Pages

Thursday, February 14, 2013

Majalah Australia siar gambar Kate hamil




GAMBAR fail menunjukkan Kate dan William di luar Hospital Edward VII di London pada 6 Disember tahun lalu.


SYDNEY - Sebuah majalah wanita di Australia semalam mempertahankan keputusannya untuk menyiarkan gambar isteri kepada Putera William, Kate Middleton yang memakai bikini biru ketika beliau hamil.
Menurut editorial majalah Woman's Day, ia merupakan gambar yang cantik dan bakal diterbitkan dalam edisi baharu majalah berkenaan.
Gambar tersebut dirakam ketika Kate, 31, dan William, 31, bercuti di Pulau Mustique, Caribbean.
William merupakan pewaris kedua takhta Britain selepas ayahandanya, Putera Charles.
Majalah Australia itu mengikut langkah majalah Itali, Chi yang turut menyiarkan gambar peribadi Kate sehingga mendapatkan kritikan daripada istana England.
Editor Woman's Day, Fiona Connolly berkata, beberapa gambar menunjukkan Kate kelihatan gembira.
William yang merupakan cucu kepada pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dijangka menimang cahaya mata pertama pada Julai depan.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2KpT9UmHJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments: