Pages

Sunday, December 19, 2010

Aktres dituduh lakon filem lucah





2010/12/19

VEENA  mendapat jolokan  ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej  seksi.
VEENA mendapat jolokan ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej seksi.


Khabar angin lonjak publisiti model Pakistan

KARACHI: Aktres dan model Pakistan, Veena Malik kini menjadi bahan berita hangat media negaranya berikutan adegan berani dan seksi dalam rancangan realiti televisyen Bigg Boss 4 dan gosip terbaru menuduhnya berlakon dalam filem lucah.
Veena mendapat jolokan sebagai ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej berani yang ditampilkan dalam rancangan itu, selain dituduh suka menggoda.
Rakhi Sawant adalah aktres Bollywood yang terkenal dengan imej seksi. Menurut satu sumber belum dapat disahkan lagi, Veena sanggup berlakon bogel untuk sebuah filem dewasa di Belanda beberapa ketika sebelum dia menyertai Bigg Boss 4.

Sebuah akhbar tabloid Belanda memetik kenyataan pelakon gandingannya berkata, Veena kelihatan amat sama dengan model Pakistan yang berlakon bersamanya di dalam adegan lucah itu.

Menurut akhbar berkenaan lagi, Veena diberi bayaran 3 juta rupee (RM109,712) bagi lakonan selama setengah jam.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Veena dikaitkan dengan lakonan kontroversi dan adegan bogel. Dia juga pernah dituduh beraksi bogel dan separuh bogel bagi beberapa filem gred C.
Dakwaan itu juga belum dapat disahkan sehingga siri Big Boss berakhir. Ada juga pihak memberi pandangan bahawa semua kontroversi hangat itu boleh membantu Veena memenangi program berkenaan.

Baru-baru ini, dalam satu program bual bicara di Pakistan, seorang tokoh agama yang menjadi ahli panel, mengecam perlakuan Veena dalam siri realiti itu yang disifatkannya tidak senonoh.

Tetapi, seorang wartawan yang juga seorang ahli panel berkata: “Mungkin beliau marah kerana Veena seolah-olah tidak menghormati Islam berdasarkan peri lakunya itu dalam rancangan televisyen India.

“Tetapi, saya tidak faham bagaimana seorang wanita terkenal kerana melakukan gimik ahli politik dan menari di celah pokok dalam filem Lollywood boleh dikategorikan sebagai wakil Islam.”

Veena dilahirkan pada 26 Februari 1984, mempunyai lima adik beradik perempuan dan seorang adik lelaki. Dua orang kakaknya sudah berkahwin, manakala seorang lagi menjadi pensyarah di Kolej Abdur Qadeer di Rawalpindi.

Adik lelaki Veena adalah pelajar undang-undang manakala dua lagi masih menuntut di universiti.

Veena juga seorang pelajar pintar, sering mendapat kedudukan tinggi dalam pelajaran dan mendapat tempat ketiga dalam program matrikulasi. – Agensi

No comments: