Pages

Thursday, March 22, 2012

Tentera akui bunuh 4 orang awam

YALA: Tentera Thailand mengakui pasukannya menembak mati empat penduduk kampung beragama Islam ketika dalam perjalanan ke satu pengebumian, kerana “salah faham”, Januari lalu.
Empat lagi cedera apabila unit renjer melepaskan tembakan ke arah trak pikap yang dinaiki penduduk kampung di daerah Nongchik di dalam wilayah Pattani.
Tentera Thailand mengarahkan unit renjer itu ditarik balik serta merta selepas insiden itu dan menubuhkan sebuah panel yang turut dianggotai oleh ketua agama tempatan, untuk menyiasat.

Kenyataan daripada Ketua Tentera Wilayah Selatan berkata, “Kejadian di mana pegawai keselamatan bertugas bertindak ke atas orang awam mungkin disebabkan salah faham akibat daripada masalah sekitarnya.”


Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan itu memburu pejuang pemisah Islam yang menyerang kawalan renjer dan kini nasib pasukan renjer itu bergantung kepada kehakiman Thailand untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak tanpa mengambil kira hasil siasatan panel itu.

Katanya, “Semua yang terlibat dalam kejadian itu akan melalui proses kehakiman untuk memastikan semua pihak yakin dan tindakan diambil, adil.” - Bangkok Post

No comments: