Pages

Saturday, August 11, 2012

1,242 gambar tahanan Khmer Rouge bakal dipamer



PHNOM PENH 11 Ogos - Kira-kira 1,242 keping gambar tahanan di pusat seksaan Khmer Rouge bakal dipamerkan buat pertama kali kepada umum dalam tempoh terdekat, menurut kumpulan pengkaji semalam.
Kesemua gambar yang memaparkan imej dari penjara S-21 itu diberikan oleh seorang individu yang enggan dikenali kepada Institut Kajian Dokumentari Kemboja, kelmarin.
Langkah itu dibuat selepas penemuan kira-kira 20 tengkorak dan tulang manusia di wilayah Siem Reap, baru-baru ini. - DPA

No comments: