Pages

Thursday, July 26, 2012

Syria lantik Ketua Keselamatan Nasional baru

Jeneral Ali Mamluk
Jeneral Ali Mamluk
DAMSYIK  - Syria melantik Jeneral Ali Mamluk sebagai Ketua Keselamatan Nasional yang baru, bagi menggantikan Hisham Ikhtiyar yang terbunuh dalam serangan bom di ibu pejabat keselamatan di Damsyik, minggu lalu.

Seorang pegawai keselamatan berkata, bekas ketua keselamatan negeri itu juga merupakan pegawai perisik paling digeruni di dalam Tentera Udara Syria dan juga merupakan orang kepercayaan Presiden Bashar al-Assad.
“Beliau akan melaporkan secara terus kepada Presiden,” katanya.

Ali dari golongan Suni pernah menjadi tokoh utama keselamatan Syria selama beberapa dekad dan menjadi sasaran sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sejak pertengahan 2011 selepas dituduh bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia.

Pada serangan 18 Julai lalu, Menteri Pertahanan Syria, Daoud Rajha dan timbalannya, Assef Shawkat serta Pegawai Kanan Tentera, Jeneral Hassan Turkmani antara yang terbunuh.

No comments: