Pages

Saturday, April 28, 2012

Letupan di masjid, 11 maut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "DAMSYIK 27 April - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sini hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera, lapor media Syria.

Media melaporkan, letupan terbabit berlaku berdekatan masjid al-Abidin, yang terletak di daerah Midan, ketika penduduk Islam meninggalkan kawasan itu selepas menunaikan solat Jumaat.

Stesen televisyen memaparkan beberapa imej ngeri, termasuk tangan yang putus, serpihan daging manusia yang bersepah dan kesan darah.

Letupan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan.

Serangan tersebut dipercayai dilakukan oleh 'kumpulan pengganas', istilah yang digunakan untuk pemberontak yang terlibat dalam menentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Awal pagi hari ini, satu serangan bom dilaporkan berlaku di sebuah syarikat tempatan dekat kawasan industri di Damsyik, namun sebarang kematian atau kecederaan masih tidak dapat dipastikan. - AFP"

'via Blog this'

No comments: