Pages

Thursday, February 2, 2012

PBB tak patut campur tangan di Syria: Duta Russia

NEW YORK: Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Vitaly Churkin semalam berkata, badan dunia itu tidak sepatutnya campurtangan dalam konflik dalaman Syria.
Beliau berkata demikian sebagai menolak ketetapan yang menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad meletak jawatan.

Menurutnya, ada kemungkinan wujudnya peluang terakhir untuk mengakhiri keganasan yang melanda negara itu sejak tahun lalu.
Churkin juga memberitahu, Majlis Keselamatan PBB tidak boleh menetapkan tempoh bagi menyelesaikan krisis dalaman sesebuah negara. “Ia sama sekali tidak mempunyai mandat untuk berbuat demikian. Kami yakin ketika krisis politik dalaman melanda dengan begitu teruk, peranan masyarakat antarabangsa ialah bukan mengambil langkah yang boleh menyebabkannya menjadi lebih buruk. “Russia yang menikmati hubungan baik dengan penduduk Syria dan dunia Arab sejak mula lagi mahu memastikan rakyat Syria boleh menentukan masa depan mereka sendiri,” katanya. - AFPmyMetro | PBB tak patut campur tangan di Syria: Duta Russia:

'via Blog this'

No comments: