Pages

Tuesday, January 4, 2011

Imej Kucing Merah berjaya dirakam di Pulong Tau

IMEJ seekor Kucing Merah yang berjaya dirakam
di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.

KUCHING 3 Jan. - Imej seekor kucing yang amat jarang ditemui di dunia, Kucing Merah atau nama saintifiknya Catopuma Badiaberjaya dirakamkan oleh perangkap kamera di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.
Pengarah Projek Taman Negara Pulong Tau, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO), Dr. Paul Chai Pang Kiong berkata, tiga imej kucing berkenaan berjaya dirakamkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui perangkap kamera yang ditaja oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).
"Kehadiran Kucing Merah itu membuktikan kepentingan Taman Negara Pulong Tau sebagai kawasan yang menjadi habitat spesies terancam dan jarang ditemui.
"Kali terakhir imej Kucing Merah berjaya dirakam ialah pada 2003 oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui satu penyelidikan bersama yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 2003," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Memperincikan mengenai spesies Kucing Merah itu, Pang Kiong berkata, haiwan berkenaan berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Katanya, ia juga tersenarai dalam Apendiks II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) sekali gus merupakan spesies dilindungi di Sarawak.
"Saiz Kucing Merah yang matang biasanya menyamai kucing domestik yang besar, cuma ekornya amat panjang.
"Badannya mempunyai dua adunan warna iaitu merah lebih banyak berbanding kelabu," katanya.utusan

No comments: