Pages

Sunday, March 24, 2013

Minuman manis punca 180,000 mati setahun



New York: Sekumpulan penyelidik Harvard dilaporkan mengaitkan minuman manis dengan 180,000 kematian setahun di seluruh dunia dengan 25,000 daripadanya adalah di Amerika Syarikat sendiri.

“Kita ketahui bahawa minuman manis bergula dikaitkan dengan obesiti dan sejumlah besar kematian disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan obesiti.
“Bagaimanapun, sehingga kini tiada yang benar-benar mengaitkan perkara ini bersama,” kata ketua penyelidik, Gitanjali Singh dari Jabatan Kesihatan Umum Harvard di Boston kepada ABC-TV News.
“Ia (kajian ini) tidak menunjukkan bahawa pengambilan minuman manis bergula menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular atau kanser, tetapi punca sebenar kematian dalam subjek kajian,” kata Persatuan Minuman Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Singh dan rakan-rakannya menggunakan data kajian kesihatan kebangsaan di seluruh dunia dan mendapati bahawa minuman manis bergula dikaitkan dengan 133,000 kematian akibat diabetes, 44,000 kematian akibat penyakit kardiovaskular dan 6,000 kematian akibat kanser pada 2010.

Dasar lebih berkesan

“Saya rasa penemuan kami benar-benar mendorong pembuat dasar untuk menghasilkan satu dasar yang lebih berkesan bagi mengurangkan pengambilan minuman bergula kerana ia menyebabkan sejumlah besar kematian,” kata Singh.

Singh berkata, perkataan ‘sebab’ adalah tidak bersesuaian sebaliknya akan mengehadkan kajian.
Kadar pengambilan minuman bergula secara purata adalah berbeza iaitu kurang dari 8 auns sehari di kalangan golongan wanita dewasa di China hingga lebih lima kali minuman atau 40 auns sehari di kalangan lelaki muda di Cuba, kata kajian terbabit.

Jepun di mana kadar pengambilan minuman manis adalah rendah menunjukkan kadar kematian yang paling rendah dikaitkan dengan minuman bergula iaitu hanya 10 kematian di kalangan satu juta orang dewasa manakala Mexico mempunyai kadar kematian yang paling tinggi iaitu 318 kematian bagi setiap satu juta orang dewasa.

Penemuan itu dibentangkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Jantung Amerika Syarikat di New Orleans.

“Ia (kajian ini) tidak menunjukkan bahawa pengambilan minuman manis bergula menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular atau kanser, tetapi punca sebenar kematian dalam subjek kajian,” kata Persatuan Minuman Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

“Penyelidik membuat satu lonjakan besar apabila mereka menjadikan pengiraan pengambilan minuman dari seluruh dunia dan mendakwa minuman manis terbabit menjadi punca kematian sedangkan penyelidik sendiri mengakui ia disebabkan penyakit kronik.” - Agensi

No comments: