Pages

Wednesday, December 7, 2011

Malaysia Telah Wujud Pada September 1937

Benarkah 'kenyataan' ini?


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Semuanya telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 (gambar di bawah).

Projek kolonial A.S ini sangat rapi. Ramai yang menggelar projek kolonial ini sebagai teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara ini akan menjadi negara komunis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara di bawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”

Pak Said Zahari


Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj olehJeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S,Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara.


Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules


Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.

Batu peringatan penubuhan Malaysia


Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siongdan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?

Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media tentang keberangkatannya ke London untuk memeterai penubuhan Malaysia.


Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British.

Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)

Apa Maksudnya?

Ini Realitinya:

Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:

1. 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik (menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist)

2. Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)

3. Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan kepercayaan tauhid dan agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah jawapannya. Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan. Dan akibatnya:

End result Spiritual Blindness.

Sebuah Kehidupan
:

3 ahli keluarga di Indonesia punya dua alat kelamin



Utusan Malaysia Online - Terkini:
07/12/2011 2:37pm
JAKARTA 7 Dis. – Keadaan “aneh” dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.
Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan “keadaan tidak jelas” mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.
Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.
Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.
Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.
Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.
Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak “sempurna” namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan.
Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula ”tertutup” manakala alat kelamin lelakinya juga ”tidak sempurna”.
Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. - Bernama

Libya ikrar laksana gencatan senjata di Tripoli

Utusan Malaysia Online - Terkini:


07/12/2011 11:09am

TRIPOLI 7 Dis. – Kerajaan Libya hari ini berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang 31 Disember ini, kata ketua majlis perbandaran selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Abdel Rahim al-Kib.

“Kerajaan Libya berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang hujung tahun ini,” kata Abduk Razak Buhajar.

Awal pagi ini, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama di Tripoli sebagai mendesak kerajaan untuk mengusir keluar kumpulan pemberontak lain dari bandar ini. – AFP

Ikhwan Muslimin Mesir papar imej sederhana

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Pengundi Mesir berjalan melepasi poster calon Parti FJP semasa menuju ke pusat pengundian di bandar Nasser City dekat Kaherah, kelmarin. - AFP


KAHERAH 6 Dis. - Dua blok berhaluan Islam yang bersaing dalam pilihan raya Parlimen Mesir cuba mengetengahkan perbezaan ketara antara mereka semasa pengundian peringkat kedua yang bermula semalam, dengan Ikhwan Muslimin yang berada di tangga teratas ingin memaparkan imej sederhana kepada rakyat Mesir yang dahagakan kestabilan.

Puak Salafi yang dilihat sebagai ultrakonservatif dan membuat kejutan dengan memenangi undi kedua terbanyak pada pilihan raya itu, ujian terbesar sentimen rakyat sejak protes jalanan yang menamatkan pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu, pula tidak mahu menjadi pengikut.

Bagaimanapun semasa pengundian peringkat kedua yang berakhir hari ini, puak Salafi dan Ikhwan Muslimin tidak optimis mengenai peluang membentuk sebuah perikatan Islam yang dominan jika mereka mengulangi kejayaan awal mereka pada pusingan pengundian seterusnya yang berakhir pada 11 Januari ini.

"Ada percubaan untuk bersatu tetapi golongan Salafi sangat sukar dibawa berunding," kata seorang petugas Ikhwan, Mohamed Hussein, 20, ketika mengedarkan risalah parti pertubuhan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di hadapan sebuah pusat pengundian di bandar pelabuhan Iskandariah.

Katanya, kedua-dua kelompok boleh mempersetujui beberapa perkara tertentu tetapi mereka mempunyai wawasan dan strategi berbeza.

Ketua parti Salafi, Parti al-Nour, Emad Abdel Ghaffour menuduh Ikhwan cuba menggambarkan penyokong Salafi sebagai pencetus kekacauan tetapi beliau menjelaskan, 'kami sebenarnya benci menjadi pengikut'.

Al-Nour yang mahu menghalang pelancong memakai bikini di pantai dan mengharamkan arak, iaitu dua tindakan yang dianggap boleh menjejaskan industri pelancongan Mesir, meninggalkan perikatan dengan FJP sebelum pengundian, dengan menuduh FJP membolot terlalu banyak kerusi dalam senarai parti. - Reuters

Dua letupan bom di Kabul, 59 terkorban

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



SALAH seorang penduduk Afghan yang cedera duduk di atas tanah menunggu bantuan selepas kejadian letupan bom di tengah Kabul, semalam. - AFP


KABUL 6 Dis. - Sekurang-kurangnya 59 terbunuh dan 150 cedera dalam dua serangan bom berasingan di kawasan makam di Kabul dan bandar Mazar-i-Sharif, hari ini.

Letupan pertama berlaku di tengah Kabul ketika pengikut Syiah berkumpul untuk meraikan hari Asyura menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang maut termasuk kanak-kanak.

Letupan kedua berlaku di sebuah makam di utara Kabul iaitu bandar Mazar-i-Sharif menyebabkan empat penduduk awam terbunuh.

Menurut pegawai keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya, pengebom berani mati meletupkan dirinya di pintu masuk kawasan makam.

Di bawah arahan Taliban, pengikut Syiah diharamkan untuk meraikan hari Asyura di tempat awam.

Pada tahun ini, lebih banyak tugu peringatan Asyura dibina di sekitar bandar Kabul berbanding tahun-tahun lepas termasuk makam-makam dan bendera. - AFP

Didakwa cabul 3 orang

myMetro | Didakwa cabul 3 orang:

LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KAJANG: Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.


Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.


“Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak,” katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.


Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.


“Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya,” katanya.


Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.


“Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah,” katanya.


Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya.

Parah kena kipas pesawat

myMetro | Parah kena kipas pesawat:
TRAGEDI...Lauren tahu dirinya cedera akibat terlanggar kipas kapal terbang.
TRAGEDI...Lauren tahu dirinya cedera akibat terlanggar kipas kapal terbang.

AUSTIN (Texas): Seorang model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang 2011 Aviat Husky selepas dia merempuh alat itu kerana teruja mahu melihat lampu Krismas.

Akibat kemalangan itu, Lauren Scruggs, 23, hampir putus tangan kirinya, selain luka di muka serta bahagian atas tubuh.


Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, tetapi doktor terpaksa memotong tangan kirinya.

Lauren - banyak menulis mengenai fesyen dalam blog dan mengedit majalah dalam talian di Texas - terkena kipas berkenaan sejurus selepas keluar dari pesawat.


Dia tiba di Lapangan Terbang Aero di McKinney untuk melihat sambutan Krismas di situ.


Menurut rakannya, sebaik saja dia keluar dari pesawat berkenaan, Lauren terus berjalan ke aras kipas.

Jurucakap keluarga mangsa berkata, satu blog dibuka khas sebagai penghormatan terhadapnya.


“Sebaik saja Lauren sedar, dia tahu bagaimana keadaannya,” katanya.

Menurut jurucakap itu, adik Lauren, Brittany, menjelaskan kepadanya bahawa dia terbabit dalam kemalangan dan cedera parah.


“Nampaknya Lauren memahami apa dikatakan Brittany,” katanya.


Walaupun mata kirinya berbalut, kata jurucakap itu, Lauren masih mampu membuka mata kanannya.


“Tolong berdoa supaya penglihatan mata kirinya selamat,” katanya.


Lauren - terbabit dalam siri televisyen Gossip Girls di bahagian pakaian - dikejarkan ke hospital di Dallas sebaik saja kejadian berlaku. Setakat ini juruterbang itu belum dikenal pasti, tetapi dipercayai rakan Lauren yang baru membeli pesawat ringan berkenaan baru-baru ini. - DM

Wanita Saudi semakin kaya

Berita Harian Online | Wanita Saudi semakin kaya:

PEMBABITAN wanita Arab Saudi dibidang ekonomi semakin penting berikutan nilai pelaburan yang kian meningkat.
PEMBABITAN wanita Arab Saudi dibidang ekonomi semakin penting berikutan nilai pelaburan yang kian meningkat.
Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion

RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion).
Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion).
“Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada kira-kira AS$500 bilion (RM1.5 trilion),” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman.

Beliau membuat pendedahan ini dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com.

Beliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang.
Dalam perkembangan lain, Arab Saudi berada di tangga keempat ekonomi terbesar dari segi simpanan keseluruhan sehingga akhir 2010 dengan jumlah simpanan termasuk emas sebanyak SR 1.7 trilion (RM1.4 trilion).

Hoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion). – Agensi

Polis Russia tahan pembangkang

Berita Harian Online | Polis Russia tahan pembangkang:
POLIS Russia menahan   IlyaYashin (tengah)  selepas satu tunjuk perasaan di jalan raya di bandar raya Moscow, semalam.
POLIS Russia menahan IlyaYashin (tengah) selepas satu tunjuk perasaan di jalan raya di bandar raya Moscow, semalam.
Tindakan selepas tunjuk perasaan di Moscow bantah keputusan pilihan raya

MOSCOW: Polis Russia semalam menahan beberapa tokoh pembangkang Russia selepas menyuraikan bantahan dan tunjuk perasaan ke atas pemerhati pilihan raya yang didakwa menyebelahi parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin.
Beribu-ribu rakyat mengadakan demonstrasi di jalan raya di tengah Moscow lewat kelmarin di tengah hujan lebat sebagai membantah keputusan pilihan raya Ahad lalu yang menyaksikan parti Kesatuan Russia menang tetapi dengan majoriti tipis.
Polis berkata, mereka menahan 300 orang termasuk aktivis terkenal, Ilya Yashin dan blogger pembangkang, Alexei Navalny, selepas penunjuk perasaan berarak ke arah Dataran Lubyanka yang menempatkan perkhidmatan keselamatan FSB yang ditakuti.

“Kira-kira 250 masih ditahan sehingga pagi semalam,” kata jurucakap pergerakan Solidarity, yang menganjurkan bantahan itu Olga Shorina.

Ketika perhimpunan, yang digerakkan kebanyakannya menerusi rangkaian sosial, penunjuk perasaan melaungkan ‘Russia tanpa Putin’ dan ‘Putin patut dipenjarakan.’

Navalny mempunyai ramai pengikut di internet kerana mendedahkan gejala rasuah dalam firma dimiliki negara dan mencipta frasa yang digunakan oleh pembangkang, ‘penipu dan pencuri’ untuk merujuk Kesatuan Russia.
Putin berdepan tentangan paling hebat pada pengundian Ahad lalu ketika majoriti Kesatuan Russia di Duma Negeri (dewan rakyat) jatuh mendadak. Pembangkang mendakwa keputusan itu pasti lebih dramatik jika pilihan raya dilaksanakan dengan bersih.

Pemantau yang diketuai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata, undian menyebelahi Kesatuan Russia dan dicemari pencabulan prosedur.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, turut menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu.

Selain Kesatuan Russia, tiga lagi parti pembangkang menang kerusi di Duma Negeri, termasuk Parti Komunis. Bagaimanapun, parti Yabloko gagal menang undi mencukupi untuk memperoleh kerusi dan sebuah lagi parti anti-Kremlin, Parnas, tidak mendaftar untuk mengundi.

Polis berkata 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan di Moscow manakala Shorina berkata sehingga 10,000 orang menghadiri perhimpunan itu dan 1,500 hingga 2,000 lagi berarak ke arah pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.

Ia adalah bantahan terbesar dalam masa beberapa tahun dan peningkatan pengaruh kumpulan pembangkang Russia yang selalunya terpaksa bekerja keras mengadakan bantahan di negara itu. – AFP

Jambatan rendah sekat air punca banjir kilat

Berita Harian Online | Jambatan rendah sekat air punca banjir kilat:
BANJIR kilat yang melanda bandar Kajang, baru-baru ini.
BANJIR kilat yang melanda bandar Kajang, baru-baru ini.
Sungai Jelok di Kajang melimpah kerana dihalang sampah

GEORGETOWN: Banjir kilat yang melanda Kajang, Selangor, Jumaat lalu berpunca daripada dua jambatan merintangi Sungai Jelok yang tiada paras selesa bawah jambatan serta rizab sungai yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir masih didiami 21 gerai sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Hanapi Mohammad Noor, berkata hujan lebat selama dua jam menjadikan jumlahnya meningkat dua kali ganda kepada 80 milimeter (mm) sehingga mengakibatkan paras sungai naik mendadak sehingga berlaku limpahan.
Katanya, hujan lebat luar biasa itu menyebabkan jambatan yang rendah memerangkap sampah sarap seperti kayu dan plastik di bawah jambatan hingga mengganggu kelancaran aliran.

“Ditambah pula dengan rizab sungai yang sepatutnya dibangunkan sejak setahun lalu tidak dapat diteruskan kerana MPKj masih belum dapat memindahkan 21 peniaga berikutan perjanjian di antara mereka.

“Kami sudah melaksanakan projek banjir dengan mendirikan dinding banjir sepanjang satu kilometer (km) dengan ketinggian dua meter dari tebing Sungai Jelok tetapi disebabkan wujudnya gerai itu sebahagian projek sepanjang 200 meter tertangguh sejak setahun lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Sungai Abad Ke-21 Antarabangsa Ke-3 oleh Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman di Batu Feringgi di sini, semalam.

Persidangan empat hari yang bermula semalam itu dihadiri 200 peserta dari 17 negara seperti Arab Saudi, Bangladesh, India, Jordan, Taiwan, England, Amerika, Australia, Iran, Togo dan Cyprus.
Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Prof Dr Nor Azazi Zakaria.

Jumaat lalu, puluhan kenderaan, kedai, bank dan kawasan kediaman di pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat hingga mencecah paras dada selepas hujan lebat hampir dua jam bermula jam 2.30 petang.

PBB gesa Vietnam tutup pusat pemulihan dadah

Berita Harian Online | PBB gesa Vietnam tutup pusat pemulihan dadah:

HANOI: Pakar yang dilantik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan Vietnam menutup pusat pemulihan untuk penagih dadah dan pekerja seks berikutan kritikan penderaan oleh kumpulan hak asasi antarabangsa yang menyifatkannya sebagai tidak produktif.

Wakil khas Majlis Hak Kemanusiaan PBB, Anand Grover, berkata pada akhir lawatan 10 hari ke Vietnam, pusat itu melanggar hak penagih dadah dan ia tidak berkesan. Beliau berkata kerajaan perlu meluaskan rawatan alternatif untuk penagih dadah.
“Tahanan dinafikan hak untuk bebas daripada rawatan yang tidak dipersetujui selain hak mendapatkan persetujuan dalam semua keputusan mengenai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kritikannya diikuti satu laporan Pemerhati Hak Kemanusiaan yang meminta Vietnam menutup pusat pemulihan dadah yang dikatakan mendedahkan tahanan kepada penderaan.

Grover berkata tahanan wajib di pusat turut menimbulkan kebimbangan mengenai proses tahanan, yang ‘tidak ada hak untuk mengetahui kes terhadap mereka dan mencabarnya di mahkamah sebelum keputusan dibuat,’. – AP

Nasrallah ikrar bekal senjata

Berita Harian Online | Nasrallah ikrar bekal senjata:

NASRALLAH muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak   2008.
NASRALLAH muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak 2008.
Pergerakan Hizbullah tidak hirau perubahan berlaku di rantau Arab

BEIRUT: Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah, semalam berikrar membekalkan lebih banyak senjata kepada anggotanya tanpa mengira perubahan yang berlaku di rantau itu, ketika muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak 2008.
Meraikan Hari Ashura, Nasrallah berucap kepada beratus ribu puak Syiah yang berkumpul di kubu kuatnya di pinggir Beirut selama beberapa minit sambil berjenaka: “Jangan pergi, saya akan kembali ke skrin,” sebelum dibawa pergi oleh pengawal peribadinya.
Dalam ucapan yang disiarkan di skrin besar sejurus selepas dia dibawa pergi, Nasrallah juga berikrar pergerakan Hizbullah yang disokong Iran itu akan terus diberi senjata tidak kira perubahan serantau yang berlaku, merujuk kepada negara jiran, Syria.

“Mesej kepada semua yang bersubahat menentang dan mahukan perubahan di dunia Arab, kami tidak akan meletak senjata. Semakin hari, kumpulan penentang mendapat lebih ramai pejuang, melatih mereka dengan lebih baik dan mendapat lebih banyak senjata berat. Semua senjata yang sudah berkarat diganti,” kata pemimpin Syiah itu.

Ramai pemerhati berkata, krisis Syria yang mengancam menjatuhkan sekutu Hizbullah, Presiden Bashar al-Assad, memberi tamparan kepada kumpulan itu.

Dianggap sebagai sasaran bagi seteru utamanya, Israel, Nasrallah muncul buat kali terakhir pada Julai 2008, pada hari pembebasan lima tahanan Lubnan oleh rejim Zionis itu.
Jumaat lalu, dia dirakamkan kamera berjalan ke arah pentas ketika penyokongnya bertolak untuk berada lebih dekat dengan pemimpin itu, yang dikawal ketat oleh kumpulan pengawal peribadi berpakaian serba hitam.

Nasrallah kelihatan tenang ketika berjalan menuju ke pentas dan bercakap beberapa minit sebelum dibawa pergi dari situ.

Pemimpin Syiah itu juga mengecam Amerika Syarikat, menuduh ia cuba memusnahkan Syria dalam usaha menonjolkan diri berikutan kekalahannya di Iraq.

“Golongan berlagak pandai dan hipokrit ini dikenali kerana menyokong semua kepemimpinan kuku besi yang sudah runtuh dan mengecam diktator sebaik mereka jatuh. Ini karektor syaitan,” katanya.

Nasrallah turut mengulangi pendirian untuk terus menyokong Assad dan mengecam Majlis Kebangsaan Syria, kumpulan pembangkang anti-Assad utama, kerana mensasarkan untuk memusnahkan Syria dan lebih rapat dengan Washington dan Israel.

“Majlis Kebangsaan Syria, dibentuk di Istanbul dan pemimpinnya, Burhan Ghalium, cuba menonjolkan diri kepada Amerika dan Israel,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ghalium dipetik sebagai berkata Syria yang ditadbir kumpulan pembangkang utama itu akan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Iran, Hizbullah dan Hamas. –AFP

Sotong kurita ramal Barcelona menang

Kosmo! Online - Dunia:

SOTONG kurita yang bernama Messi nerada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona di Akuarium Sea Life, Benalmadena kelmarin.


BENALMADENA, Sepanyol - Seekor sotong kurita yang bernama Messi meramalkan kelmarin bahawa kelab bola sepak Barcelona menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak pada Sabtu ini.

Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi.

Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini.

Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri

Pada Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, seekor sotong kurita bernama Paul menjadi terkenal dengan meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan yang melibatkan skuad Jerman termasuk perlawanan akhir yang dimenangi Sepanyol.

Paul yang hidup di akuarium di Oberhausen, Jerman mati pada 26 Oktober 2010. - AFP