Pages

Tuesday, August 7, 2012

Lelaki Iran terjun kapal terbang

DENPASAR - Tindakan seorang lelaki warga Iran terjun keluar daripada pesawat sejurus ia mendarat mengejutkan semua petugas Qatar Airways dan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, kelmarin.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Foroughin Monteza Baratali menaiki penerbangan QR 638 dari Doha dan singgah di Singapura sebelum mendarat di Denpasar.

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, Baratali dilaporkan dengan tiba-tiba membuka pintu kabin dan melompat keluar ke atas landasan.

Menurut pegawai penerbangan, Baratali hanya mengalami kecederaan pada tulang kaki dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Antarabangsa di Kuta selain di kawal polis.

Dalam pada itu, pegawai imigresen tempatan berkata, pihaknya mengesyaki Baratali bertindak terjun daripada pesawat itu bagi mengelak melalui kawasan pemeriksaan susulan namanya termasuk dalam senarai hitam keluar negara.

No comments: