Pages

Thursday, May 14, 2015

Lindsay Lohan Dilihat Memegang Al-Quran


Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 11:23 AM

SELEBRITI terkenal Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan sedang mendampingi agama Islam apabila dilihat memegang senaskhah Al-Quran di Brooklyn, New York pada Rabu.
Selebriti berdarah kacukan Ireland dan Itali itu dibesarkan sebagai seorang bermazhab Katholik dan dilaporkan memegang Al-Quran selepas selesai menjalankan satu sesi khidmat masyarakat di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.
Al-Quran yang merupakan kitab suci Islam yang melarang umatnya daripada mengambil minuman keras selain mengajar kepada cara hidup sopan dan teratur.
Daily Mail Online melaporkan, ini juga bukan pertama kali selebriti tersebut menunjukkan minat terhadap ajaran agama yang lain.
Selain itu, Lindsay sebelum ini dikatakan menghadiri beberapa kelas Kabbalah (tradisi kuno agama Yahudi) dan sering digambarkan memakai gelang tangan merah Kabbalah, yang dikatakan boleh menghindari musibah yang disebabkan oleh 'mata jahat'.
Selebriti terbabit turut dilaporkan menghadiri ceramah atau sesi penerangan kumpulan, 'Courtney Love Buddhist' pada 2012, sebelum akhirnya dilihat memegang senaskhah Al-Quran.
Pada tahun lalu, Lindsay menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'lebih berohaniah' menerusi satu siri dokumentari terkenal Amerika Syarikat, Oprah Winfrey.
"Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa," kata pelakon yang seringkali terjebak dalam pelbagai kes mabuk, kecurian dan parti liar.

No comments: