SEEKOR anak kuda dari North Yorkshire, England, dilahirkan dengan corak luar biasa iaitu imej seekor kuda putih yang sempurna di bahagian bahunya.

Selain imej itu, menurut laporan Mirror, Vinny atau dipanggil Da Vinci, juga mempunyai imej lain berbentuk hati di bahagian bawah badan.

Menurut pemiliknya Wendy Bulmer, ketika dia membeli ibu Vinny untuk sekolah menunggangnya, Fyling Hall Riding School, dia tidak tahu kuda itu sedang bunting.

“Kami beli Katie semasa jualan kuda untuk sekolah menunggang kami. Kami syak ia bunting selepas melihatnya semakin gemuk dari sehari ke sehari, dan pada Mei lalu Katie melahirkan seekor anak kuda yang comel.

“Kami namakan Vinny atau Da Vinci kerana corak istimewa yang terdapat di badannya. Saya tidak sabar untuk bawanya ke sekolah menunggang. Pasti kanak-kanak
di sana sukakannya,” katanya.