Pages

Friday, June 22, 2012

6 maut, pesawat tentera Indonesia jatuh di kawasan rumah

6 maut, pesawat tentera Indonesia jatuh di kawasan rumah
Pesawat tentera udara terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, Indonesia hari ini. - Foto EPA
Pesawat tentera udara Indonesia jatuh di kawasan rumah
Pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan. – Foto ihsan Metro TV
[DIKEMAS KINI] JAKARTA - Seramai 10 orang terbunuh, tujuh daripadanya anggota Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) manakala tiga lagi orang awam, apabila sebuah pesawat Fokker F-27 milik TNI-AU terhempas di kawasan perumahan Rajawali dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, petang Khamis.
Jurucakap TNI-AU berkata pembantu juruterbang itu Leftenan Satu Paulus Adi, iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas itu tetapi cedera parah, meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pusat TNI-AU (RSPAU) Jakarta malam ini.
Tiga orang awam yang terbunuh merupakan penghuni sebuah rumah yang ditimpa pesawat itu iaitu dua kanak-kanak dan seorang wanita.
Sekurang-kurangnya 12 penghuni beberapa rumah yang turut rosak kerana ditimpa pesawat itu, cedera dan dirawat di hospital.
Pesawat malang itu berlepas pada pukul 1.30 petang dari pangkalan udara berkenaan untuk latihan rutin sebelum ia terhempas menimpa lapan rumah dalam kompleks perumahan Halim Perdanakusuma pada pukul 2.40 petang. - Bernama

No comments: