Pages

Thursday, October 4, 2012

Parlimen Turki lulus usul serang Syria jika terdesak

5 maut, Turki serang balas Syria
Suasana di bandar Akcakale, yang terletak
di tenggara Turki. - Foto ihsan CNN
ISTANBUL - Parlimen Turki meluluskan satu undang-undang yang memberi kebenaran kepada angkatan tenteranya melancarkan tindakan ketenteraan merentasi sempadan terhadap Syria - keputusan drastik sehari selepas Istanbul mendakwa Damsyik menceroboh wilayahnya.
Tindakan semalam membawa kepada lima kematian orang awam.
Resolusi itu diluluskan oleh 320 wakil manakala 129 menentang.
Kelulusan itu memberi kebenaran kepada tentera Turki untuk menyerang sasaran-sasaran Syria jika perlu.
Sementara perhatian dunia kini tertumpu ke atas dua negara jiran itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay menegaskan, tindakan itu hanya satu langkah mengelak peperangan, bukannya mandat untuk berperang.
"Mandat ini bukan untuk berperang tetapi ia (kelulusan) ada di tangan kami untuk menggunakannya apabila diperlukan, demi melindungi kepentingan Turki," kata beliau kepada televisyen Turki hari ini.
Parlimen meluluskan undang-undang itu dalam sesi tergempar yang diadakan secara tertutup.
Langkah itu membenarkan tindakan ketenteraan dalam satu tempoh setahun.

No comments: