Pages

Monday, June 25, 2012

Kapal bawa helikopter Russia kembali berlayar ke Syria

MOSCOW: Sebuah kapal membawa helikopter Russia ke Syria yang berlayar pulang selepas insuransnya dibatalkan, dijangka mengubah arah ke destinasi asal dengan ditemani sekurang-kurangnya satu kapal lain.
Agensi berita Interfax melaporkan, kapal berkenaan tidak akan diiringi kapal tentera.

Kapal itu memasuki Pelabuhan Murmansk di Russia semalam bagi menukar benderanya kepada syarikat Russian Standard.
Dalam perkembangan sama, Russia - satu daripada pembekal utama senjata kepada Presiden Bashar al-Assad - semalam berkata, Moscow “tidak sangsi” berlaku cubaan menukar rejim di Syria Namun, penghantaran helikopter itu tidak ada kena-mengena dengan konflik dalaman Syria.

Russia mendakwa menghantar senjata pertahanan yang hanya mampu digunakan bagi menghadapi keganasan pihak luar. Kapal Alaed itu mula berlayar dari Pelabuhan Baltiisk di Baltic pada 11 Jun lalu. - Reuters

No comments: