Pages

Thursday, March 22, 2012

Kematian militan warga Malaysia belum disahkan

pix_gal0
Zulkifli Abdul Hir 

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan laporan berhubung militan warga Malaysia paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Zulkifli Abdul Hir, yang dikatakan masih hidup walaupun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara pihak berkuasa Filipina awal bulan lalu, belum dapat dipastikan kesahihannya.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sebelum ini dimaklumkan pihak berkuasa Filipina bahawa Zulkifli atau turut dikenali sebagai Marwan disahkan terbunuh dalam serangan itu.
Katanya, laporan yang mendakwa Zulkifli masih hidup dibuat oleh pihak lain, tetapi tiada pengesahan mengenai diterima secara rasmi daripada pihak berkuasa Filipina.
“Kita sudah serah semua sampel DNA termasuk yang diperoleh daripada keluarga Zulkifli serta dua lagi rakyat Malaysia dari Sabah yang dikatakan turut terbunuh dalam serangan itu. Proses itu masih berjalan dan sehingga kini belum dapat disahkan,” katanya.

Minggu lalu, agensi berita AFP melaporkan, Timbalan Ketua Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang memetik sumber risikan berkata, pihaknya percaya Zulkifli masih hidup dan dipercayai cedera teruk dan bersembunyi di Pulau Jolo, selatan Filipina.

No comments: