Pages

Thursday, February 23, 2012

Sekatan tak berkesan: Ali

TEHERAN: Program nuklear Iran akan diteruskan, kata pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, semalam selepas wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meninggalkan Teheran.

Wakil Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB itu berlepas pulang apabila rundingan dengan wakil kerajaan untuk meleraikan kecurigaan terhadap program senjata Teheran gagal dicapai.


Ali berkata, Iran tidak pernah dan tidak akan mahu senjata atom.

“Ia akan membuktikan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak mampu menghasilkan keagungan,” katanya kepada saintis Iran.


Menurut Ali, jalan untuk pembangunan saintifik, terutama di bidang nuklear, perlu diteruskan dengan teguh dan serius.


“Tekanan, sekatan, ancaman dan pembunuhan tidak akan membuahkan hasil dan pembangunan saintifik Iran akan diteruskan,” katanya.

Sebelum itu, lima wakil IAEA meninggalkan Iran tanpa sebarang hasil selepas mengadakan rundingan dua hari dengan memfokuskan aspek ketenteraan negara itu yang mencurigakan.


Pemimpin delegasi yang juga Ketua Pemeriksa Nuklear PBB, Herman Nackaerts, berkata walaupun lawatan itu dibuat dengan “semangat membina” tetapi tiada persetujuan dicapai.

“Kami tidak dibenarkan masuk ke tapak ketenteraan di Parchin yang dipercayai menjadi tempat ujian reka bentuk peledak nuklear dijalankan,” katanya. - AFP


myMetro | Sekatan tak berkesan: Ali:

'via Blog this'

No comments: