Pages

Monday, November 14, 2011

Kedutaan Arab Saudi, Qatar kena serbu

PENDUDUK  mengibar bendera Syria di atas bumbung Kedutaan Qatar di Damsyik, kelmarin.
PENDUDUK mengibar bendera Syria di atas bumbung Kedutaan Qatar di Damsyik, kelmarin.
Penduduk Syria bantah tindakan Liga Arab undi gantung keanggotaan negara

DAMSYIK: Penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di ibu negara Syria semalam selepas Liga Arab mengundi untuk mengenakan sekatan terhadap keanggotaan Syria berikutan tindakan kerajaan negara itu yang melakukan kekejaman terhadap penentang kepada rejim Bashar Assad.

Agensi rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency melaporkan penunjuk perasaan memasuki pekarangan kedutaan di ibu negara Syria itu lewat kelmarin, memecahkan tingkap dan menyerbu beberapa kawasan di dalamnya. Laporan itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kerosakan atau sama ada kedutaan itu beroperasi pada hari Ahad.
Agensi sama melaporkan Arab Saudi mengutuk serangan yang dilakukan terhadap kedutaan mereka di Syria itu.
Ia mengatakan serangan itu berlaku selepas beratus-ratus penunjuk perasaan melontarkan batu ke arah kedutaan itu berikutan keputusan yang dibuat Liga Arab.

Malah penunjuk perasaan pro rejim yang lain turut melontarkan telur dan tomato ke arah kedutaan Qatar.

Tunjuk perasaan dilaporkan turut berlaku di hadapan kedutaan Qatar, Turki dan Amerika Syarikat.

Demonstrasi juga diadakan di beberapa bandar raya utama di Syria seperti Aleppo, Raqqa, Lattakia, Tartous, Hasaka dan Sweida.
Laporan menyatakan beberapa penunjuk perasan memecah masuk ke kedutaan Arab Saudi manakala yang lain masuk melalui bumbung ke bangunan kedutaan Qatar dan mengibarkan bendera kebangsaan Syria.

Kumpulan penunjuk perasaan lain melontar Kedutaan Qatar dengan tomato dan telur sebagai membantah tindakan Doha mengadakan sidang tergempar Liga Arab dan mengumumkan penggantungan keanggotaan Syria.

Sambil melaungkan slogan menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, penunjuk perasaan kemudian berhimpun di depan kedutaan Turki dan Amerika Syarikat, mengutuk blok Arab kerana bertindak melakukan plot yang disifatkan mereka mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Bantahan sama diadakan di rangkaian berita Arab Saudi, Al-Arabiya dan Al-Jazeera yang berada di ibu negara Jordan, Amman.

Penunjuk perasaan yang marah cuba untuk memecah masuk bangunan rangkaian berita itu yang dipersalahkan kerana mengikut agenda Amerika Syarikat dan Israel terhadap Syria.

Liga Arab mengundi untuk menggantung aktiviti Syria dalam mesyuarat itu sehingga pelan damai yang dicadangkan badan berkenaan dilaksanakan kerajaan Syria.

Ia juga menggesa negara Arab memanggil pulang wakil mereka dari Damsyik dan menangguhkan sekatan ekonomi dan politik terhadap Syria.

Pengumuman penggantungan keanggotaan Syria itu dibuat ketika mesyuarat tergempar liga itu di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.

Syria berhadapan dengan kebangkitan berdarah sejak pertengahan Mac dan menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lebih 3,500 penduduk terbunuh dalam keganasan itu. Beratus pasukan keselamatan Syria adalah antara yang maut dalam kejadian berkenaan.

Ketika pembangkang Syria mendakwa operasi pasukan keselamatan terhadap apa yang dipanggil tunjuk perasaan anti kerajaan itu, Damsyik mendakwa keganasan itu mendapat bantuan negara asing.

Bagaimanapun, pembangkang Syria menyambut baik keputusan Liga Arab untuk menggantung keanggotaan negara itu berikutan kekejaman dilakukan terhadap penunjuk perasaan dan menyifatkan mereka juga bersedia untuk berbincang bagi merangka perubahan.

Majlis Kebangsaan Syria menyambut baik keputusan dikeluarkan Majlis Menteri Arab, menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah yang tepat dan kritikan jelas terhadap rejim Syria yang meneruskan pembunuhan dan mematahkan kempen,” kata pegawai majlis.

Keputusan ini mengesahkan peranan Arab dalam menyokong penduduk Syria, kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut yang memetik satu kenyataan e-mel diterima AFP di Nicosia.

“Apa yang dicapai setakat ini adalah satu keputusan semula jadi kesengsaraan yang dihadapi penduduk membabitkan rejim kejam dan penduduk Syria menerimanya,” katanya. – AP/AFP/Agensi Berita Harian Online | Kedutaan Arab Saudi, Qatar kena serbu:

'via Blog this'

Warga Belanda ketua sindiket dadah



Sebahagian barang yang dirampas dalam dua serbuan menumpaskan sindiket dadah
antarabangsa di George Town dan Alor Setar pada Jumaat lalu.


ALOR SETAR - Polis menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa yang didalangi enam warga asing dengan perancang utama adalah warga Belanda dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses ekstasi dan syabu terbesar pada Jumaat lepas.

Dalam kedua-dua serbuan di makmal dadah itu, polis merampas sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta.

Serbuan serentak pada pukul 5 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di kawasan perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di George Town, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki warga asing iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.

Menurut beliau, seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.

"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

Noor Rashid berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis berjaya merampas 240 liter cecair dipercayai ekstasi di Alor Setar, 34kg dadah dipercayai syabu di Pulau Pinang) dan pelbagai bahan cecair kimia serta peralatan-peralatan memproses dadah.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

180 bakal gengster Melayu dicekup



Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian


Suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Adrian ditahan di Balai Polis Kota Malang, Jawa Timur.


KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu Adrian Jay Pereira mati dibunuh dengan kejam di rumah sewanya di Kota Malang pada Isnin lalu, polis Indonesia semalam mendedahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu.

Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di Kabupaten Malang pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, turut dirampas daripada suspek itu ialah sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang hampir menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Adrian.

"Suspek yang ditahan itu dikatakan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Teddy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dan baju hujan serta topi keledar tersebut juga ditemui di rumah suspek itu.

Berikutan tangkapan itu, kata beliau, polis sedang mencari bukti bagi menentukan sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dengan kematian Adrian, 23.

"Namun kita menghadapi kesukaran untuk mengecam suspek yang membunuh Adrian kerana saksi utama kes itu iaitu rakan serumah Adrian tidak nampak jelas wajah suspek itu kerana semasa kejadian keadaan gelap dan hujan," katanya.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Penari tiang bertarung di Argentina



PENARI Argentina, Maria Luz Escalante beraksi pada pertandingan tarian tiang di Buenos Aires Jumaat lalu.


BUENOS AIRES, Argentina - Sejumlah penari dari Amerika Selatan termasuk Argentina, Brazil dan Peru mengambil bahagian dalam pertandingan tarian tiang Miss Pole Dance Argentina 2011 dan Miss Pole Dance South America 2011.

Acara yang berlangsung di sini kelmarin diadakan bagi menempah tempat pada kejohanan tarian tiang sedunia yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Penari Argentina, Maria Luz Escalante menjuarai kedua-dua pertandingan tersebut dengan tempat kedua menjadi milik penari dari Brazil, Edi Reis. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Brad Pitt beli kereta kebal



AKTOR Brad Pitt (kiri) dan pasangannya Angelina Jolie bergambar pada sesi fotografi di Tokyo pada Rabu lepas.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.

Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.

Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.

Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.

– AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Penari bogel laris di Singapura



PENARI bogel separuh masa, Bryan Tan menunjukkan kostumnya di sebuah apartmen di Singapura kelmarin.


SINGAPURA – Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.

Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.

Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.

Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.

Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.

“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.

Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.

Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.

“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.

Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Liga Arab gantung keanggotaan Syria



PENGERUSI Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Mustafar Abdul Jalil (kanan) dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Al-Arabi pada sidang media bersama di Tripoli, Libya semalam.


KAHERAH, Mesir - Liga Arab bertindak menggantung keanggotaan Syria dalam badan berkenaan susulan tindakan kejam pemerintah Syria dalam mematahkan kebangkitan rakyat negara itu sejak lapan bulan lalu.

Keputusan itu yang diumumkan kelmarin memberikan tamparan hebat kepada Syria yang selama ini disifatkan sebagai kubu nasionalisme terakhir dunia Arab.

Namun, ia dilihat tidak berupaya untuk segera menamatkan keganasan di Syria yang meragut nyawa lebih 3,500 orang sejak rakyat negara berkenaan bangkit untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada pertengahan Mac lalu.

"Syria adalah sebuah negara yang kami sayangi dan kami membuat keputusan ini dengan hati yang berat," kata Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim.

"Kami berharap Syria akan mengambil tindakan berani untuk menamatkan keganasan dan memulakan dialog ke arah reformasi dalam negara," tambahnya.

Sementara itu, di ibu kota Syria, Damsyik kumpulan penunjuk perasaan pro-pemerintah melontar telur dan tomato kearah Kedutaan Qatar kerana membantah keputusan tersebut.

Semua 22 anggota Liga Arab akan memantau situasi di Syria sebelum menimbang semula keputusan tersebut pada pertemuan di Rabat, Maghribi, lusa. - APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Kunjungan Barack Obama ke Indonesia dibantah



ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan Hizbut Tahrir membawa sepanduk semasa mengadakan protes anti-Obama di Jakarta semalam.


JAKARTA - Ribuan orang Islam berhimpun di ibu kota Indonesia di sini semalam untuk membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Indonesia pada minggu ini.

Sekitar 2,500 penunjuk perasaan daripada kumpulan Hizbut Tahrir melaungkan slogan 'Tolak Obama' dan 'Amerika Pengganas' di luar kedutaan AS di sini.

"Kami menentang AS dan kunjungan Obama ke Indonesia," kata jurucakap kumpulan itu, Mujiyanto.

"Obama ialah pembunuh saudara Islam di Palestin dan Afghanistan, pencuri sumber alam Indonesia dan imperialis yang mahu menakluki dunia dan beliau sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan AS," tambahnya.

Protes serupa turut diadakan semalam di beberapa bandar lain termasuk Surabaya di Jawa Timur dan Makasar di Sulawesi Selatan.

Obama akan berada di Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada hujung minggu ini. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Krisis hutang Eropah merebak ke Perancis



PRESIDEN NICOLAS SARKOZY berucap merasmikan Muzium Perang Dunia Pertama di Paris Jumaat lalu.


PARIS - Presiden Nicolas Sarkozy belum bersedia untuk mengakuinya tetapi para pemimpin Perancis mula bimbang negara berkenaan ditimpa krisis hutang Eropah yang merebak dari Greece dan Itali.

Kebimbangan tersebut menyusul selepas firma penarafan antarabangsa Standard & Poor menurunkan nilai kredit Perancis pada Khamis lalu sebelum menarik semula penarafan tersebut.

Namun, insiden tersebut di samping beberapa petanda lain sudah cukup untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Perancis bahawa negara kuasa besar itu kini diambang kemelesetan ekonomi.

Pada minggu lalu, para pelabur mula meminggirkan Perancis dengan melabur di negara-negara yang memiliki suasana ekonomi yang lebih kukuh.

"Selepas Greece dan Itali, kini Perancis?" lapor akhbar tempatan, Le Monde pada Jumaat lalu.

Menurut akhbar berkenaan, Perancis kini memiliki hutang mencecah 1.7 trilion euro (RM7.3 trilion) dengan Itali pula menanggung hutang berjumlah 1.9 trilion euro (RM8.2 trilion).

Hutang kedua-dua negara itu, kata Le Monde, adalah jauh lebih tinggi daripada pelan penyelamatan ekonomi yang mampu ditawarkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Pada minggu lalu, Sarkozy berjanji untuk melaksanakan langkah-langkah penjimatan buat kali kedua tetapi ia gagal meyakinkan ibu pejabat EU di Brussels.

Para pelabur juga sangsi dengan inisiatif Sarkozy manakala beberapa pakar ekonomi menyatakan, negara berkenaan sudah dilanda krisis hutang. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Rakyat bersorak PM Itali berundur



ORANG ramai meraikan peletakan jawatan Perdana Menteri Silvio Berlusconi di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri Silvio Berlusconi meletak jawatan kelmarin disusuli sorakan ribuan orang di sini selepas beliau akur terhadap tekanan pasaran kewangan yang menjejaskan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Itali.

Berlusconi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Giorgio Napolitano sekali gus mencetuskan suasana gembira di ibu kota Itali di sini dengan orang ramai membunyikan hon kenderaan masing-masing. Malah, ramai penduduk keluar menari di jalan-jalan raya.

"Saya amat marah dan kecewa," kata pemimpin berusia 75 tahun itu yang berkuasa di Itali selama 17 tahun kepada wartawan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir.

Orang ramai yang berkumpul di luar bangunan Parlimen bersorak 'Badut' dan 'Pergilah Balik!' semasa melihat Berlusconi keluar dari bangunan Parlimen di sini kelmarin.

"Kami semua gembira. Kami sudah tak tahan dengan perangai pemimpin ini (Berlusconi) yang bertindak demi kepentingan peribadi. Masa depan Itali kini lebih cerah tanpa beliau," kata seorang penduduk, Tommaso Romito, 50.

Sementara itu, Presiden Napolitano dijadual bermesyuarat dengan para pemimpin politik Itali malam semalam yang mana beliau dijangka mencalonkan Pesuruhjaya EU, Mario Monti sebagai ketua pentadbiran sementara Itali negara itu mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan.

Berlusconi yang sebelum ini terselamat daripada tuduhan rasuah dan skandal seks terpaksa akur terhadap tekanan pelabur supaya meletak jawatan selepas beliau gagal membawa Itali keluar daripada kemelut kegawatan kewangan. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Polis serbu setinggan terbesar di Rio de Janeiro


PEMANDANGAN waktu malam kawasan setinggan Rocinha di Rio de Janeiro semalam.


RIO DE JANEIRO, Brazil - Unit-unit elit polis yang dibantu kenderaan tentera dan helikopter menyerbu lokasi setinggan terbesar di sini menjelang waktu subuh semalam.

Serbuan besar-besaran ke atas lokasi setinggan Rocinha di sini merupakan sebahagian kempen polis untuk menumpaskan sindiket-sindiket dadah yang menguasai kawasan berkenaan sejak beberapa dekad lalu.

Lokasi Rocinha mengandungi 1,000 penempatan setinggan yang dihuni oleh satu pertiga daripada enam juta penduduk bandar raya ini.

Pihak berkuasa Brazil sebelum ini berikrar akan terus melancarkan operasi membanteras jenayah untuk menjadikan bandar raya ini selamat sebelum ia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016.

"Rocinha ialah kawasan paling strategik untuk dikuasai polis di sini," kata seorang perunding keselamatan Brazil, Paulo Storani.

"Mengamankan Rocinha bermakna pihak berkuasa dapat menjamin keselamatan di kawasan persekitaran di mana Sukan Olimpik dan Piala Dunia akan berlangsung," katanya.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila polis berjaya menangkap penyeludup dadah paling dikehendaki di sini, Antonio Bonfim Lopes.

Penjenayah itu dicekup ketika bersembunyi di dalam but sebuah kereta semasa dia cuba meninggalkan kawasan setinggan Rocinha. - APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Sunday, November 13, 2011

3 Penyesalan di Akhirat kelak

by peribadirasulullah

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/13741_353962170190_310514710190_10178144_939752_n.jpg

1- Seorang yang memiliki anak yang soleh, anak soleh memasuki Syurga sedangkan bapanya memasuki neraka.

2- Seorang yang mengumpul harta dan tidak mengeluarkan zakat sehingga mati, lalu diwarisi oleh ahli keluarga dan digunakan untuk jalan ketaatan sehingga mereka masuk Syurga sedangkan pemilik harta memasuki neraka.

3- Seorang yang alim yang mengajar ilmu kepada orang ranai tetapi tidak mengamalkannya sehingga orang ramai selamat sedangkan dia masuk neraka.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 667.

4 Perkara menyebabkan penuntut ilmu memasuki neraka


by peribadirasulullah

http://www.hiramagazine.com/images/slides/7.jpg

1- Untuk menandingi para ulamak.

2- Berdebat dengan orang bodoh.

3- Untuk berbangga-bangga.

4- Untuk mencari wang daripada pemerintah, mencari kehormatan dan mencari kedudukan( pangkat).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 669.

7 Kemuliaan bersama majlis ilmu para ulamak

by peribadirasulullah

http://www.sham24.com/islamyat/islameyat-80-1.jpg

Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulamak akan mendapat 7 kemuliaan, walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulamak tersebut:

1- Kebesaran orang menuntut ilmu.

2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.

3- Setiap langkah menuju kemajlis ilmu ulamak akan mendapat rahmat.

4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulamak, anda akan mendapat bahagian yang sama.

5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.

6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.

7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah SWT.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 674.

Keindahan Laut Mati




Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 12, 2011
Keindahan Laut Mati
Gambar pemandangan dari udara ini menunjukkan fenomena menakjubkan pembentukan garam di bahagian selatan Laut Mati berhampiran Ein Boqek, Israel.

Tasik air masin ini kaya dengan mineral dan menjadi kawasan titik paling rendah di daratan bumi.
Ia tersenarai sebagai 28 finalis dalam kempen global dan jika terpilih melalui sistem undian, Laut Mati akan diisytiharkan sebagai Tujuh Keajaiban Alam Semula jadi yang baru, pada bulan ini.Keindahan Laut Mati - Global - Sinar Harian:

Jambatan kaca jadi tarikan baru di China


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 12, 2011
jambatan kaca china

HUNAN - China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi.

Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut.

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara.

Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.

Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu.

Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak.

Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri- ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong.

Jambatan kaca jadi tarikan baru di China - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tujuh terkorban serangan radikal Islam di Kazakhtan


13/11/2011 2:21am

ALMATY 13 Nov. - Seramai tujuh orang terbunuh hari ini di bandar selatan Kazakhstan, Taraz apabila seorang ahli kumpulan radikal Islam melakukan tembakan rambang dan kemudian meletupkan dirinya, lapor pegawai.

Penolong Pendakwa Kazakhstan, Nurmukhanbet Isayev berkata, suspek yang bernama Kariyev itu melakukan beberapa serangan di sekitar bandar itu lalu menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk lima orang pasukan keselamatan.

Kariyev dikatakan mencuri dua laras senapang di sebuah kedai senjata lalu melakukan tembakan rambang yang turut mengorbankan anggota keselamatan.

Dia yang dikepung kemudian meletupkan diri lalu mengorbankan seorang pegawai polis trafik.

Kumpulan pelampau Islam, Jund al-Khilafah mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut. - AFPUtusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

27 anggota tentera elit mati dalam letupan di Tehran


13/11/2011 2:21am

TEHRAN 13 Nov. - Satu letupan besar di pangkalan Pengawal Revolusi yang terletak di barat Iran hari ini mengorbankan 27 orang anggota tentera elit, lapor pegawai.

Menurut jurucakap pangkalan tersebut, Komander Ramezan Sharif, letupan tersebut berlaku di gudang senjata yang terletak di pangkalan Bid Ganeh, berdekatan dengan pinggir Tehran, 20 kilometer dari pusat bandar.

Sekurang-kurangnya 23 orang tercedera dalam letupan tersebut. - AFPUtusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

3 lelaki maut, 2 wanita hamil parah



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan Man Shut Kyi yang tersepit selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20.8, Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Bukit Besar, Yan, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR


YAN 12 Nov. - Tiga lelaki maut manakala dua wanita warga Myanmar yang sedang hamil parah apabila sebuah kereta dinaiki empat orang merempuh seorang pejalan kaki sebelum terbabas di Kilometer 20.8, Jalan Alor Setar-Sungai Petani berhampiran Bukit Besar di sini, awal pagi ini.

Mereka yang maut dalam nahas pukul 2.45 pagi itu ialah pemandu Proton Satria Neo, Eiew Eng Khoon, 29; penumpang sebelahnya, Ooi In Too, 47, dan pejalan kaki yang belum dikenal pasti identitinya.

Dua lagi penumpang kereta yang merupakan wanita warga Myanmar, Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kyi, 31, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, dekat sini.

Pa Mei disahkan hamil empat bulan manakala Shut Kyi mengandung lima bulan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ismail Abu berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Alor Setar menghala Sungai Petani merempuh seorang pejalan kaki sewaktu melalui lokasi kejadian.

Akibat rempuhan itu, katanya, pemandu kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan mangsa dan penumpang hadapan tersepit di dalam kereta.

"Tiga lelaki termasuk pejalan kaki itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya di sini, hari ini.

Menurut Ismail, polis belum mengenal pasti identiti pejalan kaki tersebut kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya, namun mangsa dipercayai berketurunan Melayu.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian termasuk sama ada pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di 04-4655222 dan mereka yang kehilangan ahli keluarga juga diminta berbuat demikian.

Sementara itu, bapa kepada Eng Khoon, Eiew Gin Geok, 53, memberitahu, dia keluar mencari anaknya itu di sekitar Sungai Limau di sini apabila mangsa tidak tiba di rumah walaupun anaknya itu memaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ketika dihubungi kira-kira 45 minit sebelum kejadian.

"Semasa sedang mencarinya, saya melihat satu kemalangan dekat Bukit Besar dan amat terkejut melihat mangsa yang terlibat adalah anak saya bersama tiga yang lain," katanya yang mengakui tidak mengetahui hubungan antara anaknya dengan warga Myanmar tersebut.

Sementara itu, anak kepada In Too, Ketty Ooi Zi Qian, 24, pula memberitahu, mendiang bapanya telah berpisah dengan ibunya beberapa tahun lalu dan tinggal bersama dengan salah seorang warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'