Pages

Monday, March 5, 2012

Syria bom Rastan

myMetro | Syria bom Rastan: DAMSYIK: Tentera Syria mengebom bandar Rastan semalam, selepas berjaya mengusir pemberontak keluar dari Homs, sementara pasukan Palang Merah menunggu arahan untuk menbawa keluar mereka yang cedera dari wilayah yang bergolak itu.

Serangan ke atas pemberontak yang mengawal Rastan dibuat selepas China menggesa semua pihak di Syria menghentikan keganasan ‘dengan apa cara sekalipun’.

Pemerhati berkata, 44 orang terbunuh di beberapa tempat di negara itu, kelmarin.

Pejuang pembebasan pada 5 Februari berkata, Rastan mesti ‘dibebaskan’ daripada kawalan Presiden Bashar al-Assad dan sejak Homs berjaya ditawan semula oleh tentera kerajaan, Khamis lalu, anggota pemberontak mula mempertahankan Rastan dan Qusayr, yang juga berhampiran dengan Homs.


“Dua bandar ini merupakan kawasan utama untuk pemberontak di negara ini dan kami memang sudah menjangka ia akan menjadi sasaran serangan tentera kerajaan,” kata Abdel Rahman.


Rastan adalah bandar strategik dan seperti Homs, ia terletak di jalan utama yang meghubungkan Damsyik dengan utara Syria.

Pasukan pemantau Jumaat lalu melaporkan, 12 orang awam, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah peluru berpandu meletup di tengah-tengah orang ramai yang menunjuk perasaan di Rastan.

Ia turut melaporkan, beberapa bahagian bandar itu diserang dengan peluru berpandu dan senjata oleh tentera kerajaan.

Setakat ini, sukar untuk mengesahkan laporan itu memandangkan wartawan luar tidak dibenarkan membuat liputan di Syria. - AFP


'via Blog this'

No comments: