengganas di kawasan itu. Saya beritahu mereka, saya tidak tahu tetapi mereka tidak percaya dan terus memukul malah mengenakan renjatan elektrik kepada saya,” katanya sebelum Ketua Pendakwa, Prof Gurdial Singh Nijar meminta Abbas menunjukkan bagaimana renjatan itu dilakukan.
Sambil bangun berdiri berhadapan lima hakim tribunal yang diketuai bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunus, Abbas menjelaskan bagaimana renjatan elektrik itu dilakukan menggunakan dua rod disambung kepada kabel berarus elektrik yang diletakkan pada dua-dua tangannya yang digari ke belakang.
“Kamu akan bertukar seperti penari, seperti tiada tindak balas, deria terhenti dan semuanya bergetar, ” kata Abbas menerusi penterjemah, Ahmed Madha Hiawe.
Abbas yang juga bekas ketua jurutera di Kementerian Sains dan Teknologi di Baghdad ketika era pemerintahan Presiden Saddam Hussein berkata, selepas ditahan selama empat minggu beliau dipindahkan ke penjara rahsia Al Jadiria, Baghdad.
Saksi itu memberitahu tribunal bagaimana beliau dikenakan renjatan elektrik di bahagian alat sulit, dipaksa minum sejenis minuman yang menyebabkan mahu kencing tetapi alat sulitnya diikat menggunakan gelang getah (supaya tahanan tidak dapat kencing), digantung ke dinding di mana benda berat turut digantung kepada alat sulitnya dan kuku tangannya dicabut menggunakan pemotong dawai.
“Saya pernah mengimpikan untuk mempunyai 15 anak dan kami merancang mempunyai anak setiap dua tahun. Semuanya berjalan lancar sehinggalah saya ditangkap.
“Selepas dibebaskan semua itu hilang, malah isteri saya turut kehilangan dua anak kembar dikandungnya ketika saya ditahan. Semua impian itu hancur remuk, tiada lagi anak,” kata bapa kepada lima anak itu sambil menambah tahanan juga hanya diberikan botol dan plastik yang digunakan untuk mengisi makanan dan air serta najis sebelum digunakan kembali.
Peguam pendakwa yang juga pakar undang-undang dari AS, Prof Francis Boyle memberitahu tribunal negara kuasa besar itu sebagai occupying force pada ketika itu bertanggungjawab untuk campur tangan dan menghalang penderaan dan jenayah perang ke atas mangsa menerusi peruntukan konvensyen dan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva 1949.
Perbicaraan itu turut menyaksikan bekas tahanan Penjara Teluk Guantanamo yang juga warga Britain, Moazzam Begg memberi keterangan melalui akuan bersumpah.
Bagi perbicaraan kali ini, Bush dituduh bersama bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld; bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney; bekas Peguam Negara AS, Alberto Gonzales; bekas Ketua Staf Pentadbiran Presiden Bush, David Addington; bekas Penasihat Jabatan Pertahanan AS, William Haynes; bekas Hakim Mahkamah Rayuan AS, Jay Bybee dan profesor undang-undang, John Yoo, melakukan jenayah penderaan dan perang.
Pembelaan diketuai peguam Jason Kay Kit Leon. Perbicaraan bersambung hari ini.
| ABBAS (kiri) memberi keterangan di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur, semalam. |

Bayi selamat kemalangan
Bayi selamat kemalangan - Pahang - Sinar Harian:

Seorang anggota polis memeriksa kereta mangsa yang remuk selepas dibawa ke Balai Trafik Kuantan, semalam.

KUANTAN - Perjalanan pulang sepasang suami isteri ke rumah mereka di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan di Kertih, Terengganu berakhir tragedi apabila kedua-dua mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 205.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang dekat sini, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu, pengatur cara komputer, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31 dan isterinya, Siti Rohani Abdul Halim, 26 yang bekerja di sebuah bank di Shah Alam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lebih memilukan, anak sulung pasangan itu, Ahmad Uzair, 6 bulan mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kereta setelah terlepas dari pangkuan ibunya sebelum jatuh di permukaan jalan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, tiga sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kertih menuju ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Mohd Hakimi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan dan melanggar pengadang di tengah jalan lalu tercampak ke laluan bertentangan.
“Sebuah kereta dipandu, Kow Hong Seng, 31, dari Lorong Seri Kuantan, di sini, datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan cuba mengelak kereta mangsa menyebabkan kenderaan itu turut terbabas melanggar besi pengadang di tengah laluan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
Mohd Jasmani berkata, bagaimanapun pemandu itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mayat kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke lokasi selepas dihubungi.
“Anak mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan oleh saudara mara yang tiba di tempat kejadian setelah menyedari kemalangan menimpa mangsa itu,” katanya.
Menurutnya, mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.
“Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa pasangan itu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Pengebom Bali menyesali tindakan menyerang
Pengebom Bali menyesali tindakan menyerang - Global - Sinar Harian:

Umar memberi keterangan dalam perbicaraan di mahkamah semalam.

JAKARTA - Suspek utama serangan bom di Bali, Indonesia pada 2002 lalu, Umar Patek menyuarakan kekesalan terhadap serangan yang meragut 202 nyawa dan mengaku tidak tahu siapa sasaran serangan itu.
Umar Patek, 45, dituduh mendalangi serangan di dua buah kelab malam dalam kepulauan peranginan itu yang turut meragut 88 nyawa rakyat Australia dan dua serangan lain iaitu di sebuah gereja di Jakarta pada sambutan Krismas, 2000 lalu.
Umar yang ditahan di Pakistan sebulan sebelum pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh, mengakui telah mencampurkan bahan letupan untuk serangan berkenaan tetapi mendakwa peranannya lebih kecil berbeza dengan tuduhan pihak pendakwa.
“Saya amat sedih dan kesal terhadap serangan di Bali kerana saya menentang ia dari permulaan lagi, Saya betul-betul tidak tahu mengenai sasaran pengeboman itu,” kata Umar ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Daerah Jakarta Barat, semalam.
Umar memberitahu, pelan serangan terhadap kelab malam pada 12 Oktober 2002 lalu, berlaku di kediaman salah seorang pengkomplot, Dulmatin, yang dibunuh anggota polis.
Umar turut berhadapan pertuduhan menjadi pakar pembuat bom Jemaah Islamiyah (JI), iaitu keganasan di Asia Tenggara yang mana berkait rapat dengan Al-Qaeda selain menjadi suspek pengganas paling dikehendaki di Indonesia.
Terkejut lihat bumbung terbang
Terkejut lihat bumbung terbang - Perak - Sinar Harian:

Sebahagian peralatan rumah yang rosak dilonggokkan di hadapan rumahnya ketika membersihkan rumahnya, semalam

IPOH - Seramai 11 sekeluarga di Kampung Sungai Rokam di sini berhadapan saat mencemaskan apabila sebahagian bumbung rumah mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut, kelmarin.
Ketika kejadian pada jam 4.30 petang, salah seorang mangsa, Mohd Amar Haziq Mohd Rashid, 18, bersama adik-beradik sedang berehat di ruang tamu.
Menurutnya, tiba-tiba angin kencang mula bertiup menyebabkan rumahnya bergegar kuat dan air hujan mula membasahi peralatan rumah.
“Dalam sekelip mata, saya dikejutkan dengan bunyi kuat dan melihat atap di bahagian bilik tidur, dapur dan ruang tamu diterbangkan ribut serta tersangkut di pokok berhampiran.
“Saya berlari menyelamatkan nenek, Asyikin Mohd Rashid, 82, yang berada di bahagian dapur. Mujurlah kami selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Rumahnya merupakan antara 12 rumah di Kampung Sungai Rokam rosak teruk di bahagian bumbung dalam kejadian ribut itu.
Mohd Ammar Haziq berkata, kejadian kedua berlaku terhadap keluarganya itu disifatkan sebagai yang terburuk.
“Jiran sebelah memberitahu kelihatan angin seperti puting beliung datang sekelip mata menyebabkan kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Sementara itu, ayahnya, Mohd Rashid Zainol Abidin, 52, berkata, dia terkejut apabila melihat keadaan rumah selepas kejadian.
“Saya menerima panggilan Mohd Ammar Haziq kira-kira jam 5 petang memaklumkan kejadian berkenaan dan saya risaukan keselamatan mereka.
“Kami mengalami kerugian lebih RM5,000 apabila semua atap diterbangkan dan sistem pendawaian juga keseluruhannya rosak,” katanya.
Mohd Rashid berkata, kejadian kedua turut berlaku pada jam 2 pagi semalam namun, tiada kerosakan.

Tiga jam tangkap ular sawa
Tiga jam tangkap ular sawa - Johor - Sinar Harian:

Mohd Budiamin (kanan) menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkapnya selapas makan tiga ayam dalam reban

MUAR – “Pada mulanya saya sangka kayu, tetapi berasa pelik selepas melihat objek itu bergerak-gerak. Setelah diamati, saya begitu terkejut apabila mendapati ia seekor ular sawa batik,” kata Mohd NorHisham Che Ismail, 26.
Ketika menceritakan penemuan itu, NorHisham menjelaskan sudah menjadi rutin hariannya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada ayam di reban milik keluarganya.
“Cuma hari ini (semalam), saya agak lewat sedikit memberi ayam makan iaitu jam 8 pagi kerana mahu menunggu hujan teduh.
“Tetapi saya tidak sangka pula akan jumpa 'tetamu tidak diundang' ini dalam reban ayam,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Parit Bulat Pekan, Seri Menanti dekat sini, semalam.
Katanya, ketika ditemui reptilia sepanjang enam meter itu tersangkut pada akar sebatang pokok.
“Ular seberat 28 kilogram ini gagal meloloskan kiri kerana didapati terlalu kekenyangan selepas menelan tiga ekor ayam peliharaan milik keluarganya.
“Saya kemudiannya segera memanggil abang ipar (Mohd Budiamin Kudari, 42) yang berada dalam rumah untuk memaklumkan penemuan itu.
Menurut Mohd Budiamin, dia mengambil masa hampir setengah jam untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu tersepit di bawah akar pokok.
“Kerja menangkap reptilia ini turut dibantu enam penduduk yang kebetulan berada berhampiran rumah ini.
“Ketika ditangkap, ia agak agresif dan terpaksa menggunakan tali nylon untuk menjerut kepalanya sebelum dimasukkan ke dalam guni,” katanya.
Katanya, dia percaya ular itu datang dari ladang kelapa sawit di belakang rumahnya.
“Badan ular ini juga didapati luka dan dipercayai terkena zink ketika cuba memasuki reban ayam ini.
“Saya akan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) Muar bagi membolehkan reptilia ini dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

Hajat nenek jenguk cucu tidak sampai
myMetro | Hajat nenek jenguk cucu tidak sampai:
Sebuah Toyota Vios yang melalui jalan itu gagal mengelak Mek Zainab yang tercampak di tengah jalan lalu menggilis mangsa sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pula motosikal Yamaha TZM di laluan bersebelahan menyebabkan penunggang motosikal itu, Mohd Firdaus Shaari, 22, dari Kampung Bari Kecil, di sini, juga mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Arwah memberitahu mahu berjumpa empat anak saya kerana rindu berikutan sudah enam bulan tidak bertemu.
“Saya terkilan kerana hajat arwah tidak kesampaian apabila dia terlebih dulu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui HSNZ, kelmarin.
“Arwah juga memberitahu sudah membeli beberapa kain pasang untuk anak-anak saya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
SETIU: Hajat seorang nenek menjenguk cucu kesayangannya tidak kesampaian apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal bersama suaminya di Kampung Rhu Sepuloh, Kilometer 58, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa, Mek Zainab Mahmud, 46, yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas dirempuh kereta Proton Gen 2 manakala suaminya, Rahim Mat Arifin, 55, putus kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Sebuah Toyota Vios yang melalui jalan itu gagal mengelak Mek Zainab yang tercampak di tengah jalan lalu menggilis mangsa sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pula motosikal Yamaha TZM di laluan bersebelahan menyebabkan penunggang motosikal itu, Mohd Firdaus Shaari, 22, dari Kampung Bari Kecil, di sini, juga mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Anak mangsa, Marlina Yusof, 28, yang tinggal di Kampung Wa, Bukit Besi, Dungun berkata, sebelum kejadian, dia sempat berbual dengan arwah ibunya menerusi telefon.
“Arwah memberitahu mahu berjumpa empat anak saya kerana rindu berikutan sudah enam bulan tidak bertemu.
“Saya terkilan kerana hajat arwah tidak kesampaian apabila dia terlebih dulu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui HSNZ, kelmarin.
Marlina berkata, ibunya turut memberitahu sudah membeli kain putih bercorak hitam untuk dibuat baju kurung sempena Aidilfitri nanti.
“Arwah juga memberitahu sudah membeli beberapa kain pasang untuk anak-anak saya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Minggu lalu, saya dan suami ada merancang berjumpa ibu tetapi terbantut kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan lain,” katanya.
Bayi ‘terbang’ atas jalan
myMetro | Bayi ‘terbang’ atas jalan:

MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.
Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.
“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.
“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.
“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.

KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.
Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.
“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.
“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.
“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.
“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.
“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.
Rayuan tahanan tanpa bicara ditolak
myMetro | Rayuan tahanan tanpa bicara ditolak:
Khamis lalu, Bilal Diab, 27, dan Thaer Halahla, 34, merayu kepada mahkamah tertinggi Israel bagi menamatkan arahan penahanan mereka. “Kedua-dua tahanan itu akan meneruskan mogok sehingga mereka dibebaskan.
Thaer ditahan pada 28 Jun 2010 dan sejak itu diletakkan dalam penjara, manakala Bilal ditangkap pada 17 Ogos 2011.
Mereka mula mogok lapar 29 Februari lalu.
BAITULMAQDIS: Mahkamah Agung Israel semalam menolak rayuan dua banduan Palestin yang kini mengadakan mogok lapar selama 69 hari bagi membantah penahanan tanpa bicara mereka, kata peguam.
Menurut Jamil Khatib, hakim menolak kedua-dua rayuan dikemukakan tahanan terbabit.
Khamis lalu, Bilal Diab, 27, dan Thaer Halahla, 34, merayu kepada mahkamah tertinggi Israel bagi menamatkan arahan penahanan mereka. “Kedua-dua tahanan itu akan meneruskan mogok sehingga mereka dibebaskan.
“Keputusan ini juga menunjukkan perkhidmatan rahsia Israel mempunyai kata pemutus,” katanya.
Thaer ditahan pada 28 Jun 2010 dan sejak itu diletakkan dalam penjara, manakala Bilal ditangkap pada 17 Ogos 2011.
Mereka mula mogok lapar 29 Februari lalu.
Dikenali sebagai “tahanan pentadbiran,” ia membenarkan rejim Zionis menahan seseorang tanpa bicara sehingga enam bulan, dan ia boleh diperbaharui tanpa sebarang had. - AFP
Siang bomba, malam pelacur
myMetro | Siang bomba, malam pelacur:

EMMA di balai bomba.
MALAM di hotel.
Pengurus kru Pasukan Bomba London itu, mengenakan bayaran RM1,500 sejam untuk mengunjungi pelanggan di rumah atau kamar hotel atau RM1,250 sejam untuk menghiburkan mereka di kediamannya.
Menurut akhbar itu, gambar seksi Emma tersiar di satu laman web.
Pada siang hari, Emma menguruskan kakitangan 999 di Balai Bomba Euston di tengah London, menyelia pasukan kecemasan.
Menceritakan mengenai dua kehidupan berbezanya, Emma berkata, drama televisyen mengenai seorang pelacur, Secret Diary of a Call Girl yang dibintangi oleh Billie Piper adalah tepat sekali.
Wanita yang berasal dari London Timur itu, dipercayai sudah tujuh tahun menjadi anggota bomba berkata: “Wang itu membantu saya. Saya boleh melancong. Sebagai anggota bomba, gaji saya tidak besar. Saya mahu menjalani hidup lebih bergaya.
“Saya kini tidak perlu berhutang. Saya merasa selamat dan amat berhati-hati. Saya bekerja sehari seminggu dan pada malam tertentu. Menurutnya, ibu bapanya ‘membuangnya’ selepas mengetahui kehidupan rahsianya. - DM
EMMA di balai bomba.
MALAM di hotel.
LONDON: Kisah seorang anggota bomba yang menjalani kehidupan rahsia selaku pelacur dengan pendapatan �1,300 (RM6,500) semalam, dibongkar sebuah akhbar tabloid.
The Sun yang diterbitkan di London, semalam melaporkan, Emma Carr, 38, menjaja tubuhnya menerusi Internet dengan menggunakan nama samaran, Jade.
Pengurus kru Pasukan Bomba London itu, mengenakan bayaran RM1,500 sejam untuk mengunjungi pelanggan di rumah atau kamar hotel atau RM1,250 sejam untuk menghiburkan mereka di kediamannya.
Dia juga menawarkan khidmat sesi ‘senja hingga pagi’ dengan bayaran RM6,500.
Menurut akhbar itu, gambar seksi Emma tersiar di satu laman web.
Pada siang hari, Emma menguruskan kakitangan 999 di Balai Bomba Euston di tengah London, menyelia pasukan kecemasan.
Kegiatannya terbongkar selepas menawarkan seks selama sejam kepada seorang wartawan penyiasatan The Sun di sebuah hotel di tengah London.
Menceritakan mengenai dua kehidupan berbezanya, Emma berkata, drama televisyen mengenai seorang pelacur, Secret Diary of a Call Girl yang dibintangi oleh Billie Piper adalah tepat sekali.
Dia mengaku mempunyai pekerjaan sepenuh masa dalam sektor kerajaan dan menegaskan dia terbabit dalam pelacuran kerana gaji yang rendah.
Wanita yang berasal dari London Timur itu, dipercayai sudah tujuh tahun menjadi anggota bomba berkata: “Wang itu membantu saya. Saya boleh melancong. Sebagai anggota bomba, gaji saya tidak besar. Saya mahu menjalani hidup lebih bergaya.
“Saya kini tidak perlu berhutang. Saya merasa selamat dan amat berhati-hati. Saya bekerja sehari seminggu dan pada malam tertentu. Menurutnya, ibu bapanya ‘membuangnya’ selepas mengetahui kehidupan rahsianya. - DM
Empat turbin Bakun telah berfungsi
Kosmo! Online - Negara:
Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
PEMANDANGAN dari udara empangan elektrik hidro Bakun di Belaga di Sarawak. - Gambar hiasan |
KUCHING - Empat daripada lapan turbin empangan elektrik hidro Bakun kini telah berfungsi bagi memenuhi permintaan sektor perindustrian di wilayah pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) selepas melepasi ujian kebolehupayaan fasa terakhir yang dijalankan.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagaimanapun berkata, penjanaan tenaga elektrik yang khusus bagi kegunaan industri berasaskan tenaga itu tidak akan memberi kesan kepada pengguna domestik di negeri ini.
"Kita memberi jaminan bahawa tarif elektrik adalah bergantung pada rundingan pihak industri dengan Sarawak Energy Berhad dan ia tidak akan memberi kesan kepada pengguna domestik di negeri ini.
"Tarif pembelian kuasa daripada empangan berkenaan lazimnya telah dibincangkan dengan pelabur-pelabur yang membuka operasi mereka di wilayah pembangunan perindustrian di Score," katanya.
Fosil dinosaur ditemui di Australia
Kosmo! Online - Dunia:

FITZGERALD memegang fosil dinosaur ceratosaur di Melbourne semalam.
SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam menyatakan, penemuan fosil baharu membuktikan bahawa Australia turut mempunyai dinosaur sama seperti tempat lain di dunia.
Seorang ahli paleontologi, Erich Fitzgerald berkata, satu fosil buku lali yang ditemui 87 kilometer dari bandar raya Melbourne menunjukkan ia ialah spesies dinosaur, ceratosaur yang hidup di Australia sekitar 125 juta tahun dahulu.
Menurutnya, penemuan tersebut menunjukkan Australia turut mempunyai dinosaur seperti tyrannosaur dan allosaur yang wujud di luar Australia.
"Dinosaur itu bukan seperti haiwan zaman moden termasuk kanggaru dan koala yang hanya terdapat di Australia," kata Fitzgerald.
"Berbeza dengan hidupan liar di Australia sekarang, dinosaur itu terdiri daripada kumpulan yang tersebar di seluruh dunia sebelum benua di bumi terpisah," tambahnya.
Ceratosaur merupakan dinosaur pemakan daging yang boleh membesar sehingga satu atau dua meter manakala panjang haiwan itu ialah tiga meter. - Agensi
Motosikal Harley-Davidson dibaik pulih selepas hanyut
Kosmo! Online - Dunia:

MOTOSIKAL Harley-Davidson yang hanyut dari Jepun dipamerkan kepada orang ramai.
LANGFORD, British Columbia - Sebuah motosikal Harley-Davidson yang hanyut dari timur laut Jepun hingga ke sebuah pantai di Kanada telah dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di sini, lapor akhbar Toronto Sun semalam.
Motosikal Harley Davidson Nigth Train keluaran tahun 2004 milik Ikuo Yokoyama, 29, dari Yamamoto, Jepun itu dihanyutkan selepas tsunami melanda pada 11 Mac 2011.
Ia terdampar di Pulau Graham, 800 kilometer dari bandar raya Vancouver, Kanada pada bulan lepas selepas hanyut sejauh 6,400 kilometer.
Motosikal itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan, Peter Mark pada 18 April lalu.
Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson milik Steve Drane untuk dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun.
Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan membaik pulih motosikal itu.
Pemilik motosikal itu dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal tersebut. - Agensi
Hollande presiden baharu Perancis
Kosmo! Online - Dunia:

SARKOZY (tengah) berdiri di Istana Elysee, Paris semalam.
PARIS - Pemimpin Parti Sosialis, Francois Hollande dipilih menerajui Perancis selepas beliau menewaskan Presiden Nicholas Sarkozy dalam pilihan raya kelmarin.
Pemimpin berhaluan kiri itu menentang dasar berjimat cermat Perancis dan jadual pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari Afghanistan.
Hollande akan memegang jawatan Presiden Perancis secara rasmi pada 15 Mei ini.
Kemenangan Hollande adalah yang pertama buat Parti Sosialis selepas Francois Mitterrand.
Mitterrand yang juga daripada Parti Sosialis menjadi presiden negara itu dari tahun 1981 hingga 1995.
Keputusan akhir pilihan raya presiden kelmarin menunjukkan Hollande menang tipis apabila mendapat 51.62 peratus undi berbanding 48.38 peratus undi yang diperoleh Sarkozy.
Beliau menang dengan kelebihan 1.13 juta undi daripada keseluruhan 37 juta undi dalam pilihan raya itu. - Agensi
Kereta dihempap bongkah batu
Kosmo! Online - Dunia:
BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri). |
HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.
Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.
Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.
Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)