Pages

Friday, June 22, 2012

CIA pantau bantuan senjata pemberontak

WASHINGTON: Kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Turki menyaring aliran senjata untuk pemberontak Syria bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan militan al-Qaeda, lapor New York Times, semalam.
Memetik sumber dirahsiakan, akhbar itu berkata, senjata berkenaan dibiayai Turki, Arab Saudi dan Qatar sebelum diseludup rangkaian pembangkang yang kurang diketahui.

Antara senjata dibekalkan ialah raifal automatik, grenad, peluru dan senjata antikereta kebal.
Menurut sumber terbabit, penghantaran senjata itu dipantau ejen CIA sambil mereka mengumpul maklumat mengenai pembangkang Syria.

“Pegawai CIA ada di sana dan cuba menghasilkan sumber baru serta merekrut orang awam,” katanya.

CIA juga sedang mempertimbangkan bantuan kepada pemberontak dengan menyediakan imej satelit serta perisikan lain.
“Namun keputusan muktamad belum dibuat,” katanya. - AFP

No comments: