Pages

Saturday, August 11, 2012

Pemberontak undur dari Salaheddin

Pemberontak undur dari Salaheddin
Sebahagian bangunan musnah di Aleppo selepas tercetus pemberontakan.
ALEPPO - Tindakan pengunduran pemberontak yang menentang pentadbiran Presiden Syria, Bashar al-Assad dari Salaheddin yang menjadi kubu ganas pertempuran dengan tentera sejak beberapa hari lalu, dipercayai terdapat kaitan dengan pelantikan diplomat Algeria selaku wakil antarabangsa baru ke Syria.

Komander Tentera Pembebasan Syria (FSA) Hossam Abu Mohammed berkata, secara taktikalnya Salaheddin bebas serangan pemberontak.

“Mereka turut berundur daripada menghampiri daerah Sukari yang merupakan lokasi pertempuran serangan balas,” katanya.

Menurutnya, sebuah pos pemeriksaan yang dibina pejuang sejak seminggu lalu telah dikosongkan dan lokasi itu hanya ditinggalkan dengan bendera pembangkang.

Di Damsyik, sumber keselamatan menjangkakan pengunduran pasukan rejim dari Salaheddin ke Saif al-Dawla bakal mengundang pertempuran yang lagi hebat terutama ditenggara Sukari.

Pertubuhan Hak Asasi Syria melaporkan, sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh di Aleppo, sejak Julai lalu termasuk dua kanak-kanak dan seorang wartawan tempatan, manakala lebih daripada 20,000 terbunuh di seluruh Syria sejak konfik 17 bulan lalu.

Sementara itu, Diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, bekas menteri Algeria, Lakhdar Brahimi, 78, dijangka dinamakan sebagai duta baru PBB Liga Arab ke Syria bagi menggantikan Kofi Annan.

No comments: