Pages

Saturday, November 29, 2014

Kembar siam bercantum hati berjaya dipisah



KEMBAR siam perempuan ini berjaya dipisahkan pada 15 November lalu di Hospital Medicity, Haryana. - Agensi


CHANDIGARH, India – Sepasang bayi kembar Siam perempuan di sini berjaya dipisahkan oleh 40 orang doktor selepas menjalani pembedahan selama enam jam, lapor MailOnline kelmarin.
Bayi yang berusia dua bulan itu, Saboora dan Safoora berkongsi perut dan hati sejak mereka dilahirkan.
Pembedahan rumit itu dilakukan di Hospital Medicity di sini, dalam negeri Haryana, utara India pada 15 November lalu.
Pengarah Jabatan Pediatrik Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemindahan Hati Hospital Medicity, Dr. Neelam Mohan berkata, cabaran terbesar dalam pembedahan itu adalah untuk memisahkan hati dua bayi itu.
“Ia amat sukar memandangkan saluran darah mereka bercantum sekali gus meningkatkan risiko pendarahan. Kami berjaya memisahkan mereka walaupun dalam kebanyakan kes, pembedahan memisahkan kembar siam berakhir dengan kegagalan.
“Malah, mereka tiada komplikasi dan dijangka dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi lain,” katanya.
Kembar siam milik Mohammed dan isterinya, Zabeeda itu dibenarkan pulang pada 26 November lalu.
Kes bayi kembar siam berlaku dalam satu bagi setiap 100,000 kelahiran dengan tiga daripada empat kes adalah bayi perempuan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3KP2xamPl 
Hakcipta terpelihara 

No comments: