Pages

Saturday, June 2, 2012

Rangkaian haram kenakan pelancong dengan dadah

PANAJI (India): Penyiasat di India berkata, mereka percaya enam anggota polis yang dituduh meletak dadah dengan sengaja terhadap seorang lelaki warga Israel di Goa, adalah sebahagian daripada rangkaian haram yang sengaja menyalahkan orang asing di kawasan percutian itu.
Biro Siasatan Pusat (CBI) menahan enam anggota polis minggu ini dan mendakwa mereka kerana konspirasi dikatakan meletak dadah dengan sengaja ke atas warga Israel, David Driham, yang berada di Goa atas visa perniagaan pada 2010. - AFP

No comments: