Pages

Tuesday, August 7, 2012

Morsi arah perketat sempadan Sinai


Morsi
Tentera Israel memeriksa bangkai kenderaan tentera Mesir
berhampiran Mesir. Gambar kecil, Morsi.
SINAI - Presiden Mesir, Mohamed Morsi berikrar akan mengambil semula kawalan Sinai selepas serangan berhampiran sempadan Israel yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 pengawal Mesir.

Morsi berkata, amaran jelas telah diberikan kepada pasukan keselamatan termasuk anggota tentera dan polis untuk mengetatkan kawalan di sempadan daripada dicerobohi pihak pengganas.

“Insiden ini dianggap serius, pasukan keselamatan akan dikerah berkawal di semua pintu sempadan Sinai.

Kami percaya terdapat dalang di sebalik pencerobohan ini yang mendapat habuan lumayan,” katanya. Ahad lalu, beberapa lelaki bersenjata bertindak melakukan serangan di sempadan Mesir dan Israel.

Menurut tentera Israel lima penyerang bertindak memasuki Israel melalui pintu sempadan di Karem Abu Salem.

Tentera Israel berkata, serangan itu adalah sebahagian daripada agenda untuk menculik seorang askar Israel dan dua kenderaan perisai, manakala sebuah kenderaan tentera telah diletupkan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, kejadian tersebut telah didalangi oleh seseorang yang meragui kepimpinan Presiden baru.

Kumpulan Palestin yang mengawal Gaza berhampiran Sinai turut mengutuk serangan itu dengan menggelar sebagai ‘jenayah hodoh’ kerana berlaku dalam bulan Ramadan.

No comments: