Pages

Wednesday, September 17, 2014

Penduduk Islam Ningxia tunai haji kali pertama


Kira-kira 20 juta penduduk Islam dikenali sebagai etnik Hui menetap di Wilayah Autonomi Ningxia di barat laut China. - AGENSI
JEDDAH 16 Sept. - Seramai 2,833 orang jemaah dari Wilayah Autonomi Ningxia di barat laut China, muncul penduduk Islam pertama dari rantau itu menunaikan ibadah haji di Mekah, lapor Arab News.
Kumpulan pertama sebanyak 297 jemaah dari wilayah itu juga telah tiba di Jeddah pada Sabtu lalu.
Sebahagian jemaah itu turut melahirkan rasa gembira berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tersebut, berbanding ibu bapa mereka yang tidak dapat berbuat demikian berikutan sekatan oleh Kerajaan China sebelum ini.
Sebanyak 20 juta penduduk Islam dikenali sebagai etnik minoriti Hui tinggal di Ningxia.
Menteri Haji, Bandar Hajjar kelmarin turut mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Arab Saudi, Mustafa Yang Djibo berhubung pengurusan jemaah haji dari republik tersebut.
Kira-kira 14,000 jemaah dari China bakal menunaikan haji tahun ini.
Sumber Kementerian Haji menyatakan, Mustafa berkongsi pelan operasi dengan Bandar dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana terus memberikan peluang kepada rakyat China untuk menunaikan haji.
Mustafa turut memuji usaha kementerian itu dalam usaha memberi keselesaan kepada para jemaah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140917/lu_04/Penduduk-Islam-Ningxia-tunai-haji-kali-pertama#ixzz3DWOUmZwe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: