Pages

Tuesday, July 17, 2012

Malang salah sangka

BENTONG: Hasrat seorang ahli perniagaan yang mahu melintas jalan untuk melihat kemalangan kecil selepas menyangka anaknya terbabit dalam insiden berkenaan, mengundang tragedi apabila dia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 54, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa, Ramli Mat Tahar, 55, dari Temerloh meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala. 
Sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Temerloh dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana terpandang sebuah kenderaan seakan sama milik anaknya terbabit dalam kemalangan di laluan bertentangan.

Bagaimanapun, selepas mendapati kemalangan kecil itu tidak membabitkan keluarganya mangsa kemudian cuba melintas semula untuk menghala ke kenderaannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa melintas, sebuah kenderaan Nissan Fairlady yang dipandu seorang penuntut di sebuah kolej di ibu negara merempuh ahli perniagaan itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter.

No comments: