Pages

Sunday, May 13, 2012

Perempuan waris diraja Britain

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

Putera William dan Kate Middleton tiba di majlis Gala Olimpik Britain di Royal Albert Hall in London, kelmarin. - AFP
LONDON 12 Mei - Anak pertama pasangan Putera William dan isterinya, Kate Middleton, tetap akan ditabalkan sebagai pewaris takhta United Kingdom walaupun seorang perempuan.
Perkara itu diumumkan Ratu Elizabeth II dalam ucapannya semasa merasmikan pembukaan Parlimen negara ini, Rabu lalu.
Menurut Daily Mail, baginda telah menitahkan bahawa satu rang undang-undang baru akan dibentangkan sekali gus membatalkan undang-undang sebelum ini yang disifatkan diskriminasi kerana hanya anak lelaki mewarisi takhta kerajaan United Kingdom.
Ia sekali gus akan mengubah amalan yang telah diguna pakai selama 300 tahun, bermula 1688 yang lebih mengutamakan anak lelaki sebagai pewaris takhta walaupun keluarga diraja itu mempunyai anak perempuan sulung.
Sekiranya diperkenalkan, anak pertama Putera William bersama Middleton walaupun perempuan, tetap akan ditabalkan sebagai Ratu United Kingdom.
Rancangan itu telah dimulakan sejak Oktober 2011 apabila pemimpin-pemimpin 16 negara Komanwel sebulat suara bersetuju menyegerakan pindaan ke atas undang-undang yang disifatkan telah lapuk. -AGENSI

'via Blog this'

No comments: