Pages

Tuesday, July 17, 2012

Bekas duta: Presiden Syria mungkin guna senjata kimia

 Bekas duta: Presiden Syria mungkin guna senjata kimia
Nawaf Fares ketika ditemu bual oleh BBC. – Foto ihsan BBC
LONDON - Seorang ahli politik kanan Syria, yang kini cenderung kepada pembangkang, mendedahkan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad, yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak 17 bulan lalu, tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata kimia jika kedudukannya terkepung.

Nawaf Fares, bekas Duta ke Iraq berkata, laporan-laporan yang tidak dapat disahkan menggambarkan senjata sedemikian kemungkinan sudah pun digunakan.

Katanya, tindakan mengebom sebahagian besar kawasan di Syria dilakukan oleh rejim Bashar dengan kerjasama al-Qaeda.

Dalam temu bual dengan BBC, Nawaf berkata, Bashar tidak akan melepaskan kedudukannya dengan mudah.

"Sangat pasti bahawa kerajaan ini akan jatuh dalam waktu terdekat," katanya.

Ketika ditanya sama ada Bashar kemungkinan akan menggunakan senjata kimia terhadap pembangkang, Nawaf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Ada maklumat, maklumat yang tidak disahkan bahawa senjata-senjata kimia ada digunakan di Homs," kata beliau.

Katanya, beliau pasti bahawa jika kedudukannya semakin terancam, "maka rejim (Bashar) akan menggunakan senjata-senjata kimia."

No comments: