Pages

Thursday, February 2, 2012

Romney kini kian hampir tentang Obama





TAMPA, Amerika Syarikat (AS) - Mitt Romney semakin hampir mewakili Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden hujung tahun ini selepas beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Newt Gingrich dalam pengundian parti berkenaan di negeri Florida.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Romney yang merupakan seorang jutawan hampir menjadi calon Parti Republikan untuk menentang Presiden AS, Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada November depan.

Penggundian empat penjuru kelmarin menyaksikan Romney memperoleh 46 peratus undi berbanding 32 peratus undi Gingrich.

Dua lagi pesaing iaitu bekas Senator negeri Pennsylvania Rick Santorum dan ahli Kongres Texas, Ron Paul masing-masing memperoleh 13 peratus dan 7 peratus undi.

Dengan kemenangan tersebut, Romney memperoleh semula momentum politiknya selepas tewas kepada Gingrich dalam pengundian di negeri Carolina Selatan pada 21 Januari lalu.

Gingrich yang merupakan bekas Speaker Dewan Perwakilan bagaimanapun berikrar untuk meneruskan perjuangannya dalam menentang Romney.- AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: