Pages

Sunday, October 28, 2012

Armstrong diminta bayar semula RM21.2j

FOTO Yang dirakam pada Julai 2007 ini menunjukkan
 Lance Amstrong berada di atas podium selepas
memenangi perlumbaan Tour de France.
AUSTIN, Texas – Sebuah syarikat yang telah membayar pelumba sensasi Amerika Syarikat (AS), Lance Armstrong lebih AS$7 juta (RM21.2 juta) sebagai bonus memenangi perlumbaan Tour de France meminta supaya wang tersebut dipulangkan.
Jurucakap SCA Promotions menyatakan pihaknya akan menghantar surat tuntutan kepada Armstrong memandangkan gelaran memenangi tujuh perlumbaan Tour de France telah ditarik balik.
SCA Promotions membayar Armstrong sebanyak RM21.2 juta kerana memenangi kejuaraan itu untuk kali keenam pada tahun 2004. Secara keseluruhannya, SCA Promotions dikatakan telah membayar Armstrong sebanyak AS$12 juta (RM36.4 juta).
Agensi Anti-Doping AS baru-baru ini melaporkan terdapat bukti jelas bahawa Armstrong menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi sewaktu menyertai perlumbaan Tour de France.
Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa pada Isnin lalu telah mengharamkan Armstrong daripada menyertai sukan lumba basikal seumur hidup dan menarik semula semua tujuh gelaran Tour de France yang dimenanginya.
Peguam Armstrong, Tim Herman bagaimanapun menegaskan anak guamnya tidak akan memulangkan wang tersebut. Ini kerana tidak terdapat klausa dalam perjanjian bahawa beliau perlu berbuat demikian. – Agensi

No comments: