Pages

Wednesday, July 4, 2012

Hadiah kereta mewah kerana hasil tinggi gandum

ASHGABAT: Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov semalam mengarahkan pegawainya menghadiahkan kereta mewah Cadillac kepada sebuah kerajaan tempatan selepas petaninya berjaya mencatat rekod baru dalam pengeluaran gandum.
“Dalam era kekuatan dan kebahagiaan, petani Lebap memberi sumbangan besar kepada negara kita,” kata Gurbanguly, seperti yang dipetik oleh akhbar Neutral Turkmenistan.

Gurbanguly yang memerintah negara Asia Tengah itu sejak kematian diktator, Saparmurat Niyazov pada 2006, menetapkan sasaran pengeluaran bijirin yang berjaya diatasi oleh wilayah Lebap tahun ini dengan penuaian melebihi 350,000 tan.
Untuk membalas usaha mereka, beliau mengarahkan pemberian sebuah kereta Cadillac Escalade, kereta sport mewah buatan Amerika Syarikat yang tidak dijual di Turkmenistan dan jarang digunakan di negara itu. - Reuters

No comments: