Pages

Sunday, March 2, 2014

Hanya hirup udara


Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung, namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu-minggu lamanya.
Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan ‘Breatharianism’ apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara.

“Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul-betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara,” katanya.
Foto
VALERIA yang terkenal sebagai patung Barbie hidup dikatakan tidak lagi makan atau minum.

Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan, sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap ‘makanan mikro-kosmik.’

Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan.
Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik. 

Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain, mungkin Zuhrah, namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya.

Berikutan itu, Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa.

Valeria yang menyasarkan untuk menjadi ‘wanita paling sempurna di Internet’ juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus. 

Walaupun ada pengguna YouTube, Tumblr dan laman sosial, Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

No comments: