Pages

Thursday, March 8, 2012

Pesara guru temui keris berusia 1,500 tahun

myMetro | Pesara guru temui keris berusia 1,500 tahun: "KOTA BHARU: Seorang pesara guru menemui sebilah keris dipercayai berusia 1,500 tahun dan berasal dari era kerajaan Champa.

Zakaria Abdullah, 70, berkata beliau menemui keris itu ketika mencangkul rumput di halaman rumahnya di Kampung Telipot dekat sini pada 15 Feb lepas.
"Saya percaya usia keris ini sekitar 1,500 tahun kerana mengikut sejarah orang Melayu Champa mula berhijrah ke Kelantan, khususnya ke Pengkalan Chepa pada tahun 600 Masehi," katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Zakaria yang juga pakar rujuk Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan berkata beliau yakin keris itu dihasilkan Melayu Champa kerana tidak mempunyai lok seperti yang dihasilkan orang Majapahit.


Beliau yakin keris sepanjang lapan sentimeter dengan lebar mata 2.5sm dipercayai diperbuat daripada besi waja kerana tebal dan berat.


"Bagaimanapun saya akan membawa keris tersebut kepada pihak yang berkenaan termasuk Muzium Negeri bagi mengesahkan penemuannya itu serta untuk kajian lanjut," katanya.

Zakaria berkata beliau juga tidak bercadang untuk menjual atau menyerahkan kepada mana-mana pihak sehingga kajian selesai dijalankan pihak berwajib. - BERNAMA"

'via Blog this'

No comments: