TIADA siapa menyangka kelibat seorang tukang sapu wanita berbaju oren di bandar Wuhan sebenarnya seorang jutawan.

Menurut media tempatan, Yu Youzhen, 50-an adalah pemilik 17 apartmen bernilai lebih 10 juta yuan (RM6.1 juta).

Tetapi apa yang mengagumkan ialah Yu melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang kaya lain iaitu menjadi tukang sapu jalan.

Setelah dikenal pasti oleh sebuah akhbar tempatan, Wuhan Evening Times, Yu terus menjadi inspirasi semangat bekerja kuat di China.

Dia melakukan pekerjaan itu sejak tahun 1998 dan terus mengharungi kehidupan dalam keadaan miskin dan susah.

Menurut laporan SCMP, Yu berkata, dia memilih untuk menjalani kehidupan biasa dan menjadi tukang sapu kerana mahu mendidik dan menjadi contoh kepada anak-anaknya.

Apa pun, usahanya berjaya. Anak lelakinya menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara anak perempuannya memperoleh gaji sebanyak RM1,500.

 Manakala Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.