Pages

Saturday, August 11, 2012

Teheran masih jauh daripada miliki senjata nuklear: AS




         
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) masih percaya bahawa Iran belum lagi hampir untuk memperoleh senjata nuklear.

Pegawai AS berkata, mereka juga yakin Teheran belum membuat keputusan untuk memiliki senjata itu.


Kenyataan itu dibuat selepas media Israel mendakwa Presiden Barack Obama menerima laporan terbaru Jangkaan Perisikan Kebangsaan yang berkata, Iran mencapai kemajuan penting dan mengejutkan dalam proses ke arah memperoleh keupayaan nuklear dari segi ketenteraan.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak kemudian berkata di Tel Aviv, laporan terbaru itu menjadikan isu nuklear Iran lebih penting.


Bagaimanapun, jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsan Rumah Putih mempertikaikan laporan Israel itu dengan berkata, penilaian perisikan Amerika Syarikat terhadap aktiviti nuklear Iran tidak berubah sejak kenyataan pegawai perisikan kepada Kongres mengenai isu sama tahun lalu. - AFP

No comments: