Pages

Wednesday, February 6, 2013

Menonton tv jejas sperma



 
London: Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.
Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.

Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.
AGENSI

1 comment:

Anonymous said...

Ada tak kenalan anda yang menonton tv berjam-jam tetapi masih memiliki anak? Kalau ada... kajian tersebut adalah mengarut.

Anak adalah sebahagian rezeki Allah... jika Dia inginkan seseorang memiliki anak... yang tak ingin anak akan dapat anak... dan sebaliknya.

Salah satu petua untuk mendapat anak adalah sentiasa beristighfar.