Pages

Thursday, February 23, 2012

Mahkamah tolak permohonan habeas corpus oleh kolumnis Arab Saudi

Hamza Kashgari
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan habeas corpus difailkan oleh kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari
Mohamad Najeeb untuk menentukan penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam yang mewakili Hamza, N.Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said dan Amir Nasruddin, yang mewakili responden.

Dalam permohonan habeas corpus itu, Hamza Kashgari, 23, yang didakwa telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai
responden.

Surendran, semasa ditemui pemberita, berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh responden.
Katanya mahkamah menolak permohonan itu atas alasan isu habeas corpus telah menjadi akademik kerana Hamza Kashgari tidak lagi berada di negara ini.

"Kami akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan hari ini," katanya.

Peguam yang mewakili Hamza Kashgari memfailkan permohonan habeas corpus pada 13 Februari bagi penentuan bahawa penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Dalam notis usul, Hamza Kashgari, antara lain memohon writ habeas corpus supaya mahkamah mengeluarkan perintah untuk membawa dan menghadapkannya ke mahkamah bagi perbicaraan habeas corpus.

Rakan Hamza Kashgari, Asma' Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan berkata pada 4 Februari, Hamza Kashgari telah menghantar pesanan melalui akaun Twitternya sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya pesanan
itu telah dipadamkan dari laman sosialnya itu.
Asma' berkata pada 8 Februari epas, pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemohon atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan dia juga diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan
sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Hamza Kashgari ditangkap pada 9 Februari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dihantar pulang ke Arab Saudi pada 12 Februari. - Bernama

Mahkamah tolak permohonan habeas corpus oleh kolumnis Arab Saudi - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: