Pages

Monday, December 26, 2011

Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah

Atas permintaan seorang pembaca, saya tulis kembali kisah ini dalam bahasa Melayu. Ini mungkin artikel terakhir blog ini (saya sebut mungkin) kerana mempunyai tugas yang lebih besar pada 2012 nanti. Saya juga tidak lagi mampu menulis dengan baik atas beberapa faktor yang sukar saya jelaskan. Walaupun begitu saya cuba bertahan selama mungkin. Mulai tahun hadapan, keadaan negara kita mungkin tidak lagi sama seperti hari ini kecuali Allah menyelamatkannya. Jika diberi kesempatan dan kekuatan, saya akan cuba menjelaskannya sama ada di sini atau di ABATASA2. InsyaAllah.

Jika tidak kerana itu pun, saya fikir satu hari nanti, blog ini dan abatasa2 juga akan hadapi serangan dari luar. Saya amat yakin mengenainya memandangkan ada tanda-tanda yang boleh dikaitkan mengenainya..Andai kata ini terjadi, atau saya berhenti selepas artikel ini, saya mengambil kesempatan memohon berbanyak ampun dan maaf terhadap kesilapan atau ketelanjuran semasa menulis.

fenomena di Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda (bahasa Inggris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.

Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing

Sejarah awal

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.

Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.

Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA & THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami peristiwa yang berlaku disekeliling kita.

AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu.

Salah satu artikel yang dikeluarkan kira-kira 2 tahun lalu telah saya siarkan semula di blog ini pada Januari 2010, Sekarang masih lagi dibaca dan menjadi antara artikel yang popular. Malaysia 2013 ?? unleash riots... moslems, ..must read Anehnya apa yang disebut dalam artikel itu menunjukkan bahawa AfterDark mempunyai sentuhan yang istimewa. Banyak kebenaran telah dapat beliau singkap untuk diketengahkan..Jangan hiraukan pegangan politiknya, ambil pengetahuan yang dikongsikan. Saya percaya beliau seorang yang jujur.

Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.


MEKAH, MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat

Kita tinggalkan politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara paranormal.

Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) ) mengenai Dajjal dan medan tenaga bumi.

Tetapi sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa? Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama pada awal perbincangan.

Mengasingkan mereka yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu, adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan Sains.

Kami bermula dalam nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.

Hollywood telah melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti "Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem. Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?


Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay, di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai persamaan?

tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf, masa anda sudah tamat.

Adakah anda belum tahu lagi? Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang sangat kuat. Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik? Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal.


Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal, Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.

Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.


Saya tidak mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?

Kedua, hujah Isa Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau, maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti yang sama.


Ketiga, kepala lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak sebelum Dajjal dilahirkan.

Oleh itu, garis masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan elektromagnet yang kuat.

Sesaorang boleh terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.

Membina dinding biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang dan malam.

Fakta wujudnya bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar pulau Dajjal .

Teori pertama sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap "Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah dan bercakap melalui handpone terlalu lama.


Ia adalah teori yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS, apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah dan Madinah.


Dalam usaha untuk melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS) yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah, tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat terlarang ialah Mekah dan Madinah.

Tambahan lagi, jika benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.

Oleh kerana rakan Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah, sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu. Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa singkat (sepontan).

Pada pandangan saya kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari "pengawal keselamatan".

Mengapa saya mengatakan begitu?

Ia adalah satu pengetahuan yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau hantu).


Hakikatnya semua makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov. Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak tidak bernyawa.

Jika benar kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).

Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan "Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda) berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).

Harus kita ingat bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz, 'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar biasa.


Saya fikir ia juga boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortal yang paling merbahaya di dunia.

Jika jumlah tentera besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.

Walau bagaimanapun, teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya, jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera, tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif. Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.


Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini.

Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi

Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life (Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.

Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini

Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.


Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).

Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.

Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..

Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:


"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.

Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.

Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita

Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda.

penghargaan untuk AfterDarkWriters



apa kaitan dengan keris?


Mengapa Melayu tidak menggunakan pedang sebagaimana bangsa lain?
Sebaliknya terus menggunakan keris. Sesuatu yang pelik.

Tolong beri jawapan kerana saya tiada jawapannya.


Salam hormat dari Abatasa, jika panjang umur kita berjumpa lagi. Semoga Allah mengasihi saudara semua dan dilimpahi rahmat tak terhingga, Amin.
King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri": Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah:

'via Blog this'

Tawar usir hantu Kak Limah

Tawar usir hantu Kak Limah

MARANG – Terkejut. Itulah perasaan Mazlan Ali sebaik sahaja bangun dari tidur pagi apabila telefon bimbitnya tidak putus-putus berdering selepas kejadian seram yang dialaminya disiarkan di muka hadapan Sinar Harian semalam.

Sehingga jam 5 petang semalam, Mazlan menerima lebih 100 panggilan telefon dan 50 mesej melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seluruh pelosok negara.

Sinar Harian semalam menyiarkan kisah lembaga misteri berambut panjang yang kadangkala menutup kepala dengan kain batik. Rupanya seperti watak hantu Kak Limah dalam filem komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang didakwa mengganggu keluarga itu sejak lebih seminggu lalu.

Selain Mazlan, anaknya juga dihujani panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai, ada yang sedia menawarkan khidmat untuk mengusir lembaga itu dan ada juga yang memberi cadangan agar keluarga itu bertemu pakar bagi mengatasi masalah tersebut.

Salah seorang anak Mazlan, Mohd Syawal, 22, ketika dihubungi semalam berkata, pakar dimaksudkan oleh pemanggil terbabit ialah tokoh agama, termasuk dari kawasan Pantai Timur yang dikatakan mampu menamatkan gangguan lembaga misteri itu.

“Ada yang menyuruh saya menghubungi Ustaz Fauzi, Ustaz Ariffin dan ramai lagi ustaz yang mahir mengenai perkara ini yang tinggal di negeri ini dan juga di negeri lain. Namun saya belum menghubungi sesiapa kerana bimbang kos bayaran yang bakal dikenakan.

“Kami bimbang kos mengusir lembaga misteri itu menelan belanja ribuan ringgit. Jika murah pun belum tentu kami dapat menyediakan wang dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, di sini, semalam.

Mohd Syawal memberitahu Sinar Harian, kisah keluarganya itu turut mendapat perhatian pihak media lain dan orang perseorangan yang ingin membuat liputan mengenai kisah yang didedahkan melalui akhbar ini.

Keluarga Mazlan dan empat lagi keluarga anaknya, termasuk Mohd Syawal, tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di kawasan itu. Mereka dikatakan berada dalam ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan merayau-rayau sekitar kawasan lima buah rumah keluarga Mazlan di situ saban malam. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Sinar Harian kelmarin juga menyiarkan kejadian menyeramkan itu dialami ahli keluarga terbabit bermula selepas mereka membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah pusaka keluarga itu dari Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah Mohd Syawal.

Selain itu, ahli keluarga terbabit turut mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang itu sering merayau sekitar lima buah rumah keluarga itu dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.

Sementara itu di Facebook Sinar Harian, lebih 6,000 pengunjung membaca berita ini, manakala terdapat 60 komen daripada pengunjung. Sebahagian besar pengunjung laman sosial itu bersetuju dengan pendapat imam dalam berita tersebut yang menyarankan Mazlan melakukan solat hajat dan menunaikan solat dengan lebih khusyuk.

Tawar usir hantu Kak Limah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bakal pengantin dicekup

Bakal-pengantin-itu-dicekup-berkhalwat--oleh-Penguatkuasa-Pejabat-Agama-Daerah-Ledang-(PPADL)-dalam-

LEDANG – “Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan.”

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.

“Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).

“Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.

Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

“Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini,” katanya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bakal pengantin dicekup - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Penuntut UiTM, bayi maut



KERETA Saga BLM dipandu Hadino Zafan Jasman dan kereta Honda dipandu Mohd. Zin Kasim yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis, semalam.


KUALA LIPIS 25 Dis. – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan rentung setelah kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta di sini awal pagi ini.

Hadino Zafan Jasman, 23, penuntut tahun akhir jurusan Perakaunan yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 pagi.

Nahas pukul 5 pagi itu turut meragut nyawa seorang bayi berusia 10 bulan, Mohd. Farhan Darwiz yang menaiki kereta jenis Honda dipandu datuknya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan, kereta yang dipandu Hadino Zafan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, kenderaan mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan kereta Honda dari arah bertentangan yang dipandu oleh Mohd. Zin Kasim, 50-an.

“Berikutan pelanggaran itu, kereta Hadino Zafan terbakar dan mangsa tidak sempat keluar menyelamatkan diri.

“Pemandu kereta Honda terlibat pula sempat mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, dan dua cucunya, Mohd. Fahmi Dannial, 4, dan Mohd. Farhan, namun bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, sejurus Mohd. Zin menarik keluar ahli keluarganya dari kereta, kenderaan itu turut terbakar.

Menurut beliau, polis terpaksa menggunakan khidmat pakar Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk mengesan identiti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa musnah terbakar.

“Pihak Forensik akhirnya mengesan kereta Proton Saga itu milik bapa pelajar tersebut iaitu Jasman Bagiman, seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel dan bertugas di Kuala Lumpur.

“Beliau sendiri datang ke tempat kejadian untuk membantu mengecam mayat anaknya,” katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Sub Inspektor Abdul Rahman Yunan di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

19 korban, 40 lagi cedera serangan bom berani mati


26/12/2011 3:05am

KABUL 26 Dis. - Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dan 40 lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah upacara pengebumian di timur laut Afghanistan, kata pegawai semalam.

Datuk Bandar wilayah Takhar, Abdul Jabar Taqwa berkata, serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang berkabung di upacara pengembumian seorang kakitangan kerajaan di bandar Talugan.

“Seramai 19 orang terbunuh termasuk Abdul Mutalib, seorang ahli Parlimen dari Takhar,” katanya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Merpati pandai mengira



Burung merpati diuji dalam satu penyelidikan oleh universiti otago, new zealand. - AGENSI


LONDON 25 Dis. - Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya untuk mencari jalan pulang, tetapi penyelidikan terbaru mendapati haiwan itu turut boleh mengira.

Dr. Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand berkata, mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor dari satu hingga sembilan dan menyusunnya mengikut turutan.

Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu mengira.

"Penyelidikan kami bukan sahaja menunjukkan burung merpati mampu mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira.

"Burung merpati mempunyai keupayaan mental yang menakjubkan," katanya dalam jurnal Sains antarabangsa.

Penyelidikan itu pada mulanya melatih haiwan itu dengan menunjukkannya 35 set daripada tiga gambar dengan setiap satunya berbeza saiz, warna dan bentuk.

Burung itu akan diberikan gandum jika berjaya mengambil gambar yang sama.

Burung itu kemudiannya diuji sama ada boleh mengingati apa yang dipelajari daripada ujian pertama itu untuk membezakan imej nombor lebih banyak serta menyusunnya mengikut turutan dan ia berjaya melakukannya.

"Walaupun keupayaannya masih jauh berbeza berbanding manusia, tetapi ia menunjukkan haiwan yang mempunyai struktur otak yang berbeza dengan manusia masih berupaya melakukan ujian mental yang kompleks dan sebelum ini hanya manusia yang difikirkan mempunyai keupayaan itu," kata Dr. Scarf. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Imigresen tahan 18 GRO asing



SEBAHAGIAN warga China yang bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, kelmarin.


JOHOR BAHRU 25 Dis. - Seramai 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah kedai minuman di Jalan Shahbandar, Batu Pahat, dekat sini malam tadi.

Mereka yang merupakan warga Thailand, Vietnam dan China ditahan dalam 'Ops 6P' yang disertai seramai 27 anggota dan pegawai bermula pukul 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, dalam serbuan hasil maklumat awam itu, seramai 14 wanita yang ditahan merupakan rakyat China diikuti tiga dari Vietnam dan seorang wanita Thailand yang kesemuanya berusia antara 16 hingga 41 tahun.

"Ketika diserbu, semua GRO itu sedang leka melayan pelanggan yang datang untuk minum dan berhibur di premis itu. Kecekapan kita mengepung kawasan sekitar membuatkan mereka tidak sempat meloloskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas semua GRO itu, 16 daripada mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Tambah Masri, seorang lagi didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Katanya lagi, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam serbuan tersebut dan kesemua wanita berkenaan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Rakyat Rusia teruskan protes


MOSCOW 25 Dis. – Berpuluh-puluh ribu rakyat Rusia berhimpun di bandar raya ini, semalam bagi menuntut diadakan pilihan raya bebas dan ditamatkan pemerintahan 12 tahun Perdana Menteri Vladimir Putin.

Perhimpunan itu adalah yang terbesar sejak tunjuk perasaan 20 tahun lalu yang menumbangkan Kesatuan Soviet.

Tunjuk perasaan tersebut juga adalah yang terbesar dan tersusun berbanding perhimpunan sama dua minggu lalu dan protes-protes kecil di seluruh negara yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang ekoran pilihan raya pada 4 Disember lalu yang didakwa dicemari penipuan.

Penunjuk perasaan berhimpun sambil memekik nama Mikhail Gorbachev, pemimpin terakhir Soviet yang menamatkan Kesatuan Soviet pada 25 Disember 1991.

“Saya gembira dapat hidup untuk menyaksikan kebangkitan rakyat.

“Kebangkitan ini membawa harapan yang sangat besar,” kata Gorbachev kepada radio Ekho Moskvy.

Beliau turut menggesa Putin mengikut jejaknya dengan menyerahkan kuasa secara aman dan akan dikenang dengan perkara-peraka baik yang pernah dilakukannya.

Bekas pemimpin Soviet itu yang semakin lantang mengkritik Putin, bagaimanapun hanya mempunyai pengaruh yang kecil di Rusia ketika ini.

Kumpulan penunjuk perasaan pula tidak memiliki pemimpin atau calon yang berkemampuan untuk mencabar Putin yang bertegas mahu kembali memegang jawatan Presiden pada pilihan raya Mac ini.

Kremlin mengawal siaran televisyen mengenai perhimpunan itu, semalam dan tidak menyiarkan mengenai kritikan terhadap Putin.

Menurut polis, antara 30,000 hingga 120,000 orang menyertai perhimpunan itu dan kebanyakan mereka berkumpul di kawasan yang luas kira-kira 2.5 kilometer dari Kremlin. – AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Tentera laut Iran adakan latihan



Komander Tentera Laut Iran, Habibulah Sayari menunjukkan peta kawasan latihan Tentera Laut Iran pada sidang media di Teheran pada 22 Disember lalu. - REUTERS


TEHERAN 25 Dis. - Tentera Laut Iran, semalam memulakan latihan selama 10 hari di perairan antarabangsa berhampiran laluan minyak strategik di Selat Hormuz.

Latihan yang dipanggil 'Velayat 90' itu bakal membawa kapal-kapal tentera Iran berada berhampiran kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang turut berada di kawasan perairan itu.

Latihan tersebut diadakan 2,000 kilometer di luar Selat Hormuz yang meliputi utara Lautan Hindi dan Teluk Aden, berhampiran pintu masuk ke Laut Merah, lapor televisyen kerajaan Iran.

Ia merupakan usaha terbaru Iran menunjukkan kekuatannya ketika berdepan kritikan antarabangsa berhubung program nuklearnya ekoran kebimbangan Barat, Teheran akan membangunkan senjata atom.

Teheran, bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menegaskan bahawa ia bertujuan keamanan.

Ketua tentera Iran, Laksamana Habibollah Sayyari berkata, Teheran mengadakan latihan itu untuk menunjukkan kekuatan tenteranya.

"Bagi menunjukkan kemampuan kami, pasukan Tentera Laut Iran perlu mengadakan latihan di perairan antarabangsa," kata Habibollah yang dipetik oleh stesen televisyen tersebut.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik yang dilalui oleh kapal-kapal minyak dari seluruh dunia yang turut menempatkan Laut Arab dan Teluk Aden.

Tentera Laut AS yang berpangkalan di Bahrain, Fifth Fleet turut aktif di kawasan itu dan terdapat juga beberapa kapal perang negara lain mengawal perairan tersebut daripada lanun.

AS dan Israel sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iran ekoran program nuklear negara ini. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Kabinet Tunisia angkat sumpah



dari kiri ke kanan, Menteri Dalam Negeri, Ali Larayedh, Menteri Kehakiman, Noureddine Bhiri, Presiden Moncef Marzouki dan Perdana Menteri Hamadi Jebali bergambar bersama selepas majlis angkat sumpah di Istana Presiden di Tunis, kelmarin. - REUTERS


TUNIS 25 Dis. - Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Jebali hari ini mengangkat sumpah selepas diluluskan Parlimen semalam, kerajaan pertama pasca-pemerintahan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan pada Januari lalu.

Jebali yang memilih ahli parti Ennahda untuk mengisi jawatan menteri kanan, memperkenalkan 30 menteri dan 11 timbalan menteri kepada Parlimen yang dipilih dalam pilihan raya umum pada Oktober lalu.

Ehnanhda dipilih untuk membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum pada Oktober lalu dengan memenangi 89 daripada 317 kerusi yang dipertandingkan.

Enahda menjalinkan kerjasama dengan dua parti berhaluan kiri iaitu Congress for the Republic pimpinan Presiden Tunisia, Moncef Marzouki dan Ettakatol serta Parti Perhimpunan diketuai Mustafa Ben Jaafar yang kini merupakan Speaker Dewan Perwakilan, untuk membentuk kerajaan perikatan.

Kerajaan baru itu akan menggantikan kerajaan sementara yang mentadbir Tunisia sejak Ben Ali digulingkan.

Ettakatol akan memegang profil kewangan dan pelancongan, manakala Congress for Republik pula diberi profil hubungan wanita dan pekerjaan.

Jebali memilih pegawai eksekutif Ennahda, Ali Larayedh sebagai Menteri Dalam Negeri yang dipenjarakan rejim Ben Ali selama 14 tahun kerana menjadi anggota Ennahda.

Jurucakap parti Ennahda, Nourredine Bhiri dilantik sebagau Menteri Kehakiman, manakala menantu pemimpin Ennahda Rached Ghannouchi, Rafik Ben Abdessalem dinamakan sebagai Menteri Luar.

Abdelkarim Zbidi yang merupakan Menteri Pertahanan dalam rejim Ben Bali kekal memegang jawatannya itu.

Jebali memberi amaran, negara ini masih menghadapi pelbagai cabaran terutama berikutan pengangguran tinggi, kelembapan ekonomi dan pergolakan dalam negara.

Kerajaan baru itu juga bersifat kerajaan sementara sehingga Perlembagaan baru digubal dan pilihan raya umum baru diadakan. - AFP/DPA

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Masa depan Korea Utara selepas Jong-il tidak menentu



Kim Jong-un (dua dari kanan) berdiri di tengah-tengah barisan pegawai-pegawai kanan tentera termasuk Jang Song-thaek (kiri) semasa mereka memberi penghormatan terakhir kepada Kim Jong-il di Istana Peringatan Kumsusan di Pyongyang, semalam. - REUTERS


Legasi pemerintahan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il dilihat menghadapi 'kesukaran' apabila negara itu terus 'terpencil' di peringkat antarabangsa, selain berdepan masalah ekonomi, kebuluran dan krisis berhubung program nuklearnya.

Kematian mengejut Jong-il memberi impak besar kepada seluruh warga Korea Utara dan kuasa pemerintahan negara komunis itu mula heboh diperkatakan oleh pelbagai pihak tentang siapakah yang bakal menggantikan beliau.

Sebelum kematiannya, Jong-il melantik seorang daripada tiga anak lelakinya, iaitu Kim Jong-un sebagai penggantinya bagi meneruskan pemerintahan dinasti itu yang masuk generasi ketiga.

Semasa hayatnya, Jong-il telah memberi tunjuk ajar kepada Jong-un untuk memerintah Korea Utara setelah ketiadaannya pada suatu hari nanti.

Disebut-sebut sebagai 'Pengganti yang hebat', Jong-un yang baru berusia lewat 20-an, bagaimanapun masih belum diangkat secara rasmi sebagai pemimpin baru Korea Utara.

Berpangkat sebagai Jeneral Tertinggi dalam pasukan tentera Korea Utara, Jong-un turut memegang jawatan dalam parti pemerintah.

Namun, kepercayaan yang diberi bapanya kepada Jong-un untuk memerintah Korea Utara menimbulkan persoalan tentang kedudukan peranan dua abangnya dalam pentadbiran kerajaan.

Jika mengambil kira faktor dinasti secara turun temurun, anak sulung sepatutnya akan menggantikan bapa yang meninggal dunia untuk memerintah negara.

Namun dalam hal ini, anak sulung Jong-il iaitu Kim Jong-nam tidak akan menggantikannya, sebaliknya Jong-un yang merupakan anak bongsu akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Malah, kelibat dua anak lelaki Jong-il itu tidak banyak didedahkan media berbanding liputan yang diberikan kepada Jong-un.

Sehubungan itu, timbul persoalan mengapa hanya Jong-un yang menjadi tumpuan media berbanding dua abangnya? Dan mengapa Jong-il mewariskan pemerintahannya kepada anak bongsunya itu dan bukan kepada Jong-nam (anak lelaki yang tua)?

Menurut sumber yang rapat dengan Pyongyang dan Beijing, Jong-un perlu berkongsi kuasa dengan seorang bapa saudara dan angkatan tentera berikutan kematian bapanya, apabila negara komunis itu beralih daripada kepimpinan seorang diktator kepada pemerintahan kolektif.

Jika benar, Korea Utara akan diperintah tiga pihak yang berkuasa iaitu Jong-un, bapa saudaranya Jang Song-thaek dan angkatan tentera.

Song-thaek, 65, dilantik pada 2009 untuk menganggotai Suruhanjaya Pertahanan Negara iaitu majlis kepimpinan tertinggi yang pernah diketuai oleh Jong-il.

Sesetengah pihak menjangkakan, Song-thaek dan isterinya yang merupakan adik kepada Jong-il, Kim Kyong Hui bakal memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan masa depan Korea Utara.

Konflik dalaman dan program nuklear yang menimbulkan kebimbangan kuasa-kuasa besar juga dilihat berisiko untuk terus mengancam kestabilan dan keselamatan Korea Utara, sekali gus meletakkan masa depan negara itu terus menjadi tanda tanya.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Presiden Yemen akan ke AS



Penunjuk perasaan anti-kerajaan Yemen meneruskan protes dengan berarak dari bandar Taiz di selatan Yemen ke ibu negara Sanaa, kelmarin. - AFP


SANAA 25 Dis. - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh, semalam berkata, beliau akan meninggalkan negara itu untuk ke Amerika Syarikat (AS) bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan peralihan, beberapa jam selepas tentera membunuh sembilan orang yang menggesa beliau didakwa kerana membunuh penunjuk perasaan sejak tahun lepas.

Bagaimanapun, Saleh yang bersetuju berundur daripada jawatannya itu pada bulan lepas di bawah perjanjian dengan negara-negara Teluk, tidak memberikan tarikh sebenar pemergiannya ke AS dan berikrar memainkan peranan sebagai pembangkang kepada kerajaan yang baru.

Pasukan tentera diketuai anak dan anak saudara Saleh melepaskan tembakan pistol, gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang berarak ke kediamannya di Sanaa dari bandar Taiz.

Seorang doktor, Mohammed al-Qubat berkata, sembilan maut manakala 90 yang lain cedera akibat terkena tembakan.

''Kira-kira 150 orang yang lain cedera akibat terkena gas pemedih mata,'' katanya.

Penunjuk perasaan menolak perjanjian itu yang memberikan Saleh kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang sebagai ganti menyerahkan kuasa kepada timbalannya yang akan mengetuai kerajaan sementara sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada Februari ini.

Saleh yang beberapa kali menarik balik perjanjian itu dan akhirnya bersetuju selepas cubaan bunuh ke atasnya yang menyebabkannya cedera teruk dan mendapatkan rawatan di Arab Saudi pada Jun lalu.

Saleh berkata, beliau akan memberikan laluan kepada pentadbiran baru Yemen tetapi pada masa yang sama, akan bertindak sebagai pembangkang.

''Saya akan ke AS bukan untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk mengelak perhatian, kamera dan membenarkan kerajaan perpaduan bersedia untuk mengadakan pilihan raya.

''Saya akan berada di sana selama beberapa hari tetapi saya tetap akan pulang kerana saya tidak akan meninggalkan rakyat dan rakan saya selama 11 bulan. Saya akan berundur daripada tugas politik dan pergi ke jalanan sebagai pembangkang,'' katanya. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

560 penari Odissi catat rekod dunia



PARA penari India mempamerkan tarian klasik India, Odissi dalam percubaan mencatat rekod dunia Guiness. - AFP


BHUBANESWAR, India - Seramai 560 penari beraksi serentak sempena Festival Odissi Antarabangsa yang bermula di Stadium Kalinga di sini pada Jumaat lalu.

Persembahan selama 30 minit tersebut merupakan usaha penganjur untuk mencatat rekod dunia persembahan tarian Odissi terbesar di dunia.

Acara selama lapan hari tersebut disertai oleh penari dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, Jerman dan Brazil.

Tarian Odissi merupakan antara tarian klasik India.

Pada tahun lalu, rekod tarian klasik Kuchipudi terbesar di dunia dicatat di bandar Hyderabad, India oleh seramai 2,800 penari. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Sandra Bullock pujuk hati ke layar perak



IMEJ oleh studio Warner Bros. menunjukkan Sandra Bullock membawa watak ibu, Linda Schell dalam adegan filem Extremely Loud & Incredibly Close. - AP


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Setelah dimalukan skandal sulit suaminya, Jesse James, bintang filem Hollywood, Sandra Bullock kini bersedia untuk kembali ke layar perak.

Keretakan rumah tangga membawa kepada perpisahan mereka pada Mac tahun lalu.

Bullock kemudian mengambil seorang anak angkat lelaki untuk cuba mengubat jiwa laranya susulan perceraian tersebut

"Saya menerima takdir untuk hidup penuh sepi sepanjang hidup saya. Saya berbelah bahagi untuk berlakon apabila pengarah filem dari Britain, Stephen Daldry menawarkan saya membintangi filemnya," kata Bullock.

Namun, kata Bullock, dia akhirnya berjaya memujuk hatinya supaya menerima tawaran tersebut.

Aktres berusia 47 tahun itu akan muncul di layar perak menerusi filem terbaharunya, Extremely Loud & Incredibly Close yang diarahkan oleh Daldry.

Diadaptasi daripada novel karya Jonathan Safran Foer's, Bullock melakonkan watak ibu seorang kanak-kanak genius yang kematian ayahnya dalam serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001.

Filem berkenaan dijadual menemui peminat di seluruh dunia pada 20 Januari tahun depan. -Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012



GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.


LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Angka kematian letupan meningkat 13 orang


SEORANG anggota polis melihat timbunan runtuhan sebuah rumah di pinggir bandar Dos Quebradas, Colombia pada Jumaat lalu.


BOGOTA, Colombia - Sebanyak 13 orang disahkan maut dan hampir 100 yang lain cedera dalam letupan saluran paip minyak di barat Colombia, kata beberapa pegawai kelmarin.

Letupan sebelum subuh pada Jumaat lalu itu memusnahkan sebahagian paip minyak di bandar Dosquebradas dan mencetuskan kebakaran besar yang memusnahkan 35 buah rumah setinggan manakala 50 lagi rumah berkenaan rosak.

"Operasi mencari telah berakhir dengan sejumlah 13 orang terbunuh manakala 99 lagi cedera dengan 49 daripada mereka masih dirawat di hospital," kata seorang pegawai Pejabat Pengurusan Risiko.

Angka kematian terbaharu itu meningkat sebanyak dua orang manakala bilangan kecederaan bertambah kepada 20 orang berbanding Jumaat lalu.

Pihak berkuasa pada mulanya menyalahkan pencuri-pencuri minyak kerana menyebabkan letupan tersebut berlaku. Namun siasatan terperinci mendapati saluran minyak berkenaan pecah kerana gegaran tanah semasa hujan lebat turun sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan tempat di Colombia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas hujan lebat yang turun sejak September lalu menyebabkan banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 177 orang setakat ini.

Ribuan lagi mangsa banjir kehilangan rumah mereka dalam bencana alam terbaharu di negara rantau Amerika Selatan tersebut. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'