Pages

Monday, February 11, 2013

Tak mungkin budak 9 tahun



Mexico City: Budak sembilan tahun yang dilapor melahirkan anak di Mexico kelihatan lebih tua, mungkin 15 tahun atau lebih.

Beberapa sumber berkata, tidak mungkin budak itu, Dafne, berusia sembilan tahun seperti yang didakwa ibunya.
Pada sidang akhbar semalam, Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Jarisco, Antonio Munoz berkata: “Ciri-ciri perubatan kanak-kanak itu tidak sama dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun.

“Dia mungkin lebih tua, mungkin lebih 15 tahun.”


Pendedahan mengejutkan itu, jika benar, menimbulkan persoalan mengapa ibu Dafne dan bapa tirinya menyulitkan keadaan sehingga menyebabkan polis terpaksa melancarkan siasatan besar-besaran mengenai pencabulan kanak-kanak.




Satu alasan, mungkin ibunya yang tidak dinamakan mahu melindungi privasi Dafne kerana dia cuba memasukkan anaknya itu ke sekolah buat kali pertama.

Satu lagi alasan mungkin seperti yang didakwa oleh jiran, si ibu ialah pelacur yang mahu mengheret anak menjadi sepertinya memandangkan kanak-kanak sembilan tahun boleh memperoleh bayaran lebih tinggi daripada yang berusia belasan tahun.

Meskipun Dafne memiliki sijil lahir, cara dia memperolehnya tidak jelas.

Sijil lahir itu diperoleh 14 bulan lalu ketika dia cuba dimasukkan ke sekolah buat kali pertama.

Menurut jiran, Dafne cantik tetapi berusia lebih sembilan tahun.

Satu lagi isu, jika usia Dafne lebih 15 tahun, teman lelaki yang menyebabkan dia mengandung tidak akan didakwa dengan tuduhan jenayah kerana kesalahan seks menurut undang-undang Mexico membabitkan mereka berusia bawah 14 tahun.

Penyelaras media pejabat pendakwa raya Jarisci berkata, mereka sudah mula berusaha untuk menentukan usia sebenarnya. - Agensi

No comments: