Pages

Monday, December 24, 2012

Chile isytihar amaran letupan gunung berapi



SANTIAGO: Chile hari ni mengeluarkan amaran kemungkinan letupan Gunung Berapi Copahue di selatan sempadan Andean dengan Argentina selepas ia berpotensi mengeluarkan ancaman besar.

Pejabat Kecemasan Negara mengeluarkan amaran tetapi tidak mengarahkan sebarang pemindahan membabitkan penduduk kerana tiada bandar berdekatan kawasan berisiko berkenaan.
"Tahap isyarat seismik menunjukkan letupan sedang dalam proses di bahagian kecil tetapi kami tidak mahu menolak kemungkinan aktiviti itu mungkin dalam bentuk letupan besar," kata kenyataan Pejabat Geologi dan Perkhidmatan Perlombongan.

Gunung berapi setinggi 2,965 meter itu terletak di antara sempadan dua negara tetapi kedudukan kawah gunung berkenaan lebih di bahagian Argentina. - AFP

No comments: