Pages

Monday, June 18, 2012

2 lelaki Palestin mati ditembak pemandu lori

HEBRON, Dua penduduk Palestin ditembak mati pemandu lori Israel, semalam, selepas mangsa didakwa cuba mencuri kenderaan itu di selatan Bukit Hebron, kata polis.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku di persimpangan Shani berhampiran al-Samua, selatan Tebing Barat.

“Tembakan dilepaskan apabila dua atau tiga lelaki cuba menyerang pemandu lori berkenaan.
“Sebelum melepaskan tembakan, kepala pemandu itu cedera parah kerana dibelasah penyerangnya,” katanya.

Datuk Bandar Yatta, Zaharan Abu Qbeita, berkata mangsa dikenali sebagai Anwar Abed Rabbo, 35, dan Naim al-Najjar, 29.

Katanya, mangsa ditembak di leher.

No comments: