Pages

Saturday, June 2, 2012

Lelaki cium, jilat muka wanita dijel tujuh bulan

TAIPEI: Seorang lelaki warga Thailand semalam dipenjarakan tujuh bulan kerana secara paksa mencium seorang wanita rakyat tempatan dan menjilat mukanya di bandar di utara negara itu.
Lelaki itu didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di bandar raya New Taipei Februari lalu, tanpa kerelaan wanita berkenaan, lapor mahkamah daerah Banciao. Menurut mahkamah, dia merenggut wanita itu ketika mangsa sedang berjoging di sebuah stadium pada waktu malam. Apabila mereka terjatuh dan ketika wanita itu cuba melawan, dia secara paksa mencium dan menjilat mangsa hingga seorang pejalan kaki mendengar jeritan wanita itu dan menghulurkan bantuan. - AFP

No comments: