Pages

Thursday, February 14, 2013

Acara unik rai perkahwinan




SOPON memegang tangan isterinya, Chutima yang terjatuh semasa dikejar oleh seorang kakitangan berpakaian lanun di sebuah resort di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok semalam.


BANGKOK - Tiga pasangan pengantin Thailand meraikan perkahwinan mereka pada satu majlis yang unik di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok semalam.
Majlis perkahwinan itu dianjurkan sebuah resort yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara suami dan isteri.
Pasangan yang menyertai acara itu ialah Sopon Sapaotong, 41, dan isterinya, Chutima Imsuntear, 37, selain Prasit Rangsiyawong 29, yang berkahwin dengan Varuttaon Rangsiyawong, 27.
Satu lagi pasangan ialah Sornwich Changtor, 28, dan isterinya, Rungnapa Changtor, 30.
Antara acara unik yang disertai para pengantin tersebut ialah berlari di atas permukaan tasik bagi mengelak mereka ditangkap seorang kakitangan yang berpakaian seperti lanun.
Pasangan itu juga menyertai acara terbang keluang dan terjun ke dalam tasik. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2KpU3kCkg 
Hakcipta terpelihara 

No comments: