Pages

Thursday, March 8, 2012

Ustaz muda dipenjara 18 tahun

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


ALOR SETAR 7 Mac - Seorang ustaz dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian pelajar berusia tujuh tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis pada tahun lalu.
Hanif Mohd. Ali, 27, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian kanak-kanak itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac 2011.
Tertuduh yang juga warden asrama sekolah tersebut membuat pengakuan itu semalam mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Hanif sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat namun dipinda kepada menyebabkan kematian selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

'via Blog this'

No comments: