Pages

Friday, November 28, 2014

Peguam pasang 1.2 juta lampu Krismas di Australia catat rekod dunia

CANBERRA: Seorang peguam Australia mencatat rekod dunia apabila memasang kira-kira 1.2 juta lampu Hari Krismas di tengah pusat bandar raya ini.
Guinness World Records hari ini mengesahkan pemasangan wayar pelbagai warna sepanjang 120 kilometer yang melitupi hadiah Krismas di sebuah pusat beli belah di Canberra diiktiraf sebagai imej lampu LED terbesar.
Peguam itu, David Richards memasang kesemua mentol itu dengan bantuan sekumpulan sukarelawan dan menggunakan elektrik yang disumbang oleh syarikat pembekal tempatan.
Sejumlah 1,194,380 mentol berkelipan itu yang dipasang sejak Rabu lalu mengatasi rekod sebelum ini di Shurtan, selatan Uzbekistan dengan sejumlah 181,540 mentol.
Tahun lalu beliau mencapai rekod dunia bagi lampu Krismas terbanyak yang menghiasi rumah dengan memasang 502,165 mentol di rumahnya. - AP

No comments: