Pages

Monday, March 5, 2012

Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup

Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup - Global - Sinar Harian:
Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup

LONDON - Stesen janakuasa nuklear tertua dunia di Selatan Gloucester, Britain, ditutup minggu ini selepas 44 tahun digunakan tetapi akan mengambil masa kira-kira 90 tahun untuk dibersihkan.

Stesen Janakuasa Nuklear Oldbury dekat Thornbury membekalkan kuasa elektrik sejak 1967, ditutup reaktornya oleh kakitangan yang bertugas di situ.

Disebabkan faktor usia, penutupan stesen itu turut melibatkan kos sebanyak 954 juta pound (RM4.5 bilion) untuk kawasan 70.8 hektar yang perlu dibersihkan dengan harapan peringkat terakhir pembersihan dapat dilakukan antara 2092 dan 2101.

Stesen Oldbury memiliki dua reaktor menjana 435 mega­­wat tenaga elektrik setiap hari untuk bandar satu setengah kali ganda dari Bristol.

Reaktor kedua stesen itu telah ditutup ketika musim panas lalu dan reaktor yang masih kekal hanya menggu­nakan tinggalan bahan api yang sedikit.

Pengendali-pengendali Magnox berkata, operasi reaktor pertama mampu diteruskan sehingga peng­hujung 2012, tetapi terpaksa menutupnya berikutan masa­lah kewangan untuk empat bulan akan datang.

Selain itu, stesen nuklear baru, bersaiz enam kali ganda dari kapasiti Oldbury terletak hanya beberapa ratus meter dari stesen itu bakal dibuka pada 2025.

Kini, stesen janakuasa tertua dunia berpindah tangan kepada Beznau di Switzerland yang beroperai pada 1969.


'via Blog this'

2 askar Nato di Afghan ditembak mati

2 askar Nato di Afghan ditembak mati - Global - Sinar Harian:
9 terkorban di Afghanistan

KABUL - Nato mengesahkan dua askarnya telah mati ditembak di salah satu pangkalan tentera di Afghanistan, antara beberapa serangan terbaru susulan insiden membakar kitab suci al-Quran oleh anggota pasukan tentera Amerika Syarikat (AS), awal minggu lalu.

Menurut Nato, seorang lelaki dalam pakaian seragam tentera dan seorang lagi yang berpakaian awam melepaskan tembahan di wilayah Kandahar province.

Mangsa yang mati dipercayai warga AS.

Beberapa pegawai tempatan mengatakan bahawa hanya seorang yang menyerang, seorang guru di pangkalan tentera.

Beberapa jam sebelum itu, seorang jeneral kanan Nato di Afghanistan dipetik laporan BBC berkata, keganasan terbaru adalah sesuatu yang mengecewakan tetapi ia akan diatasi.


'via Blog this'

Istana hasil jenayah seluk saku

Istana hasil jenayah seluk saku - Global - Sinar Harian:
Istana hasil jenayah seluk saku

Bucharest - Di Britain, mereka mendakwa hidup dalam keadaan miskin dan menerima rezeki daripada ihsan pelancong asing dengan menjual majalah Big Issue.

Namun, keluarga Rostas sebenarnya mempunyai lima buah istana yang sangat besar di tahan air mereka di Transylvania, Romania, hasil daripada jenayah seluk saku.

Istana agam keluarga gipsi Romania itu, dibina dengan pembiayaan ribuan pound yang dicuri dari dalam komuter termasuk telefon-telefon bimbit yang dirampas sewaktu penumpang kereta api lewat malam dari London ke Kent sedang nyenyak dibuai mimpi.

Sekurang-kurangnya 185 orang menjadi mangsa mereka, tetapi polis percaya angka sebenar melebihi 500 orang.

Menurut polis, telefon bimbit yang dicuri, dijual di Romania bagi mendapatkan pembiayaan untuk membina vila 16 bilik tidur, namun tidak disiapkan untuk mengelak pembayaran cukai harta Romania.

Polis percaya, keluarga penyeluk saku itu mungkin terlibat dengan rangkaian jenayah lebih luas yang berkembang di Eropah, dan beroperasi di Britain, Ireland dan Perancis.


'via Blog this'

5 askar AS bakar al-Quran di Afghan

5 askar AS bakar al-Quran di Afghan - Global - Sinar Harian:
bakar quran

WASHINGTON - Lima askar Amerika Syarikat (AS) secara langsung terlibat dalam insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera Bagram di utara Afghanistan, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan dan tentera, semalam.

Memetik pegawai-pegawai itu, laporan NBC Newsmendedahkan sebahagian kandungan rumusan siasatan pihak tentera AS.

Pegawai-pegawai itu memberitahu NBC News bahawa siasatan masih belum lengkap, tetapi lima askar didapati terlibat.

Bagaimanapun mereka dilaporkan tidak akan berhadapan dengan tuduhan jenayah kecuali hukuman bukan kehakiman, kemungkinan hanya diberi celaan.

Jawatan dan pangkat kelima-lima mereka tidak didedahkan, kata laporan NBC News.

Keputusan penuh siasatan itu tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan yang serupa dijalankan oleh kerajaan Afghanistan dan AS didedahkan kepada umum, yang dijangka akan muncul dalam beberapa hari lagi.

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam protes di seluruh Afghanistan.


'via Blog this'

Presiden Perancis nafi hak Muslim

Presiden Perancis nafi hak Muslim - Global - Sinar Harian:
PARIS - Isu 'keistimewaan' orang Islam di Perancis yang diperkatakan sebelum ini dilihat gagal untuk memperoleh sokongan Presiden Nicolas Sarkozy, kelmarin selepas beliau menolak penyediaan daging halal atau pengasingan kolam renang awam untuk golongan wanita Islam di negara itu.

"Tiada tempat di negara ini untuk xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing), tiada isu perkauman dan tidak ada kolam renang khas untuk lelaki atau wanita," menurut Sarkozy dalam satu perhimpunan sempena kempen pilihan raya presiden 2012 di Bordeaux.

Beliau turut menyatakan isu penyediaan makanan halal di sekolah atau pengasingan kolam renang untuk golongan wanita kononnya bertentangan dengan prinsip sekularisme di Perancis.

Sarkozy juga lantang menyuarakan pendapatnya yang dilihat sebagai bias dan bakal menyinggung perasaan orang Islam kerana beliau menegaskan sesetengah isu yang diperjuangkan sepatutnya bukan dipertimbangkan dengan nilai agama tetapi tamadun pada masa itu.

Dianggarkan seramai lima juta orang Islam tinggal di Perancis, sekali gus, ia menjadi populasi terbesar di Eropah Barat.

'via Blog this'

Mesti buka purdah untuk pemeriksaan identiti

Mesti buka purdah untuk pemeriksaan identiti - Global - Sinar Harian:MELBOURNE - Kalangan wanita yang memakai purdah akan dikehendaki membuka penutup muka mereka itu sebagai sebahagian daripada undang-undang pemeriksaan identiti yang baru di New South Wales (NSW).
Mulai 30 April, sesiapa yang meminta jaksa pendamai (JP) atau peguam untuk menjadi saksi kepada akuan berkanun atau afidavit perlu membuka kesemua penutup kepala termasuk topi keledar dan topeng untuk membuktikan diri mereka yang sebenarnya, kata Kerajaan NSW.
Perubahan ini susulan kes seorang ibu tujuh anak dari Sydney, Carnita Matthews, yang dijatuhi hukuman penjara pada 2010 kerana mendakwa seorang anggota polis cuba menanggalkan niqab yang dipakainya ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.
Sabitan kesalahannya dibatalkan selepas mengemukakan rayuan setelah pendakwaan gagal membuktikan Matthews adalah orang yang memfailkan aduan terhadap pegawai polis itu disebabkan orang berkenaan memakai purdah.
Peguam Besar Negeri NSW Greg Smith berkata pada masa hadapan, JP dan peguam dikehendaki melihat wajah orang yang membuat akuan berkanun atau afidavit dan mengesahkan identiti mereka.
"Dalam keadaan tertentu, ini bermakna individu yang memakai pakaian yang menutupi muka sama ada separuh atau sepenuhnya perlu mendedahkan wajah mereka bagi tujuan pengenalan," kata Smith menerusi satu kenyataan pada Isnin.
"Jika seseorang itu memakai purdah, seorang saksi yang diberi kuasa perlu dengan sopan dan hormat meminta mereka menunjukkan wajah masing-masing," katanya.
Kerajaan NSW mengumumkan Ogos lepas bahawa polis akan mendapatkan perintah untuk memaksa pengguna jalan raya membuka penutup kepala untuk mengesahkan identiti mereka.
Pemandu yang enggan berbuat demikian berdepan denda sehingga A$5,500 (RM17,790).
JP dan peguam yang gagal mematuhi undang-undang identiti yang diumumkan pada Isnin itu boleh didenda sehingga A$220 (RM711). - Bernama

'via Blog this'

Penduduk Saudi ditindas di negara sendiri

myMetro | Penduduk Saudi ditindas di negara sendiri: "RIYADH: Persatuan hak Asasi Kemanusiaan kebangsaan (NSHR) merancang untuk mengambil tindakan terhadap pemilik bangunan yang mennindas warga tempatan.

“NHSR kini meneliti aduan daripada rakyat negara ini yang mengadu mereka tidak dibenarkan untuk menyewa rumah kerana status kewarganegaraan mereka,” kata Presiden NSHR, Mufleh al-Qahtani.


Dalam satu kenyataan semalam, Mufleh berkata, pemeriksaan NHSR mengesahkan pemilik bangunan keberatan menyewakan premis mereka kepada penyewa tempatan di kebanyakan bandar raya negara itu. Penduduk, Khaled Al-Bishi mendakwa ejen hartanah memberitahunya pemilik tidak mahu menyewakan apartmen kepada penduduk tempatan kerana warga asing lebih telus membayar sewa dan menjaga hartanah disewa dengan lebih baik. - AN"

'via Blog this'

Israel mahu buat keputusan sendiri

myMetro | Israel mahu buat keputusan sendiri: "BAITULMUQADDIS: Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman semalam berkata, rejim Zionis itu akan membuat keputusan sendiri dalam hal ehwal yang berkat dengan aktiviti nuklear Iran.

“Tidak dinafikan, Amerika Syarikat adalah kuasa dunia terbesar dan negara terpenting, juga sahabat Israel, tapi kami adalah sebuah negara merdeka,” katanya di radio awam Israel.

“Akhirnya, Israel akan membuat keputusan berdasarkan penilaian yang dibuat ke atas Iran,” katanya.

Lieberman berkata demikian sejurus sebelum Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu berbincang dengan Presiden AS, Barack Obama, hari ini.


Perbincangan itu dikatakan akan tertumpu kepada aktiviti nuklear Iran. - AFP"

'via Blog this'

Mahmoud ketinggalan dalam pilihan raya Parlimen Iran

myMetro | Mahmoud ketinggalan dalam pilihan raya Parlimen Iran: TEHERAN: Undi terbaru menunjukkan mereka yang setia dengan pemimpin ulama Iran, menang 75 peratus kerusi dalam pilihan raya parlimen, menjadikan calon Presiden Mahmoud Ahmadinejad semakin sukar untuk menentang puak konservatif.

Keputusan undi Jumaat lalu, sebahagian besarnya dipulau oleh golongan reformis yang pemimpin mereka masih dikenakan tahanan rumah, tidak akan memberi kesan yang besar terhadap dasar luar Iran, termasuk pertikaian nuklear dengan Barat.


Namun begitu, ia akan memberi kelebihan yang ketara kepada kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam pilihan raya presiden, pada 2013. Kekalahan besar penyokong Ahmadinejad mungkin akan menghakis kuasa presiden, yang diapi-apikan oleh sekutu Khamenei kerana ia telah mencabar kuasa pemimpin tertinggi dalam pemerintahan Iran yang berlapis-lapis itu.

Dengan 90 peratus daripada peti undi yang dikira, penyokong Khamenei dijangka menduduki lebih daripada dua per tiga daripada 290 kerusi dalam Parlimen, menurut senarai yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri. - Reuters


'via Blog this'

Iran dituduh bantu tentera Bashar

myMetro | Iran dituduh bantu tentera Bashar: WASHINGTON: Akhbar Wahington Post melaporkan, Iran meningkatkan sokongan ketenteraan dan perisikan kepada tentera kerajaan Syria yang berusaha merampas kubu kuat pemberontak.

Dengan memetik sumber daripada tiga pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan, akhbar itu melaporkan, Teheran menambah bantuan senjata dan kelengkapan perang lain kepada tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad bagi membantunya melumpuhkan pemberontak di bandar Homs.

Akhbar itu memetik pegawai itu sebagai berkata: “Bantuan dari Iran semakin meningkat dan fokusnya adalah bantuan maut.”

Laporan yang disokong oleh penemuan perisikan AS berkata, seorang pekerja Iran cedera baru-baru ini, ketika bekerjasama dengan pasukan keselamatan Syria di negara itu.


“Mereka menghantar peralatan, senjata dan bantuan teknikal, termasuk alat pengawasan, untuk menekan pemberontak.


“Pegawai keselamatan Iran pergi ke Damsyik untuk membantu,” katanya.

Seorang lagi pegawai kanan Amerika pula memberitahu akhbar itu, Iran baru-baru ini menghantar anggota perisikannya ke Damsyik. - AFP


'via Blog this'

Syria bom Rastan

myMetro | Syria bom Rastan: DAMSYIK: Tentera Syria mengebom bandar Rastan semalam, selepas berjaya mengusir pemberontak keluar dari Homs, sementara pasukan Palang Merah menunggu arahan untuk menbawa keluar mereka yang cedera dari wilayah yang bergolak itu.

Serangan ke atas pemberontak yang mengawal Rastan dibuat selepas China menggesa semua pihak di Syria menghentikan keganasan ‘dengan apa cara sekalipun’.

Pemerhati berkata, 44 orang terbunuh di beberapa tempat di negara itu, kelmarin.

Pejuang pembebasan pada 5 Februari berkata, Rastan mesti ‘dibebaskan’ daripada kawalan Presiden Bashar al-Assad dan sejak Homs berjaya ditawan semula oleh tentera kerajaan, Khamis lalu, anggota pemberontak mula mempertahankan Rastan dan Qusayr, yang juga berhampiran dengan Homs.


“Dua bandar ini merupakan kawasan utama untuk pemberontak di negara ini dan kami memang sudah menjangka ia akan menjadi sasaran serangan tentera kerajaan,” kata Abdel Rahman.


Rastan adalah bandar strategik dan seperti Homs, ia terletak di jalan utama yang meghubungkan Damsyik dengan utara Syria.

Pasukan pemantau Jumaat lalu melaporkan, 12 orang awam, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah peluru berpandu meletup di tengah-tengah orang ramai yang menunjuk perasaan di Rastan.

Ia turut melaporkan, beberapa bahagian bandar itu diserang dengan peluru berpandu dan senjata oleh tentera kerajaan.

Setakat ini, sukar untuk mengesahkan laporan itu memandangkan wartawan luar tidak dibenarkan membuat liputan di Syria. - AFP


'via Blog this'

Gaji masuk akaun isteri

myMetro | Gaji masuk akaun isteri: JAKARTA: Gaji beribu-ribu penjawat awam lelaki dimasukkan ke akaun isteri mereka minggu ini, sebagai langkah kerajaan tempatan untuk menghentikan mereka daripada menjalin hubungan dengan perempuan lain.

Pejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan itu awal tahun ini kepada 3,200 penjawat awam lelaki dan berkata ia akan dapat membantu mengawal wang yang biasanya dibelanjakan untuk wanita simpanan.

Jurucakap kerajaan, Rifly Katili berkata, “Lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.”

“Saya yakin, ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang menjatuhkan institusi keluarga.”


Katanya, kira-kira 90 peratus penjawat awam mengambil bahagian dalam inisiatif itu.


“Inisiatif sebegini akan memberi kuasa kepada golongan isteri pekerja untuk belajar mengenai pengurusan bajet rumah tangga,” katanya.

Katanya, ramai isteri mengadu kepada gabenor yang suami mereka menyimpan wang antara sejuta hingga empat juta rupiah (RM330-RM1,320) sebulan. - Agensi


'via Blog this'

Nenek mati 6 hari ditemui memasak

myMetro | Nenek mati 6 hari ditemui memasak: BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.


Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.


Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.


“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.


“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” - DM


'via Blog this'

38 korban puting beliung

myMetro | 38 korban puting beliung:SUKARELAWAN membantu membersihkan sisa runtuhan di Harrison, Tennessee.
SUKARELAWAN membantu membersihkan sisa runtuhan di Harrison, Tennessee.

CHICAGO: Penduduk di sekitar negeri di barat tengah Amerika Syarikat meratapi kematian ahli keluarga dan sahabat handai, semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda kawasan tengah negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 38 orang, mencederakan ratusan yang lain dan melenyapkan seluruh komuniti.

Bagaimanapun, ujian lebih berat sedia menanti di kawasan berkenaan. Walaupun pemerhatian terhadap bencana puting beliung sudah dihentikan, badan ramalan kaji cuaca kebangsaan meramalkan keadaan cuaca sejuk dengan kemungkinan salji mungkin melanda kawasan itu.


Suhu dijangka menurun di bawah tahap beku malam ini, badan itu memberi amaran dengan kombinasi hujan dan salji serta salji sepenuhnya, perkembangan yang memberi cabaran kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

  • Foto

    SEBUAH bas sekolah merempuh tembok sebuah rumah selepas dilanda puting beliung.

  • Foto

    KENDERAAN yang musnah di tengah sisa runtuhan kediaman di East Bernstadt, Kentucky.

Presiden Barack Obama menghubungi pentadbiran tempatan di Indiana, Kentucky dan Ohio untuk mengucapkan takziah atas kematian penduduknya dan berkata, agensi pengurusan kecemasan persekutuan sedia memberikan bantuan, kata Rumah Putih. Kematian dilaporkan di Indiana, Kentucky, Ohio, Alabama dan Georgia apabila ribut bergerak ke arah timur negara itu. “Tahap kemusnahan sesetengah komuniti kita tidak seperti yang saya pernah lihat sebelum ini,” kata Gabenor Kentucky, Steve Beshear, yang pejabatnya mengesahkan 19 angka korban daripada lebih puluhan puting beliung yang melanda negeri itu.


Beberapa trak terbalik dan deretan pokok tercabut sebaik puting beliung melanda sebahagian daripada lapan negeri di kawasan barat tengah dan selatan negara itu.


Imej kemusnahan itu termasuk sebuah bas sekolah yang menembusi tembok sebuah kediaman, trak yang tercampak ke dalam tasik, kediaman daripada binaan batu yang kukuh berkecai menjadi sisa runtuhan dan kediaman daripada kayu bersepai, selain kediaman bergerak rosak seperti tin kemek. Kira-kira 300 kecederaan dilaporkan di Kentucky, menurut Beshear yang menyiasat kerosakan di bandar yang musnah teruk di West Liberty. Terdapat kerosakan di 40 daerah dengan bekalan elektrik ke puluhan ribu kediaman terputus. Satu rakaman video amatur yang ditayangkan CNN menunjukkan puting beliung gergasi kekelabuan melanda West Liberty Jumaat lalu, manakala seorang wanita berdoa dengan kuat “Wahai Tuhan, ambil ia daripada kami, ya Tuhan!” - AFP


'via Blog this'

Banjir: Australia kerah tentera

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Pekerja-pekerja kecemasan negeri di windsor, bandar pinggir Sydney menutup jabatan di sungai Hawkesbury berikutan peningkatan paras air sungai itu mengancam empangan Warragamba di situ, kelmarin. - AP


SYDNEY 4 Mac - Australia hari ini mengerahkan pasukan tentera bagi membantu mengisi beg-beg pasir bagi membina benteng berikutan ancaman banjir di wilayah tenggara negara ini, yang didiami ramai penduduk.

Hujan lebat di New South Wales dan negeri bersempadan dengan Victoria sejak beberapa hari lalu mengakibatkan beribu penduduk terpaksa dipindahkan dan jalan raya sepanjang beribu kilometer terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui di Braidwood, 200 kilometer dari barat daya Sydney, manakala dua lagi rakannya yang menaiki kereta yang sama terselamat setelah kereta mereka dihanyutkan air.


'via Blog this'

Iran siap sedia hantar tentera bantu Syria

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk mengadakan tunjuk perasaan anti-Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas solat Jumaat di Yabroud dekat Damsyik pada 2 Mac lalu. - REUTERS


WASHINGTON 4 Mac - Iran sedang mempersiapkan pasukan tentera dan bahagian perisik bagi membantu mempertahankan Syria dalam pemberontakan oleh pembangkang, lapor akhbar Washington Post lewat malam tadi.

Tanpa menamakan tiga pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan dengan laporan perisikan negara, akhbar itu melaporkan, Teheran sedang meningkatkan bekalan senjata dan bantuan lain kepada rejim Bashar al-Assad.

"Bantuan dari Iran sedang dipertingkatkan dan ia memberi penekanan kepada keperluan paling utama rejim," lapor akhbar itu.

Laporan tersebut disokong perisikan AS yang menyatakan bahawa operasi Iran baru-baru ini mengalami masalah ketika membantu pasukan keselamatan Syria di dalam negara.


'via Blog this'

Keluar dari Syria atau tanggung sendiri risiko

Kosmo! Online - Negara:


PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad di Yabroud dekat Damsyik pada Jumaat lalu.


JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar kecil) berkata, para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut.

“Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini semalam.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.

Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.

KPT kini sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun, ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar.


'via Blog this'

Pameran lukisan tiga dimensi

Kosmo! Online - Dunia:



Gambar menunjukkan seorang wanita bergambar di lukisan tiga dimensi di Pusat Pendidikan Sains Kebangsaan Taiwan di sini semalam.


TAIPEI, Taiwan - Satu pameran hasil seni tiga dimensi diadakan di Pusat Pendidikan Sains Kebangsaan Taiwan di sini semalam.

Beberapa pengunjung bergambar dengan lukisan tiga dimensi yang dipamerkan pada pameran tersebut. - Agensi


'via Blog this'

Lebih empat juta tonton video remaja pakai topi

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan seorang remaja perempuan memakai topi beruang koala di laman YouTube.


NEW YORK - Seorang remaja perempuan yang muncul di laman perkongsian video YouTube dengan memakai topi beruang koala telah mempersoalkan dirinya sama ada dia cantik atau hodoh.

"Kebanyakan orang memanggil saya hodoh dan saya berpendapat saya hodoh. Saya menganggap saya hodoh dan gemuk," katanya apabila dia mengalu-alukan pengguna Internet dari seluruh dunia untuk memberikan jawapan kepadanya.

Video itu yang berjudul Am I pretty or ugly? dimuat naik pada 17 Disember 2010 dan ditonton lebih empat juta kali di YouTube.

Seorang ahli psikologi keluarga, Profesor Nadine Kaslow dari Universiti Emory di Atlanta berkata, dunia golongan muda kini berada pada satu peringkat baharu.

"Ia (dunia baharu itu) boleh mengaibkan, mungkin memalukan dan anda mula menjadi objek awam berbanding menjadi diri sendiri," katanya. - Agensi


'via Blog this'

Empat maut gudang senjata meletup

Kosmo! Online - Dunia:


GAMBAR yang dirakamkan dari tebing Sungai Congo menunjukkan api menjulang tinggi akibat letupan gudang senjata di Brazzaville semalam.


BRAZZAVILLE, Republik Congo - Sekurang-kurangnya empat orang maut dan berpuluh yang lain cedera apabila satu siri letupan besar di sebuah gudang senjata menggegarkan Brazzaville semalam.

Situasi cemas merebak sehingga ke Kinshasa, seberang Sungai Congo yang memisahkan bekas tanah jajahan pengeluar minyak Perancis daripada Republik Demokratik Congo menyebabkan tingkap berkecai.

Kedua-dua pemerintah meminta orang ramai bertenang.

Republik Congo merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak utama di Sahara Afrika.

"Banyak bangunan musnah. Terdapat empat orang maut dan hampir 60 cedera, sebahagiannya serius," kata seorang ketua protokol pejabat presiden di sini melalui telefon.

Menteri Pertahanan Republik Congo, Charles Zacharie Bowao menyatakan letupan disebabkan oleh kebakaran di gudang senjata di pangkalan Blinde. - Reuters


'via Blog this'

Sunday, March 4, 2012

2 wartawan Perancis selamat pulang

EDITH tersenyum ketika dibantu pasukan perubatan menaiki ambulans.
EDITH tersenyum ketika dibantu pasukan perubatan menaiki ambulans.

PARIS: Tentera Syria seolah-olah mensasarkan wartawan yang membuat liputan di Homs, kata wartawan Perancis Edith Bouvier dan jurugambar William Daniels, selepas berjaya melarikan diri dari bandar yang dikepung itu.

Menurut laporan akhbar Figaro, mereka berkata, “Terdapat sekurang-kurangnya lima letupan, sangat hampir. Kami rasa seperti mereka mensasarkan kami.”

Satu serangan roket pada 22 Februrari lalu di kawasan Baba Amr di Homs, menyebabkan seorang jurugambar Perancis, Remi Ochlick dan wartawan veteran Sunday Times, Marie Colvin terbunuh dan mencederakan Edith dan seorang lagi jurugambar, Paul Conroy.

Pendakwa raya di Paris, mula menyiasat serangan itu.


Sementara itu, mayat Ochlick dan Marie dikenal pasti secara rasmi di Damsyik oleh duta Perancis dan Poland.


Edith, wartawan Le Figaro mengalami tulang kaki retak akibat serangan roket di pusat media sementara di Baba Amr.

Edith, 31 dan Daniels, 34, diseludup keluar dari Syria ke Beirut oleh aktivis dan disambut oleh ahli keluarga dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy sebaik saja mereka tiba di lapangan terbang tentera Perancis, dekat Paris, semalam.

Kedua-dua wartawan itu menceritakan pengalaman ngeri roket tentera Syria yang dihamburkan ke arah “pusat media” sejak 22 Februari lalu.

“Aktivis Syria yang bersama kami, sudah biasa dengan serangan ini dan terus tahu bahayanya. Mereka memberitahu kami supaya meninggalkan tempat itu serta merta,” kata Edith.

Marie dan Ochlik adalah yang pertama keluar. Sebuah peluru berpandu meletup di hadapan pusat media.

“Letupan itu sangat kuat, Marie Colvin dan Remi Ochlik berada di tengah-tengah impak letupan itu. Mereka mati di tempat kejadian,” kata laporan akhbar itu.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah beberapa kali cuba menyelamatkan mereka yang selamat tetapi tidak berjaya membawa wartawan Barat keluar kerana rejim tentera Syria terus membedil menyebabkan tentera pemberontak mengundurkan diri.

Kedua-dua wartawan Perancis itu terperangkap selama beberapa hari, walaupun anggota Askar Pembebesan Syria berjaya membawa keluar Conroy dan seorang wartawan Sepanyol, Javier Espinosa yang cedera, dari negara itu ke Lubnan. - AFP

myMetro2 wartawan Perancis selamat pulang:

'via Blog this'

Kaki bintang realiti cedera pakai kasut berduri



(gambar kanan) Georgia Salpa memakai kasut tinggi dengan hiasan berduri semasa satu parti sempena Minggu Fesyen London baru-baru ini, sementara (gambar atas) keadaan kakinya yang mengalami luka-luka kecil pada satu parti anjuran majalah Look, London, kelmarin. - AGENSI


LONDON 3 Mac - Bintang rancangan realiti televisyen Big Brother, Georgia Salpa mengalami kecederaan di kaki akibat memakai kasut tumit tinggi dengan hiasan 'berduri'.

Ketika menghadiri parti anjuran majalah Look di sini semalam, kelihatan kaki kirinya mengalami luka-luka kecil.

Menurut jurucakapnya, kecederaan tersebut berlaku selepas bintang realiti itu memakai kasut tumit tinggi rekaan Christian Louboutin.

"Salpa memakai kasut tumit tinggi 'berduri' rekaan Louboutin ketika menghadiri satu parti sempena Minggu Fesyen London.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pelancong AS paling teruk


LONDON 3 Mac - Rakyat Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai pelancong paling teruk berbanding negara lain seperti China dan Britain, jelas satu kajian yang dijalankan Mandala Research.

Kajian yang dilakukan terhadap 5,600 penduduk di China, Ireland, Kanada, Australia dan AS itu mendapati, pelancong dari negara Uncle Sam tersebut terkenal dengan sikap buruk ketika melancong ke luar negara.

Malah, sebanyak 20 peratus warga AS sendiri mengakui rakyatnya merupakan pelancong yang mempunyai sikap paling teruk di dunia, diikuti dengan China sebanyak 15 peratus.

Pelancong dari AS disifatkan sebagai stereotaip dari segi cara berpakaian iaitu memakai topi besbol, seluar khaki berpoket serta bercakap dengan nada suara yang kuat.

Empat daripada 10 warga AS juga mengakui mereka gemar 'mengambil dengan sengaja' beberapa barangan dari hotel seperti tuala dan perkakasan.


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Fenomena tanpa bayang di Bogor, Jakarta


JAKARTA 3 Mac - Tepat pukul 12 tengah hari ini, bandar Bogor di Jawa Barat mengalami fenomena hari tanpa bayangan, manakala ibu kota Jakarta akan mengalami fenomena sama esok.

Untuk tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayangan sendiri di bawah sinar matahari kerana matahari berada tepat di atas kepala dan jika cuaca tidak berawan, bahang panas matahari adalah optimum dan bersifat sangat menyengat.

Selepas tempoh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula kerana kedudukan matahari semakin beralih ke garis lintang arah utara.

Peneliti Utama Astronomi Astrofizik di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (LAPAN) Indonesia, Dr. Thomas Djamaluddin berkata, kejadian itu merupakan fenomena yang biasa berlaku pada tarikh sama dua kali setiap tahun kerana pada ketika itu matahari berada tepat di garis lintang di kawasan terbabit.


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Teringin nikah kali ketujuh

 MD ISA  (kiri)  melayan  Puan Ahmad (duduk) pada program Jalinan Mesra Bersama Warga Tua di rumahnya di Sanglang, semalam.
MD ISA (kiri) melayan Puan Ahmad (duduk) pada program Jalinan Mesra Bersama Warga Tua di rumahnya di Sanglang, semalam.
Nenek 116 tahun mahu cari lelaki dekat jadi peneman hidup

ARAU: Warga tua berusia 116 tahun, Puan Ahmad yang turut dianggap sebagai wanita paling tua di Perlis, semalam menyuarakan isi hatinya untuk berkahwin lagi, walaupun pernah enam kali mendirikan rumah tangga.
Puan yang sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana dikatakan berusia 16 tahun berikutan kekeliruan pada MyKadnya, mengakui sedang mencari calon untuk dijadikan teman hidup.
“Betullah tu, tok memang nak kahwin, cuma takut orang saja yang tak nak kahwin dengan tok. Depa (mereka) kata semua lelaki kahwin dengan tok mesti pi (meninggal) sebab pendek umur. Padahal, semua yang kahwin dengan tok dah memang tunggu masa nak pi.

“La (sekarang) tok tengah dok cari calon. Kalau boleh nak cari orang dekat sini saja. Bukan apa, saja nak buat peneman sebab bosan dok sorang tua-tua ni,” katanya ketika ditemui sempena program Jalinan Mesra Bersama Warga Tua yang diadakan di kediamannya di Padang Keria, dekat Sanglang, di sini.

Program itu dianjurkan Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri khusus untuk meraikan 42 warga tua dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang. Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu; Pengerusi PKSM, Datuk Mastika Junaidah Hussin dan Pengarah JKM negeri, Abdullah Ali.

Hasil perkongsian hidup melalui dua suami pertamanya, Puan dikurniakan empat anak berusia antara 58 dan 73 tahun, selain 19 cucu dengan yang paling bongsu berusia 21 tahun, serta 47 cicit dengan usia paling tua 25 tahun.
Ditanya mengenai petua yang diamalkannya Puan berkata, menjadi kebiasaan orang lama sepertinya yang suka makan pucuk kayu segar dari hutan.

“Berbeza sekali dengan orang sekarang biasanya makan tak tentu hala ikut suka perut saja.

“Tok tak ada pantang apa-apa, cuma makan tu biar berpada. Ada orang kata bila tua banyak benda tidak boleh makan, tetapi tok makan apa saja termasuk daging, janji jangan banyak sangat.

“Alhamdulillah, sampai sekarang Tok tidak pernah lagi diserang sakit serius, apatah lagi nak merasa duduk di katil hospital. Bukan nak bangga, cuma tok bersyukur dan harap Allah akan terus bagi tok kesihatan,” katanya.

Sementara itu, dua anak lelaki Puan, Teh Man, 65 dan Mat Yusop Man, 63, ketika ditanya mengenai hasrat ibu mereka untuk mendirikan rumah tangga lagi, masing-masing dilihat tersenyum.

“Kami tak pernah halang dia kahwin lagi. Dulu, dia kahwin banyak kali pun kami tidak pernah bising. Itu hak dia, sebab kami pun sedar dia bosan dan sunyi,” kata Mat Yusop.

Berita Harian Online | Teringin nikah kali ketujuh:

'via Blog this'